Sunday, April 10, 2011

Lampu Hijau

Kenapa lampu hijau itu seakan samar?
bukan rabun, cuma mata ini sedikit ditutup
tiada usaha untuk buntang

aku mahu membuka tapi tiada tenaga.
mana?

adakah kesamaran itu sebenarnya merah?

Tuesday, March 22, 2011

Kau

datang kau membawa sinar.
biar orang kata cahaya sebenarnya dari tuhan

bagaimana aku akan percaya tuhan jika aku tidak percaya kau adalah sinar?

kaca itu rapuh
getah itu kenyal

aku bukan siapa-siapa

Saturday, March 5, 2011

Topeng Terbuka

dulu gah lawan amareka lawan yahudi lawan zionis

kau wira, pahlawan dan pendekar

adakah kisah wira kau jaja untuk menjadi korup di masa hadapan?

sekarang bukan lagi dulu

apa kau buat dulu

bukan tiket untuk sekarang

rasakan,

semua tahu kau bertopeng wira

tidak lagi diperlukan entiti wira dalam figura pemimpin

terbalikkan piramid.

itulah monarki sejati

Thursday, March 3, 2011

Gila Tak Dijangka

tanpa dijangka, keadaan tidak seperti apa yang diharap
aku berdosa kerana berharap
kerna berharap bisa memudaratkan

adakah saya kelihatan seperti seorang lelaki dengan rancangan?

Sunday, February 27, 2011

Pandangan Kasar Di Bukit Bintang

Semalam dengan selamba aku ke Bukit Bintang walaupun aku tahu aku ni mangkuk hayun dari Felda yang tak layak berkawan dengan kawan-kawan High Class dari bandar metropolitan mahupun dari Bandar Sri Begawan.

Aku bersiar bersama dua lagi sahabat dan perjalanan amat tenang kerana kami menaiki motorsikal.

Sedari sampai Jalan Imbi untuk destinasi pertama yakni Plaza LowYat. Aku menyedari kami bertiga mengenakan tiga fesyen berlainan. Aku dengan pemakaian hardcore wannabe, t-shirt tak berapa nak labuh, seluar pendek kargo celoreng askar, new balance dan topi besbol dari jalan petaling. Seorang lagi berbusana ala abang-abang yang mana beliau memakai sniker nike, berkemeja t polo berbelang-belang. Maka yang akhir menyarung seluar pendek jeans yang separa ketat, macam hipster gitu. ehehe.

Itu bagaimana kontras fesyen tidak menafikan kami untuk berkawan.

yang agak kasar di mata aku apabila ramai adik-adik yang berfesyen serupa berjalan seiringan, duduk sekumpulan dan membualkan perkara yang sama. Ah. itu dunia tanpa warna.

belum lagi kisah anak perempuan tengah lepak dengan kawan-kawan emo getik jumpa mak cik jiran. agak malu di situ. namun aku tak tahu apa perasaan beliau.

ada juga terdengar sayup, 'weh, jomlah balik! mak aku dah panggil'

sudahlah dengan pandangan kasar di bukit bintang. aku cuma mahu menguatkan semangat berkawan bukan hanya atas nama persamaan atau ekualiti. berkawan kerana perbezaan adalah jauh lagi menyeronokkan.

dan tidak dinafikan, akan ada yang menuduh menjadi talam bermuka-muka kerana berkawan dengan semua segi

 bukan ko je boleh letak gambar sendiri. aku pun nak!