Friday, October 12, 2012

aku,

aku,
pemusnah, pencinta, penghancur, pengasih, pendosa, pembodoh, pemberi, peminta, perosak, pemulih, pemula, pengakhir, penghabis, penghasil, penyusah, pemudah

aku,
bukan tuhan

Monday, October 1, 2012

Kisah Sang Kelana Menjadi Dewa

Cerita ini belum lagi diriwayatkan oleh siapa-siapa malah oleh mana-mana pujangga. Cerita ini datang ketika dingin air menyusuri kulit dan selulit. Air yang sejuk belum mahu membeku melalui kepala datang bersama ilham yang dirasakan semua perlu tahu.

Adapun seorang lelaki itu diberi nama Kelana ketika dia baru berapa detik merengek berteriak belum tahu bercakap, belum tahu berjalan walhal masih belum tahu berfikir.

'eloknya anak ini dinamakan Kelana. Biar dewasanya nanti keluar berguna' cadang si bidan kepada si bapa bilamana si ibu termengah-mengah lemah tidak mampu bercakap.

Si ayah angguk lantas mendapatkan si bayi.

Si ibu mengalirkan air mata sesudah si ayah mendendangkan bang pada telinga anak kenit itu. Biar anak kenit itu tidak tahu apa yang diperdengarkan namun itu biar jadi doa dan harapan juga tanda syukur kepada Tuhan.

Tuhan itu paling besar!
Tuhan itu paling besar!
Tiada Tuhan selain Tuhan itu!

'Kelana, besar nanti jangan jadi penyangak'

Anak itu diajarnya membaca. Biar tahu apa yang mahu disampaikan yang lain.

'Kelana, besar nanti jangan jadi perompak'

Anak itu diajarnya hal-perihal agama. Biar tahu yang lain jangan sekali dianiaya.

'Kelana, besar nanti jangan jadi gelendangan'

Anak itu diajarnya menghisab. Biar tahu kira-kira bila nanti tidak akan ditipu yang lain.

Hari demi hari menjadi tujuh datangnya minggu. Minggu demi minggu datangya empat menjadi sepurnama. Purnama lepas purnama datangnya dua belas menjadi setahun. Setahun diangkat setahun menjadi lapan belas maka Kelana sudahpun dewasa.

Dalam tidak rela meronta-ronta si ibu tidak mahu Kelana kembara, dia mesti lepaskan. Ayahnya sudah sakit. Tua datang menjemput. Kelana harus keluar menjadi manusia. Ayahnya sudah tidak mampu membanting belulang. Harta yang ada cukup-cukup saja untuk dia dan isterinya diguna untuk saki-baki nyawa. Anaknya yang sendiri itu tidak mampu ditanggung lagi.

'Kelana, maafkan aku. Aku tidak dapat memberimu makan. Tidak dapat memberimu pekerjaan. Juga tiada tempat di kampungan ini untuk kamu aku berikan. Kamu harus keluar mencari kehidupan sendiri. Maafkan ayahmu yang lemah dan hina ini.' si ayah terbatuk-batuk menyesali dirinya.

'Aku turutkan permintaanmu itu. Aku juga harus sesali belasan tahun menjadi beban kamu berdua. Aku akan kembali tiap enam kali bulan berubah penuh. Jika aku tidak kembali, ertinya aku sudah mati' Kelana sudah bersedia dengan janji mati.

Si ibu menghampar sehelai kain lebar dan panjangnya hanya dua hasta. Diletak pula sesisir pisang yang tidak dikira berapa biji yang ada. Beberapa keping syiling perak dan satu labu air yang diisi dengan air kosong. Lalu ditemukan empat-empat bucu dan diikatnya pada satu bucu.

'Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Kelana pergi dulu. Ingat, enam kali' usai mengucup dua dahi ibu dan ayahnya, Kelana pun berlalulah keluar mencari kehidupan.

sambung

Wednesday, September 19, 2012

terperosok

kiri kanan, atas bawah, depan belakang
mana-mana arah, hanya ini masa
aku jadi bangang

bukan aku hajatkan begini

hanya jika aku boleh jangka apa yang jadi hari ini,
ketika aku sedang mencari apa yang patut aku cari
satu masa dulu


Sunday, September 2, 2012

Bukan Perempuan Sundal : Gelombang Kedua


Ampunkan hamba yang berlengah-lengah. Cetakan kedua sudah pun bermula dan jumlah yang dirancang hanya 50 salinan. Harga untuk senaskhah adalah RM15 (tidak termasuk pos). Tambah lagi RM5 untuk khidmat penghantaran. sebarang maklumat boleh diperoleh melalui emel [syahidlah(at)gmail(dot)com]. atau mana-mana rangkaian sosial terbabit.

Friday, August 31, 2012

Merdeka

Merdeka!
Merdeka atau direka-reka?

I set my friends on fire, bitch!

Thursday, July 12, 2012

parah

dihimpit padu beralaskan tanah bogel yang keras,
mujur rusuk belum bertemu.
ini bukan yang pertama.
bukan juga yang akhir kali.
aku tahu, aku belum mati

Monday, June 18, 2012

autoBIOLgrafi, jeling-jeling dan kehausan


ada tambahan 'kertas' 'mangkuk tandas' dan beberapa lagi karangan mahu menjadi (wannabe). boleh pergi ke pautan di bawah untuk menjeling-jeling. dan juga anda dijemput untuk menulis karangan. 


Saturday, June 16, 2012

autoBIOLgrafi

di sini, beberapa manusia akan mengarut biol. nantikan kebiolan ini. 


Monday, May 28, 2012

Puisi Buat Nyamuk

Diciptakan kau, mengurangkan populasi
sungguhpun kecil, kau berdengung menikam tajam.

adakah kau dicipta untuk dibenci?
adakah kau dicipta untuk membunuh?
adakah kau dicipta untuk dibunuh?

berbelang atau perang,
aku yakin kau betina;
lumrah manusia dahaga fakta

diciptakan kau memang menyakiti
aku rela darah ini dikongsi
kerana bumi yang luas juga mesti dikongsi

cuma, aku tak rela menggaru seluruh badan dan hanyut melepaskan nikmat tidur.

oh nyamuk

Thursday, May 10, 2012

revolusi

satu rumah, bersepah.
penghuni, marah.
penyebab, rakus.
suasana, tandus.

Thursday, April 26, 2012

Berkenaan Bukan Perempuan Sundal Yang Baru Siap


sudah pun siap. jika berminat, boleh emel ke syaheedabdullah@gmail.com. senaskhah rm15. sekali dengan pos rm20. :)

Thursday, March 22, 2012

Restoran Harmoni

Ok lah, merujuk kepada post sebelum ini, aku buat keputusan nak jadi trendy dan ada stail. sambungan kisah Khairul dan Munir akan disambung ke laman ini

Restoran Harmoni

Jadi kalau ada mana-mana yang tak puas hati, aku tak boleh buat apa. sebab blogger ni free.

Tuesday, March 20, 2012

Belum Ada Tajuk

08.23 malam.

Jam tangan aku tatap. Semua jadi senyap. Lelap. Aku gelak sendiri. Munir masih panik melihat apa yang sedang berlaku. Kelam-kabut tadi benar-benar berubah umpama pasca tsunami. Jeritan mahu cepat, bunyi kuali menentang sudip dan senduk, seretan kaki kerusi ke lantai yang mampu buat ramai anak gadis rasa ngilu semuanya hilang sekelip mata. Tiada apa lagi yang mahu dirisaukan.

'Apa dah jadi ni, Rul? Tiba-tiba je semua lelap. Kita nak buat apa ni?' Munir mula mengganggu keceriaan.

'Bertenang je sudah. Kalau kau, kau nak buat apa?' aku tanyakan kembali pada Munir.

'Kita lari?' Munir ambil jalan mudah. Dia memang masih lagi tidak faham apa yang sedang berlaku.

'Kau tak rasa ini peluang kita nak balas dendam? Alang-alang dah macam ni, baik kita balun cukup-cukup!' meyakinkan Munir memang satu kerja yang berat. Memang lama kami berkawan, tapi mengajaknya untuk melakukan satu perkara yang dirasanya kurang baik adalah hampir kepada mustahil.

'Balas dendam apanya, Khairul? Ke kita nak panggil polis je senang?' Munir masih bingung. Tadi dia mahu lari, kini dia mahu panggil polis. Pemikiran kritisnya amat lemah. Mungkin ini produk kurikulum kemahiran berfikir secara kreaftif dan kritis pada zaman sekolah dulu.

'Macam ni Munir. Diorang semua ni memang dah tertidur. Atau mungkin pengsan. Aku rasa lagi sejam mungkin mereka bangun balik. Kalau aku lah Munir, memang macam-macam boleh buat dalam sejam ni.' aku mahu jelaskan pada Munir. Biar dia tahu dan biar dia mahu. Kalau dia tidak mahu, terpulang.

Kedua-dua kami kini terdengar satu bunyi yang boleh ramai anak-anak kecil menangis. Bunyi yang garang, tanda sesuatu akan hadir. Tapi aku suka. Bunyi guruh. Tanda mahu hujan. Pada saatnya yang aku perlukan. Dan dewasa ini bila cuaca jadi tak tentu. Hujan lebat adalah mesti. Berdasarkan pada hujan pada hari-hari sebelum ini. Hujan lebat akan jadi penghalang kepada penghalang. Tiada orang akan datang dalam hujan lebat ini. Dan aku pasti, hanya aku dan Munir sahaja yang berdiri dan sedar dengan mata terbuka luas.

'Tak bahaya ke?' Munir tanya seakan-akan berminat.

'Kita buat yang biasa-biasa je. Jangan ada yang cedera atau mati. Kita bagi aib je cukup dah. Amacam?' memang ini yang aku mahu lakukan, dan memang ini yang aku maklumkan. Bila tiada kecederaan ataupun kematian, maka tak adalah jenayah. Keadaan akan jadi huru-hara bila semua sudah sedar nanti. Dan aku sudah punya rancangan aku sendiri.

'Ok! Kita nak mula dari mana ni? Hahaha.' Munir tampak berminat.

Jejaka berketinggian sedikit rendah daripada ketinggian sederhana ini sudah menonjolkan lesung pipitnya yang dalam. Lesung pipit yang kononnya diidamkan oleh ramai gadis-gadis. Taktahu sama ada mereka berminat untuk memiliki lesung pipit pada pipi mereka sendiri lalu digunakan untuk menunjuk-nunjuk. Mahupun untuk melihat lesung pipit pada pasangan kesayangan mereka. Aku pantang betul tengok gadis-gadis comel yang sudah ada pasangan. Memang ada balasannya pada malam ini. Nantikan saja.

'Kita nak buat sama-sama ke, nak buat sendiri-sendiri? Ramai kita nak selesaikan ni' aku mula teruja dan jika ada cermin di depan muka, aku akan nampak lesung pipit pada pipi aku sendiri. Aku sendiri tidak menyangka rancangan aku ini benar-benar menjadi. Dan ini aku anggap sebagai rezeki. Rezeki bukan saja jatuh makna pada wang ringgit, mendapat apa yang dirancang juga boleh dianggap rezeki.

'Kita mula dari depan dululah. Lepas tu sampai ke dapur. Aku tak rasa semua ni akan kena. Yang bangsat-bangsat je aku cari dulu ni. Eh, yang pekerja sekali ke kita nak kenakan ni?' Munir keluar dengan cadangan yang bernas dan bertanya satu soalan yang bodoh.

'Ikut kaulah. Aku tak rasa kau pun suka budak-budak yang tak habis-habis dengan negeri dialah paling hebat, budak negeri dialah yang paling mulia. Aku tak rasa kau nak lepaskan.' hasut tetap hasut. Biar Munir tidak bertindak kerana dia hanya tidak mahu aku rasa sendirian. Aku mahu dia bergembira kerana dia sendiri yang mahu gembira.

Saturday, March 17, 2012

Taksub

Terlalu gelap untuk dipandang.
Terlalu jelas untuk diabai.

Tunggulah, hari itu akan datang.
Cuma, hadirnya entah macam mana.

Terlalu banyak entiti untuk disembah.
Terlalu banyak manusia untuk disanjung.

Rela dihina oleh yang disanjung.
negaraku

Wednesday, March 14, 2012

impian

di tengah malam;
mimpi

di tengah siang;
angan

di dalam sedar;
impian

yang pasti, impian ini berubah-ubah.
yang pasti, bila impian ini pegun,
jadi cita-cita.

impian kadang-kala buat orang lupa keliling

Tuesday, March 6, 2012

Pra Tonton Dan Pra Pesan

Mengenai Bukan Seorang Sundal, sini ada pautan untuk pra tonton/pra baca.


Yang ini memang belum dikemas dan apa saja lagi. Biasalah mengada-ada. Orang menulis, aku pun nak juga. Dan kalau ada siapa-siapa berminat, bolehlah hantarkan pesanan ke syaheedabdullah@gmail.com. Untuk senaskhah, Kiranya RM15 tanpa kos penghantaran. 

Monday, March 5, 2012

Bangang

Bangang adalah satu perkataan yang langsung tidak ada kena mengena dengan kebaikan. Tetapi perkataan ini molek betul digunakan untuk tujuan pembaikan. yang mana bila orang kata,

'kau ni bangang!'

tidak semena-mena yang dipanggil bangang itu akan berfikir panjang - kenapa aku bangang?

menjadi bangang ada banyak cara. dan tanpa sedar, kita sendiri sedang melakukan sesuatu yang bangang. Memikirkan hemahnya perkataan bangang ini sendiri misalnya

Friday, March 2, 2012

Bukan Seorang Sundal.

Sesuatu yang biasa bila anak-anak dari kampung sana datang berjudi takdir di kota. Semuanya biasa-biasa, sampai satu masa seseorang yang tidak pernah dijangka akan hadir turut sama dalam perjudian ini. Di kota ada ramai sundal, dan ada seorang yang bukan sundal. Dan yang bukan sundal ini juga mangsa pada perjudian ini. 


cover oleh Cik Nadiah

(nota kaki adalah terlalu arus perdana) - entah bila aku nak cetak benda ni. Nak muka pertama ya? Malu betul saya dibuatnya. Macam ni lah, ada masa aku convert muka pertama ke pdf secepat mungkin. lepas tu, lepas tu, aku update post ni

Wednesday, February 29, 2012

Annoying Birdies

They chirp and they sing
They eat and they sleep

They chirp and they sing
They speak and they yell

They chirp and they sing
They walk and they sit

They chirp and they sing
They are annoying and never get wrong.