Tuesday, October 26, 2010

Apa Kau Tau Pasal Rasa?

mesti kau ingat kau dah cukup rasa
rasa apa saja
sudah saja kata kau

aku tak kata salah
malah mampu kata betul

tolong.
tolong jangan rasa yang kau dah cukup rasa

macam orang lain
takpernah rasa
taklayak rasa

celaka

pernah kau rasa celaka?
memang celaka kalau terasa
paling celaka kalau terkena

memang kau boleh rasa.
sebab hanya kau punya deria

aku tidak. kami tidak. mereka tidak. hanya kau

hanya kau manusia tunggal yang  punya deria
dan merasa apa itu rasa

celaka

Friday, October 22, 2010

Darah Bangsawan

Pernah dulu gua check surat beranak gua.
Gua tengok nama mak gua, ada anak perempuan kepada sekali,
Atuk gua ada ekstensi nama bangsawan
Dulu masa sekolah, kalau ada ekstensi pada nama,
Mesti dari orang hebat-hebat

Tapi gua pelik
Kenapa gua tak ada ekstensi?
Gua tak cukup bangsawankah?
Ok. masa tu gua belum tahu berdiri
Meniarap pun tak kuat

Gua dah besar sikit,
gua dapat tau
kalau mak gua tak bersatu dengan lelaki keturunan bangsawan
ada ekstensi nama,
maka gua pun bukan.

Sebab mak gua perempuan.
Seksism

gua amat terasa
Gua amat cemburu.

Guia dah besar sikit,
gua dapat tau,
nama ni manusia yang bagi

kalau periksa darah,
mana ada genetik mutasi nak bagitau lu bangsawan ke tidak

padan muka!

kalau lu bangga lu ada darah bangsawan,
gua harap kalau lu nak darah
lu cari darah jenis bangsawan
bukan A, B, AB, O

kah kah kah!

Tuesday, October 19, 2010

Islam

Dari perkataan Salam
Islam ertinya selamat

Aku di sini bukan kepingin berdakwah
Mencari kejernihan cuma
Semakin lama makin tidak selamat

Selamat bukan sahaja bagi yang menganut
Selamat juga bagi yang bersahabat

Islam bukan agama ketuanan
Islam bukan agama meninggi-ninggi
Islam bukan agama merendah-rendah
Islam bukan agama membenci
Islam bukan agama menakutkan
Islam bukan agama memiliki
Islam bukan agama kerajaan
Islam bukan agama politik
Islam bukan agama berperang
Islam bukan agama haru-biru
Islam bukan agama kenegaraan
Islam bukan agama hieraki
Islam bukan agama dominasi
Islam bukan agama monopoli
Islam bukan agama monarki
Islam bukan agama feudal
Islam bukan agama bangsawan
Islam bukan agama kapitalis
Islam bukan agama bangsa

Jika benar Islam itu selamat, mari mencari akar
Jika benar Islam itu indah, mari berpatah ke masa silam

Sekali lagi, selamat bukan hanya untuk kita.
Selamat juga untuk mereka.

Jangan mudah melenting. Jangan mudah memaki.

Saturday, October 16, 2010

Cinta

Cinta bukan disimbolkan dengan hati
Cinta itu rumit
Namun semua menikmatinya. 


Mungkinkah kita bersatu lagi?
Bukan mudah cinta itu hadir
Cinta tidak datang bila sendiri

Aku gembira jika kaukembali

Saturday, October 2, 2010

Baru Lu Tau Sakit

Dulu bukan main lu sembang lu susah nak sakit,
Sekarang apa macam bro?

Dulu bukan main lu kutuk member selalu sakit,
Sekarang apa macam bro?

Dulu bukan main lu main,
Sekarang apa macam bro?

Dulu bukan main lu berlagak,
Sekarang apa macam bro?

Dulu tu dululah kan?
Sekarang biar lu rasa

Kahkahkah!

sedih bro tak boleh nak bersukan, moshing (gua tak hebat pun mosh), dan sebagainya. Mujur gua belum nikah lagi..