Aku duduk termenung,
Leka dengan sekitar
Angin atau wap yang lalu
Tidak dihirau segala deria.
Kulit ini tidak merasa apa
Selain leka.
Minda ini tidak berfikir apa
Selain leka.
Jantung ini tidak berdegup apa
Selain leka.
Lalu ribut kuat datang menghembus
Aku masih leka.
Ketika awalnya sangat bergegar
Aku masih leka.
Tapi kini leka itu berakhir
Duduk jadi baring
Leka jadi peka
Ribut masih di sini.
Ribut itu sedang meniup zalim ke dunia ini
Dunia aku.
Ribut itu aku yang mulakan
Leka jadi ramuan utama
Kini biar aku yang rasa dan menanti
Ribut ini berakhir sendiri.
Tuesday, September 21, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Lagi-lagi raya
Lepas puasa mesti mau raya
Kalau tak raya, kemenangan tak diraikan
Sebulan bertahan
Dapatkah apa yang dituntut?
Sebulan menanti,
Apakah ini destinasi?
Cukupkah sebulan menanti Aidilfitri?
Merenung direnung
Apa makna sebulan?
Semua orang ada definisi berbeda
Selamat Hari Raya!
Lagi-lagi raya
Lepas puasa mesti mau raya
Kalau tak raya, kemenangan tak diraikan
Sebulan bertahan
Dapatkah apa yang dituntut?
Sebulan menanti,
Apakah ini destinasi?
Cukupkah sebulan menanti Aidilfitri?
Merenung direnung
Apa makna sebulan?
Semua orang ada definisi berbeda
Selamat Hari Raya!
Friday, September 3, 2010
Jerawat Batu!
Arghh!! Tidak!!
Time macam ni la kau baru nak timbul
Time macam ni la kau nak uji kesabaran
Time macam ni la kau nak datang!
Dah la datang kau jarang-jarang
Dah la datang kau sendiri
Dah la datang kau jelas dan nyata!
Datang kalau sebesar ruam aku takkisah
Datang kalau taksakit aku takkisah
Datang kalau takgatal aku takkisah
Masalahnya;
Dah nak Raya ni woi!
Jatuh la saham aku!
Mana tau kawan-kawan sekolah rendah dulu sedang solo
Mana tau kawan-kawan sekolah menengah dulu sedang solo
Mana tau kawan kepada kawan aku nak dekat aku
Mana tau kawan-kawan akak aku datang rumah
Mana tau amoi kedai runcit dekat pusat bandar tu nak dekat aku
Arghh!
Ramai gadis yang dengki dengan aku sebab takpayah pencuci muka
Kulit bersih indah licin tanpa minyak
In special occasion je berminyak
Dah 3 tahun sabun muka aku ada 4
Semua penuh lagi

Sunday, August 29, 2010
Agak-agak Tuhan Buat Silap Tak?
Woi Brenn! (sebut macam Brain, panggil aku dengan nama ni je la) Kau gila kapiaq murtad nak soal pasal Tuhan? Dah kalau takboleh soal, kejadah apa aku nak percaya? Tapi soalan aku bukan pasal kewujudan atau apa-apa bersangkut-paut.
Kadang-kadang aku musykil, kenapa ada Yahudi, Melayu, India, Latin, Cina, Uighur, Arab dan segala macam rumpun bangsa atas dunia ni. Aku percaya manusia dari Adam seperti kebanyakkan kamu. Tapi kenapa sampai berpecah limpah sampai ke situ?
Aku tahu anak Adam dan Hawa itu ramai. Boleh jadi dari situ dah mula macam-macam warna dan fizikal yang wujud. Kalau dah betul satu famili, apa pasal mau gaduh-gaduh rebut ini bumi?
Kalau teori Darwin, kalau betul manusia dari primitif takkan dari satu primitif je manusia dievolusi? Takkan Kaukasia dari lotong, Afrika dari Gorilla, Melayu dari beruk, Yahudi dari siamang dan pelbagai spesis untuk berbilang bangsa atas bumi yang satu ni?

Aku tak yakin syarikat Tuhan macam syarikat buat radio. Lain radio lain harga. Objektif utamanya sama tapi dek kerana penampilan dan fungsi lain harga yang diletakkan. Ikut logik radio memang padan la sebab radio bukan manusia. Kena ikut harga bahan dan kepakaran pakar baru boleh letak harga. Make sense?
Takkan la ramuan nak buat Melayu ni taksama macam nak buat Cina. Kalau dari logam, Melayu dibuat daripada emas, Cina dibuat daripada perak dan sebagainya. Gila tak adil Tuhan macam tu. Lepas tu yang kaum emas ni boleh la suka hati nak pijak-pijak kaum yang rendah lagi nilainya. Brader, betul ke platinum dengan titanium lagi mahal? PWNED!
Adakah satu kesilapan oleh Tuhan? Atau Teori Darwin masih lagi takkukuh?
Secara peribadi, aku anggap memang tak silap. Dia Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang dia buat.
Contoh kapal terbang aku rasa macam bagus je kalau nak kaitkan dengan hal ni. Sebelum kapal terbang tu nak dibenarkan terbang, krew darat; jurutera dengan juruteknik akan pastikan kapal tu sihat untuk terbang "fit-to-fly". Kalau dah yakin dengan segala ilmu yang ada, rujukan yang perlu, barulah jurutera boleh lepaskan ke udara. Bermakna tak boleh buat silap sebab ilmu yang ada tu dah dipraktikkan.
Kalau jurutera tu buat silap, memang jatuh dan macam-macam akibat akan berlaku. Kalau crash gak even dah siasat bukan salah manusia, ini dipanggil 'component failure'. Kapal terbang tu salah. Takpun sebab cuaca. Totally non-human error.
Lebih kurang macam ni la Tuhan. Aku taksamakan Tuhan dengan jurutera ok! Dia Maha Bijaksana. Dia tahu apa yang Dia buat. Kucar-kacir rasis yang wujud ni bukan sebab Tuhan ciptakan bangsa. "Component failure". Bukan salah Tuhan, tapi salah MANUSIA.

Wednesday, August 25, 2010
Semalam, Ini Hari Dan Esok
Semalam
Ini Hari
Dan Esok,
Semalam terlepas
Ini hari melepas
Dan esok dilepas
Semalam jatuh
Ini hari ampuh
Dan esok bersetubuh
Semalam rapuh
Ini hari kukuh
Dan esok lumpuh
Semalam gaduh
Ini hari musuh
Dan esok bersimpuh
Semalam sayang
Ini hari goyang
Dan esok terang
Semalam bosan
Ini hari tak keruan
Dan esok tertekan
Semalam bermula
Ini hari berjalan
Dan esok terpinga
Semalam makan
Ini hari kenyang
Dan esok buang
Ini Hari
Dan Esok,
Semalam terlepas
Ini hari melepas
Dan esok dilepas
Semalam jatuh
Ini hari ampuh
Dan esok bersetubuh
Semalam rapuh
Ini hari kukuh
Dan esok lumpuh
Semalam gaduh
Ini hari musuh
Dan esok bersimpuh
Semalam sayang
Ini hari goyang
Dan esok terang
Semalam bosan
Ini hari tak keruan
Dan esok tertekan
Semalam bermula
Ini hari berjalan
Dan esok terpinga
Semalam makan
Ini hari kenyang
Dan esok buang
Subscribe to:
Posts (Atom)