Saturday, July 24, 2010

Masalah

Masalah.

Siapa sini suka masalah? Mesti ada. Aku sanggup sentap bulu kaki dengan pita pelekat kalau tak ada orang suka masalah. Tak ramai. Janji ada. Masalah matematik? Ada yang suka.

Masalah.

Ada yang suka buat. Ada yang suka dapat. Sama-sama suka. Sama-sama duka.

Masalah.

Kalau tak ada masalah. Dunia bukan dunia. Mungkin syurga. Neraka? Ada batas dengan deria ini.

Masalah.

Jangan risau dengan masalah. Jangan lari dari masalah. Jangan datang kepada masalah? Kenyataan apa ini?

Siapa tak kenal masalah. Mereka bermasalah. Mungkin tidak hidup dalam kehidupan. Lari dari realiti.

Masalah perlukan teman. Bila ada teman, masalah bukan beban.

Jangan jadi bebal dengan kebal.

Tuesday, July 20, 2010

Mana?

Kadang-kadang gua bosan gua tanya, mana nak pergi?
Kadang-kadang gua riang gua tanya, mana nak pergi?
Kadang-kadang gua sakit hati gua tanya, mana nak pergi?
Kadang-kadang gua gersang gua tanya, mana nak pergi?
kadang-kadang gua sunyi gua tanya, mana nak pergi?
Kadang-kadang gua sakit gua tanya, mana nak pergi?
Kadang-kadang gua lapar gua tanya, mana nak pergi?

Gua bosan dengan mitos siapa dan apa. Teman ketawa senang dicari teman menangis susah diganti. Tahi lembu.

Gua rasa Julai 2010 ni macam satu bulan yang malang.

Gua tak layan horoskop. Gua langgar pantang tu pantang ni. Gua tak main kad tarot. Gua tak tilik tapak tangan. Sebab gua benci masa depan. Masa depan yang gua certain, gua mati. That's all.

Sebelum gua mati, gua tak ada special wishlist. sebelum gua mati gua nak hidup. Kalau dah mati, memang pasti gua tak dapat hidup. tak dapat update blog, tak dapat main twitter, tak dapat main facebook. Eh, facebook tu boleh main ke?

Entah la brader. Gua tak tau la gua ada kawan ke tak. Gua rasa macam tak ada kawan gua boleh hidup. Tahi lembu sekali lagi. Tuhan bukan cipta gua sekor je.

Gua nak menangis, gua tanya, WHY?
Gua nak bunuh diri, gua tanya, WHY?
Gua nak pukul orang, gua tanya, WHY?

Lu boleh gelak. Lu boleh suka. Gua tak mintak apa pun. Just have your life.

Mana? Mana? Mana?

Gua tak tau apa yang gua cari sekarang ni. FUCK!!!!!!


Wednesday, July 14, 2010

Andai Kupanggil Mati

Mati boleh dipanggil.
Mati boleh dijemput
tapi takramai yang berani sebut

Terjun dan racun
tali dan baji
panggil saja mati
nescaya akan datang

cuma
jika mati dipanggil
apa yang ditinggalkan?

cuma
jika mati memanggil
bersediakah meninggalkan cinta?

cinta
takkan dapat halang mati

cinta
boleh buat mati

cinta mati
bukan cinta hati

sebut saja apa agama siapa Tuhan
mati itu sifat
Tuhan bukan soalannya

hidup abadi
Apa guna jika sebagai abdi?

Thursday, July 8, 2010

Seru

Cukup.
Kehilangan satu yang memedihkan.
Menyedihkan.
Jika kau pergi aku sedih.
Jika aku pergi.
Mungkinkah kau bersedih?

Mungkin ya. Mungkin mungkin. Mungkin tidak.
Segalanya pasti. Yang pasti itu mungkin.
Memang benar mata itu ke hadapan visinya.
Tapi apa yang dilihat.
Segalanya pegun.

Seru. Menyeru. Diseru. Terseru.
Panggil. Memanggil. Dipanggil. terpanggil.
Ada yang kejal. Ada yang jinak.
Siapa liar?
Siapa dia?
Siapa kita?