Friday, February 26, 2010

Minta Maaf Semua

Aku suka nak post pasal perjalanan aku. Baru-baru ni, perjalanan gua dari ara damansara ke sungai buloh banyak cerita. Tapi aku tak cerita di sini, just kat budak hitam. Maaf sebab gua tak bagi tau.
Ini boleh kira gua kerja. Nak gak pegang dewa. Yeah. Budak Hitam ni. Aku ost segala-gala yang aku boleh post. so nah link

Budak Hitam

Saturday, February 20, 2010

Berlian Tak Selamanya

Ada lagu 'Diamond Are Forever' gua layan.
Ada lagu 'Diamond Aren't Forever' gua lagi layan. Berlian dikatakan unsur paling keras di atas muka bumi namun, sekeras-keras unsur adalah yang paling rapuh.

Kita kumpul duit banyak-banyak, dah padam nanti adakah jaminan untuk berbelanja di sana? Berduitlah seadanya. Cukup untuk makan, minum dan terus hidup.

Kita beli baju mahal-mahal, pabila kotor; mesti dibasuh. Baju hanya dipakai untuk meliputi tubuh daripada kesejukan atau radiasi namun gaya hidup berbaju mahal menjadi pegangan. Pakai baju semata-mata tidak mungkin memenuhkan perut hingga ada yang berlapar untuk sehelai baju.

Usahlah mengejar kekayaan. Kekayaan bukan simbol kejayaan.

Terimalah persembahan Bring Me The Horizon

Thursday, February 18, 2010

Pengumuman!

Ini bukan rapat umum! Adakah berbeza 'pengumuman' dengan 'pengawaman'?

Untuk menjadikan sesuatu itu atau ini sebagai umum, tiada rahsia dan jauh sekali dengan biarlah rahsia.

Berbalik kepada cerita asal. Anak Abdullah mungkin atau pasti jarang mengemaskini blog atas beberapa sebab.

Yang pertama,
Anak Abdullah, masih lagi berlatih menjadi seorang pekerja yakni buruh di masa hadapan dan fokus terhadap latihan amat didambakan.

Yang kedua,
Anak Abdullah, sudah kering isu untuk dikongsi dan tidak berminat untuk mengambil tahu kisah-kisah peribadi seperti seluar dalam Levi's, liwat, kahwin artis dan macam-macam lagi. Jika sebelum ini blog dikemaskini seberapa kerap dalam sebulan, maka selepas ini semakin jaranglah mengemaskini blog yang sangat mentah ini.

Yang ketiga,
Anak Abdullah, juga seakan-akan sibuk untuk menghambakan diri kepada kertas digital yang boleh dijadikan dewa. Mungkin. Doa anda amat ditagih. Doakan kejayaan Anak Abdullah yang tiada pendirian ini.

Ini namanya pengrehatan. Bukan perpisahan atau kematian. Usah bersedih. Hik Hik Hik

Sunday, February 14, 2010

Indah Kampung Halaman

Kampung halaman yang sangat indah. Sungguhpun bukan kampung yang sejati, namun lebih seronok kugelarkan kampung.

Jauh. Jauh dari kesibukan kota. Wah, pujian yang biasa. Tapi itulah realiti.
Jika diwajibkan menyambut hari kekasih, kampung halamanlah kekasihku.

Sunday, February 7, 2010

Kebuntuan

Ampun dipinta walau bukan hari raya,
Buntu dan malas menjadi alasan,
Bukan peperiksaan yang membelenggu,
Namun rasa setia masih terbuku.

Biar lidah berkata dan telinga mendengar
Aku masih di sini. Buntu!
Bosan, malas dan kaku.
Miskin, papa dan kutu.

Tapi aku bukan merayu,
bukan merapu.
Kegembiraanku mesti dibeli.
Kegembiraan yang mesti dibeli!

Terimalah persembahan Lamb Of God!