Saturday, June 19, 2010

Mana Bapa Aku?


Selamat hari bapa! Hari Ahad kedua dalam bulan Jun adalah hari bapa! Ada sesiapa mahu mengharamkan hari Bapa? Datang dengan bukti, hari bapa ini sama harinya hari menyembah bapa dewa itu dewa ini. Semua akan diharamkan! Najis untuk sekalian. Jika begitu haramkan perkahwinan, haramkan segala perayaan Tuhan.

Aku ada bapa. Aku tiada bapa. Secara jujur, aku tidak tahu aku daripada sperma siapa. Aku cuma tahu dari ovum siapa. Kah Kah Kah. Panggillah aku segalanya. Aku ada telinga. Maka aku akan mendengar.

Siapa bapa aku?! Sila mengaku. Aku akan jadi kaya nanti jangan siapa melutut mengaku aku anak kamu. Di mana kau ketika aku menyeru? Di mana kau ketika ramai rakanku bertanya? Di mana?

Terima kasih dunia, aku berjumpa juga siapa ibu. Selamat kamu wahai bapaku, aku punya abah. Tanpa dia, aku tidak akan ada kudrat untuk menaip teriakan ini. Panggillah aku menyalak. Panggillah aku menguak. Kerana aku yakin satu hari kau yang akan menguak dan menyalak.

Siapa derhaka?

Kau tinggalkan ibu. Kau tinggalkan aku. Aku juga yang dihantar ke sana sini. Aku memang malas mencari kau. Mungkin tidak akan. Kerana aku tahu jika aku tanya siapa kamu pada ibu. Dia akan teringat memori dulu. Dia akan bersedih. Aku digelar derhaka. Namaku bukan Tanggang.

Bagiku, Abdullah itu adalah hamba kepada Tuhan. Bapaku hamba Tuhan. Aku hamba Tuhan. Semua kita hamba Tuhan. Aku anaknya. Anak kepada hamba tetap hamba walaupun bapanya Tuhan.

Aku tidak sekejam kau mungkin. Peluang akan ada dari aku. Datanglah. Kembali. Aku mahu tahu.

Selamat Hari Bapa wahai Abdullah!!

Thursday, June 17, 2010

Selamat Tinggal Rakan Baru

Amat klise jika katakan aku kembali dari semayaman. Aku tidak pernah bersemayam cuma jadi bodoh buat seketika. Mungkin aku masih lagi dungu. Biar apa orang hendak kata, aku akan ambil kira. Sekurang-kurangnya aku dan mereka juga manusia.

Beberapa bulan ini aku berada di dunia lain. Satu dunia yang aku sendiri tidak menjangkakan kewujudannya semasa aku menjangkakan dulu. Perkara yang akan terjadi yang kini telah terjadi. Aku terasa seperti selebriti. Ah. Aku hipokrit kepada diri sendiri. Sehingga kini aku masih mencari apa yang aku mahu. Kehidupan sudah diberi namun untuk apa kehidupan itu?

Di dunia lagi satu, aku mendapat ramai kawan. Kawan baru. Namun bukan semua tahu menghargai. Mereka menggambarkan satu perkataan yang membuat aku sangat malu. Mereka mewakili perkataan yang mungkin aku tidak akan sebut.

Kadang kala aku melawat dunia mereka. Dunia mereka kebanyakkannya sama. Jika ada angin, semua akan menjadi angin. Jika disimbah air, maka semuanya akan basah. Aku serba salah menjemput mereka ke dunia aku.

Kata yang lebih mudah. Mereka tidak langsung memberi ruang kepada perbezaan. Kelainan. Bagi mereka, sama itu bagus. Aku kata bagus juga. Mereka bangga jadi homo. Kamu jangan salah anggap. Homo itu sama. Cuma aku mahu kamu berfikir. Apa yang aku cuba sampaikan?

Aku akan berbahasa lebih santai di kemudian hari.

*macam bangang internet ni..gua nak letak gamba boleh lak nak lag...

Friday, June 11, 2010

Sawan Datang Lagi

Sawan datang lagi!
Semua benci semua keji
Semua caci semua maki
Sawan tetap bersama

Sawan datang lagi!
tidak terkawal

Sawan datang lagi!
tiada penawar

Sawan datang lagi!
bandar gelar epilepsi

Sawan datang lagi!
kawan lari
teman lari
kekasih lari
semua lari

Sawan datang lagi!
besabarlah
satu hari akan pergi

Thursday, May 27, 2010

Siapa Mahu?

Kehidupan semakin malap. Biar matahari semakin telus. Hidup terus malap. Sama saja siang dan malam. Malam malap. Siang malap. [aku sedang tergelak]

Anak Abdullah bangkit dari beradu. Masih lagi lemah. Masih lagi berbuai. Namun kehidupan yang malap ini mesti diteruskan. Lupakan kejadah haram cita-cita dan masa lampau. Aku hidup dalam masa sentiasa bergerak sungguh semua jam di dunia ini terhenti.

Anak Abdullah sudah malas berfikir tentang masa depan. Masa silam. Hanya satu masa sahaja yang wujud.

Jadi kehidupan ini adalah yang terbaik.

Friday, May 7, 2010

Merindui Kamu Semua!

Aku rindu dengan kamu. Rindu dengan anda. Rindu dengan kau. kepada follower yang masih lagi merindui Anak Abdullah, jangan risau. Anda boleh mencarinya di sini=)