Sunday, November 21, 2010

Jelas Sudah

Jelas sudah.
Tak payah nak bertanya-tanya
Namun cermin mata juga boleh dilap untuk menjelaskan lagi penglihatan.
Tak payah gelabah
Tak payah gelisah

Monday, November 15, 2010

Korban

Bermula dengan Kisah Ibrahim diperintah mengorbankan puteranya Ismail, kini perspektif korban itu lebih meluas.

Korban waktu tidur untuk nafkah
Korban kawan untuk cinta
Korban cinta untuk kawan
Korban hidup untuk wang
Korban wang untuk hidup

Korban bukan setakat menghapuskan
Korban juga boleh jadi penambahan
Bagaimana?

Tiba masa untuk berfikir.

Selamat Hari Raya Korban. Mungkin juga SELAMAT BERKORBAN

Sunday, November 14, 2010

Sabar Menanti

Sehari, seminggu, sebulan, setahun, sedekatd, seabad, semillenium?
Boleh je sabar.

Sampai tidak disuruh bersabar.

Boleh ke?

Sabar je la

Tuesday, November 9, 2010

Tiga Kali

Kali pertama
Tatkala tertidur menanti pengawas mengumumkan waktu menjawab sudah tamat

Kali kedua
Tatkala tertidur angkara kepenatan dibuat sendiri ketika berpuasa

Kali ketiga
Tatkala tertidur yang disengajakan kerana baru kelas kedua subjek berat

Kali keempat
Diharap tidak akan menjadi

Kali pertama tak menyusahkan.
Kali kedua agak menyusahkan
Kali ketiga paling menyusahkan

kali ni tak ada kena mengena dengan cinta

Monday, November 8, 2010

Tak Penting Pun Siapa Aku Kan?

Ampun jika aku terkasar
Hanya aku perlu menjernih
Kau tak payah nampak
Biar aku saja yang rasa

Tak penting siapa aku kan?

Bukan niat ini mahu memerli meski mencaci
Hanya monolog untuk menenangkan siapa di dalam

Aku tidak perlu bimbang siapa aku pada kau,
Yang penting siapa kau pada aku

Penting itu abstrak
Siapa boleh nampak?

Hanya diri ini yang rasa.

Oh ya, cinta tidak semestinya perlu dua hala.
Bertepuk sebelah tangan?
kata apa saja

mungkin aku tersalah rasa
mungkin aku salah menghakimi
atau mungkin aku masih belum memahami