Friday, October 12, 2012

aku,

aku,
pemusnah, pencinta, penghancur, pengasih, pendosa, pembodoh, pemberi, peminta, perosak, pemulih, pemula, pengakhir, penghabis, penghasil, penyusah, pemudah

aku,
bukan tuhan

Monday, October 1, 2012

Kisah Sang Kelana Menjadi Dewa

Cerita ini belum lagi diriwayatkan oleh siapa-siapa malah oleh mana-mana pujangga. Cerita ini datang ketika dingin air menyusuri kulit dan selulit. Air yang sejuk belum mahu membeku melalui kepala datang bersama ilham yang dirasakan semua perlu tahu.

Adapun seorang lelaki itu diberi nama Kelana ketika dia baru berapa detik merengek berteriak belum tahu bercakap, belum tahu berjalan walhal masih belum tahu berfikir.

'eloknya anak ini dinamakan Kelana. Biar dewasanya nanti keluar berguna' cadang si bidan kepada si bapa bilamana si ibu termengah-mengah lemah tidak mampu bercakap.

Si ayah angguk lantas mendapatkan si bayi.

Si ibu mengalirkan air mata sesudah si ayah mendendangkan bang pada telinga anak kenit itu. Biar anak kenit itu tidak tahu apa yang diperdengarkan namun itu biar jadi doa dan harapan juga tanda syukur kepada Tuhan.

Tuhan itu paling besar!
Tuhan itu paling besar!
Tiada Tuhan selain Tuhan itu!

'Kelana, besar nanti jangan jadi penyangak'

Anak itu diajarnya membaca. Biar tahu apa yang mahu disampaikan yang lain.

'Kelana, besar nanti jangan jadi perompak'

Anak itu diajarnya hal-perihal agama. Biar tahu yang lain jangan sekali dianiaya.

'Kelana, besar nanti jangan jadi gelendangan'

Anak itu diajarnya menghisab. Biar tahu kira-kira bila nanti tidak akan ditipu yang lain.

Hari demi hari menjadi tujuh datangnya minggu. Minggu demi minggu datangya empat menjadi sepurnama. Purnama lepas purnama datangnya dua belas menjadi setahun. Setahun diangkat setahun menjadi lapan belas maka Kelana sudahpun dewasa.

Dalam tidak rela meronta-ronta si ibu tidak mahu Kelana kembara, dia mesti lepaskan. Ayahnya sudah sakit. Tua datang menjemput. Kelana harus keluar menjadi manusia. Ayahnya sudah tidak mampu membanting belulang. Harta yang ada cukup-cukup saja untuk dia dan isterinya diguna untuk saki-baki nyawa. Anaknya yang sendiri itu tidak mampu ditanggung lagi.

'Kelana, maafkan aku. Aku tidak dapat memberimu makan. Tidak dapat memberimu pekerjaan. Juga tiada tempat di kampungan ini untuk kamu aku berikan. Kamu harus keluar mencari kehidupan sendiri. Maafkan ayahmu yang lemah dan hina ini.' si ayah terbatuk-batuk menyesali dirinya.

'Aku turutkan permintaanmu itu. Aku juga harus sesali belasan tahun menjadi beban kamu berdua. Aku akan kembali tiap enam kali bulan berubah penuh. Jika aku tidak kembali, ertinya aku sudah mati' Kelana sudah bersedia dengan janji mati.

Si ibu menghampar sehelai kain lebar dan panjangnya hanya dua hasta. Diletak pula sesisir pisang yang tidak dikira berapa biji yang ada. Beberapa keping syiling perak dan satu labu air yang diisi dengan air kosong. Lalu ditemukan empat-empat bucu dan diikatnya pada satu bucu.

'Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Kelana pergi dulu. Ingat, enam kali' usai mengucup dua dahi ibu dan ayahnya, Kelana pun berlalulah keluar mencari kehidupan.

sambung

Wednesday, September 19, 2012

terperosok

kiri kanan, atas bawah, depan belakang
mana-mana arah, hanya ini masa
aku jadi bangang

bukan aku hajatkan begini

hanya jika aku boleh jangka apa yang jadi hari ini,
ketika aku sedang mencari apa yang patut aku cari
satu masa dulu


Sunday, September 2, 2012

Bukan Perempuan Sundal : Gelombang Kedua


Ampunkan hamba yang berlengah-lengah. Cetakan kedua sudah pun bermula dan jumlah yang dirancang hanya 50 salinan. Harga untuk senaskhah adalah RM15 (tidak termasuk pos). Tambah lagi RM5 untuk khidmat penghantaran. sebarang maklumat boleh diperoleh melalui emel [syahidlah(at)gmail(dot)com]. atau mana-mana rangkaian sosial terbabit.

Friday, August 31, 2012

Merdeka

Merdeka!
Merdeka atau direka-reka?

I set my friends on fire, bitch!