Thursday, December 24, 2009

Ada Apa DenganTahun Baru?

Acapkali tahun baru ramai manusia akan bergembira. Khabarnya, dengan tahun baru kali ini bolehlah berubah ke arah yang lebih baik. Tidak kurang juga yang nekad untuk melakukan kerosakan atas nama dendam dan pelbagai alasan.

Tahun baru adalah hari yang kembali setelah 365 atau 366 hari melalui kehidupan atas nama setahun.1 Januari. Setiap kali tahun baru, hanya tahun yang berubah. 2008 menjadi 2009 dan 2009 menjadi 2010. Bukti perubahan jelas dapat dilihat pada buku sekolah yang mana tarikh mesti diletakkan di setiap tugasan yang diberi. Misalannya, pada tahun 2009 Ali belajar dalam tingkatan tiga dan pada buku latihan sekolahnya dia akan menulis 3 April 2009 dan pada tahun 2010 semasa Ali di tingkatan 4, angka 2009 akan diubah menjadi 2010.

Tiada apa lagi yang membezakan tahun lama dengan tahun baru. Hanya angka. Ruang dan masa tetap bergerak walaupun sistem kalendar tidak diwujudkan. Tahun baru dicanang-canangkan sebagai hari untuk bergembira. Persoalannya di sini mengapa tahun baru? Bukan setiap hari? Bukan setiap detik?

Saban tahun para ibu bapa letih memikirkan bagaimana permulaaan sekolah bagi anak-anak mereka. Bagi yang berpoket penuh dengan kertas yang disembah bolehlah memandang beban sekolah bagi anak-anak seringan kekabu. Namun yang bekerja siang malam tapi pendapatannya hanya secukup makan? Di situ mulalah berhutang, bergadai, berlapar, dan sebagainya. Uniform sekolah anak-anak sememangnya beban. Bila difikir-fikir balik, jika kita berbogel sekalipun kita akan belajar benda baru. Kemeja putih yang perlu digosok agar nampak rata, seluar yang seakan-akan pedang tajamnya sememangnya tidak masuk akal. Alasannya, biar nampak kemas,bersih teratur, berketrampilan, nampak pandai dan setaraf dengan pelajar-pelajar yang lain. Kalau ada yang pakai Canggih dengan Cap Kuda apa cerita? Bermulalah perbezaan taraf atas nama jenama. Logiklah jika anak-anak berpakaian biasa, mungkin Nike, Prada dan bersekutu yang dilihat. Alahai manusia, ianya hanya baju. Kain yang melitupi badan mengelak dari kesejukan. Apakah bezanya si bijak yang berbaju compang-camping dengan si bodoh yang menang pada gaya? Belum kasut hitam, putih, krim, hijau dan seangkatan. Semuanya sudah menjadi kewajiban ibu bapa. Selipar jepun sepasang seringgit tidak wajarkah? Jika bebas mengalas kaki dengan pelbagai cara wujudkah masalah? Kasut sekolah hanya mengajar kita bau busuk stokin. 

Penangan tahun baru bermula dengan persekolahan. Yang miskin makin miskin pada tahun baru. Mujurlah jika ada bantuan dari kerajaan. Kalau ada bantuan sekalipun, kertas-kertas yang diperoleh dari keringat ini akhirnya masuk ke poket pihak yang tidak sepatutnya. Keseragaman membataskan kreativiti. Semuanya sama dari zahir. Jika ke sekolah dengan pakaian yang berwarna-warni tidakkah itu kelihatan lebih ceria. Keseragaman juga membezakan. Yang ahli korporat mestilah bertali leher, yang jual daging mesti berapron plastik. Yang setia berdiri di pintu-pintu pusat membeli-belah, mempromosikan barang-barang baru juga bertali leher. Bertali leher dalam cuaca panas lembab? 

Malam ambang tahun baru, anak-anak muda mula berpesta. Selamat tinggal tahun lama menjadi slogan. Pada malam yang sama setelah pertunjukkan bunga api berakhir, terbitlah para pekerja kebersihan memerah keringat. Cawan kertas, botol kaca, tin, dan banyak lagi kekotoran perayaan tahun baru perlu dibersihkan atau anak-anak di rumah malah diri sendiri tidak akan mampu untuk menjamah nasi. Tahun baru inilah, watikah itu dan amanat ini disampaikan. Namun pepatah Inggeris 'action speaks louder than word' amat terbukti kebenarannya. 

Tahun baru, bermulalah satu episod baru dari sudut mitos dan lagenda. Azam baru? Azam akan tinggal azam. Semuanya kerana kertas yang disembah dan manusia menjadi leka, tunduk, tamak, zalim, megah, menindas, mencuri, melacur, kejam, membunuh dan BERPOLITIK. 

Friday, December 18, 2009

Juara Kalah Dan Juara Mati?

Undian telah dibuat dan mari kita lihat siapa yang kena

Stuttgart v Barcelona
Olympiakos v Bordeaux
Inter Milan v Chelsea
Bayern Munich v Fiorentina
CSKA Moscow v Sevilla
Lyon v Real Madrid
Porto v Arsenal
AC Milan v Manchester United

Bila dan bagaimana perlawanan akan berlangsung jangan dihirau. Mari kita lihat satu persatu dari Jerman ke Greece..

Stuggart menentang Barcelona. Wakil Jerman menentang juara bertahan. Barcelona yang berhempas pulas menjadi juara kumpulan dengan kejutan dari Rubin Kazan. Aduh sayang. Janganlah Stuggart jadi macam Bayern season lepas. Aku pilih Barcelona untuk ke suku akhir.

Olympiakos Piraus dan Bordeaux. Juara Perancis yang tidak menggunakan tangan akan menyahut cabaran Olympiakos yang layak secara automatik. (Auto sebab kalahkan player naif Arsenal). Masing-masing kental di tempat sendiri dan pilihan kepada Bordeaux ke suku akhir.

Inter Milan dan Chelsea. The Blues tengah mantap tu bro. Inter Milan pun boleh tahan gak. Persamaan kedua-dua pasukan adalah Jose Mourinho dan Ancelotti yang pernah berpangkalan di San Siro tapi dengan Ac Milan. Bolehkah Mourinho menangani bekas anak-anak didiknya? Bolehkah Ancelotti menangani tekanan di Milan? Atau Abramovich sekadar singgah di Milan untuk bershopping? Dengan skuad yang ada Chelsea mungkin ke peringkat seterusnya.

Bayern Munich vs Fiorentina. Luca Toni mungkin tidak akan bermain kerana striker muda Bayern lagi bagus daripada beliau. Fiorentina yang menghampakan Liverpool sekali-kali tidak akan mengecewakan rakyat Itali. Namun Bayern akan ke suku akhir. Jika Fiorentina punya resipi bola sepak pizza yang bagus mungkin Fiorentina yang akan ke suku akhir.

CSKA Moscow dan Sevilla. Wakil Rusia dan pencabar Real dan Barca di Sepanyol. Sevilla bermain hampir sempurna pada peringkat kumpulan dan begitu juga dengan CSKA yang bermain sangat cemerlang menghadapi United. Pilihan untuk Sevilla.

Lyon dan Real Madrid. Real bukanlah pasukan yang konsisten walaupun disinari dengan cahaya yang dibeli dengan duit rakyat Sepanyol. Lyon? Juara kumpulan yang dahulunya mengandungi Liverpool sebagai pilihan utama namun Lyon mengamuk di Anfield. Real Madrid ke suku akhir.

Porto dengan Arsenal. Pernah bersekumpulan dan kelebihan kepada Arsenal. Namun janganlah kita berbangga dengan sejarah. Porto hanya kalah dengan Chelsea pada kedua-dua pertemuan kumpulan dan Arsenal hanya kalah sekali itu pun turunkan para belia. Jika Arsenal konsisten dan meletup maka Porto bukan masalah.

Ac Milan dan Manchester United. Ac Milan masih lagi bermasalah dan Manchester? Tiada masalah. Hanya keajaiban yang boleh memenangkan Milan walaupun Milan bukanlah pasukan yang lemah. Manchester juga sedang terkial-kial mencari key player yang bagus namun mereka masih lagi boleh menang dengan pasukan seperti Wolves dalam liga domestik. Tetapi ingin diingatkan bahawa mereka adalah pasukan professional dan masalah liga domestik tidak semestinya perlu diungkit di arena Eropah. Manchester United lah!!

Tidak banyak kejutan dalam undian kali ini dan seperti dijangka ianya seperti dirancang teliti. Ehehe. Tuduhan kosong je tu. Yang penting pertemuan kalah mati kali ni memang dah macam perang. Adalah satu atau dua match yang seperti berat sebelah namun sebelum diundi semua juara kumpulan diletakkan di pot A dan naib juara di pot B.

Bayern, Barca, Chelsea, Arsenal, Sevilla, Real, Bordeaux dan Manchester mungkin akan mengorak langkah ke suku akhir dan ianya adalah pilihan peribadi. Kalau nak prediction yang lagi tepat bolehlah tunggu second leg habis.

Tuesday, December 8, 2009

Afrika 2010. Dari A ke H

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan 2010. Bola sepak sudah mula dikeluarkan oleh kilang-kilang untuk pemuda-pemuda yang tiba-tiba terkenan bola sepak. Al-maklumlah, piala dunia datang selang empat tahun. Berikut merupakan senarai kumpulan dan negara bertanding pada 2010 nanti. Dalam kurungan tu ranking November 2009.

Kumpulan A
Afrika Selatan (86)
Mexico (15)
Uruguay (19)
Perancis  (7)

Kumpulan A didiami tuan rumah, dua bekas juara dan pasukan yang tidak kurang hebatnya. Dengan Pienaar, Forland, Ribery dan Vela yang bertemu, kumpulan ini semestinya menarik kerana Mexico, Uruguay dan Perancis masing-masing pernah mengalahkan pasukan yang menduduki ranking nombor 1 untuk sekian lama dan  juara 5 kali Brazil. Afrika Selatan akan bermain atas nama patriotisme dan menjamin tidak mengecewakan peminat bola sepak. Diharap tiada kes gol tangan yang menyebabkan mana-mana pasukan tersingkir dengan harapan berkecai.

Kumpulan B
Argentina  (8)
Korea Selatan (52)
Nigeria (22)
Greece (12)

Kumpulan B. Argentina sepertinya tidak akan mengalami masalah yang besar namun cabaran Nigeria dan Greece bukan cabaran budak sekolah rendah terhadap pemain senior. Jagoan Asia yang mengalahkan Itali sehingga tergantungnya Ahn Jung Hwan bukan satu cabaran yang remeh. Mampukah stamina dan kekuatan dari Afrika menandingi skill dan atur gerak permainan dari Amerika Selatan? Atau adakah Park Ji Sung mengepalai Korea Selatan ke final tanpa Argentina? Dan atau negara yang kaya dengan sejarah ketamadunan selaku Juara Eropah 2004 akan mencatit sejarah dalam diari bola sepak? Kita lihat Jun nanti.

Kumpulan C
England  (9)
Amerika Syarikat (14)
Algeria (28)
Slovenia (33)

Kumpulan C. Pasukan yang gah pada nama dan liga domestik yang dimeriahkan pemain luar negara England, akan berentap dengan finalis Piala Konfederasi 2008, Amerika Syarikat disamping menyahut cabaran Algeria dan pasukan yang menyingkirkan Rusia langsung  menafikan kehadiran Arshavin, Bilyaletdinov dan rakan-rakan ke Afrika Selatan dengan kelebihan gol tempat lawan, Slovenia. Adakah perjalanan England  bukan hanya setakat suku akhir? Kumpulan yang akan ada banyak kejutan.

Kumpulan D
Jerman (6)
Australia (21)
Ghana (37)
Serbia (20)

Kumpulan D meletakkan Jerman, finalis Euro 2008 dan pemenang tempat ke-3 2006, Pasukan nombor 1 Asia, pasukan yang penampilannya bukan Asia, Australia, The Black Stars, Ghana, pasukan yang mengecewakan Republic Czech pada 2006 dan Serbia yang akan dikaptenkan oleh Vidic pertahan kental mewakili Manchester United. Kumpulan yang mungkin menjadi tapak mula kepada bakal juara 2010 dan mungkin tidak.

Kumpulan E
Belanda  (3)
Jepun  (43)
Cameroon (11)
Denmark (26)

Kumpulan E yang menemukan bekas mesin gol Barcelona Eto'o,bekas pemain Real Madrid, Huntellar, bekas penjaring gol jarak jauh dari Celtic, Nakamura dan Bendtner penyerang muda dari Arsenal dan sememangnya kumpulan yang seperti memihak kepada Belanda dan Cameroon. Namun kedua-dua pasukan ini tidak boleh meremehkan cabaran Denmark dan Jepun. Jika inginkan kejuaraan Belanda memerlukan konsistensi dan serius terhadap lawan mereka.

Kumpulan F
Italy (4)
Paraguay (30)
Slovakia (34)
New Zealand (77)

Kumpulan F juga diduduki bekas juara terdahulu yang perlu mempertahankan gelaran kejuaraan mereka. Itali yang sedang buntu mencari pemain di bahagian serangan tidak mempunyai masalah pada pertahanan mereka. Jika sempat mencari penyerang yang lebih baik dari Toni dan Cassano, tiada masalah kejuaraan dalam genggaman mereka untuk kali kedua berturut-turut. Santa Cruz juga akan melepaskan gian menyepak bola dalam Piala Dunia yang mana di Eastland, beliau hanyalah pemain yang akan memainkan peranan penyerang pihak lawan dalam sesi latihan. New Zealand dan Slovakia? Kami nantikan kejutan dari anda. Buktikan anda bukan pasukan belasahan.

Kumpulan G
Brazil (2)
Korea Utara (84)
Portugal (5)
Ivory Coast (16)

Kumpulan G pula digelar Kumpulan Maut dan mungkin kesemua mereka akan maut awal seperti Belanda dan Itali yang survive di peringkat kumpulan pada Euro 2008 namun cair pada suku akhir. Brazil, Brazil-mini, (Portugal), Ivory Coast dan Korea Utara akan memulakan kempen mereka di sini. Mungkinkah pemain termahal dunia membawa Piala Dunia ke Portugal?  Mungkinkah Brazil menang kali ke-6? Adakah kejutan dari penampilan pertama Korea Utara di pentas dunia sepanjang hayatku? Atau di sini Drogba dan adik-beradik Toure memulakan langkah untuk membawa Piala Dunia ke Ivory Coast untuk kali pertama sebagai pemenang?

Kumpulan H
Sepanyol (1)
Honduras (38)
Chile (17)
Switzerland (18)

Kumpulan H. Sepanyol, Honduras, Chile dan Switzerland. Slot juara kumpulan kemungkinan besar akan diisi oleh Sepanyol selaku pasukan nombor 1 dunia. Tempat kedua yang akan menjadi rebutan. Senderos akan membuktikan kepada Wenger bahawa dia layak menjadi kesebelasan utama Arsenal di samping Alexander Frei akan menebus kekecewaan atas kekalahan Swiss pada 2008. Chile bukan calang-calang pasukan. Menewaskan Brazil pada pusingan kelayakan dan sememangnya bukan pasukan yang bernasib baik namun pasukan yang bermain dengan baik sahaja yang boleh menewaskan Brazil. Honduras? Beraksi cemerlang pada kelayakan dan perlawanan persahabatan dan sememangnya hanya yang terbaik kami harapkan dari anda di Afrika Selatan nanti!!


Jangan terpedaya dengan ranking. Itu untuk maklumat tambahan sahaja.

Secara keseluruhan, Piala Dunia 2010 akan menampakkan 1001 kejutan seperti edisi-edisi sebelumnya dan peluang adalah sama rata. Lupakan ranking Coca-Cola atau Castrol. Jika pasukan sepuluh terbaik pun terpaksa guna tangan nak layak dengan pasukan ranking 38 tak usah cakap pasal ranking. Tak payah nak sebut sejarah di sini. Sejarah yang indah melalaikan bro! Ini bukan Sokernet. Ini personal opinion.

Thursday, December 3, 2009

Pesona Jamban

Ada orang panggil jamban, tandas, bilik termenung, bilik falsafah, bilik firasat, bilik merenung masa depan, bilik kecil,bilik persendirian dan pelbagai lagi istilah dan bahasa yang berobjektifkan jamban.

Jamban mempunyai pesonanya yang tersendiri di mana jamban menjadi satu keperluan takkira di mana pelosok bumi. Usah dikira statistik jumlah jamban yang terbina setiap minit atau berapa jumlah jamban dalam setiap lingkungan kilometer atas muka bumi ini. Sungguhpun kecil namun jamban memainkan peranan yang sangat besar malah penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Setiap rumah ada jamban, walaupun ada yang berkongsi sebuah jamban dengan beberapa buah rumah. Shopping mall? Setiap tingkat jamban adalah sesuatu yang mesti. Kenderaan awam? Jangan mimpilah.

Dengan terbinanya jamban, manusia tidak lagi membuang sisa-sisa peribadi merata-rata. Tidak di tepi longkang di mana airnya mengalir, Tidak dibawah pokok untuk dijadikan baja secara terus.

Lihat! Jamban menjadi simbol ketamadunan.

Dari bersepah-sepah di lapangan seperti ayam, kemudian sudah tahu definisi kambus,beralih ke kawasan yang mempunyai saliran semula jadi, terbinanya pondok yang yang dibina diatas sungai yang mana lantai ditebuk semuat-muat dan akhirnya sebuah bilik privasi yang berinovasi telah dibangunkan. Disertakan dengan teknologi kambus dan saliran malah menyelesakan. Bahkan kajian untuk menyertakan jamban dengan seluar atau 'jamban bergerak' telah dimulakan namun ramai yang menentang.

Sisa-sisa tinja itu juga tidak lagi dibiarkan berpeleseran seadanya. Dirawat maka dijadikan bahan pengurai tanah dan sumber nutrien kepada tanaman.



Bercerita tentang pesona jamban boleh buat manusia mencerca. Pengotor, jijik, busuk dan pelbagai. Tidakkah anda sedar tanpa jamban anda memalukan diri sendiri? Tanpa jamban anda jijik. Tanpa jamban anda kotor.

Jamban kini bukan lagi destinasi hajat terlepas. Buat anak, buang anak, beranak, menyorok dari along, ponteng kelas bahkan tempat mempromosikan perniagaan. Jamban juga boleh menjadi tempat mengerah ilham.Kerana pelbagai perkara yang akan terlintas di benak pemikiran walaupun sedikit berbau.

Dengan jamban juga masyarakat menjadi mudah di tempat keramaian. Tidak perlu menahan sehingga ke rumah atau meredah semak dan mungkin lepaskan saja dalam 'jamban bergerak'. Namun wang syiling menjadi keperluan. Alasannya kos baik pulih dan tenaga kerja. Oh ya. Anda betul. Pekerja di tandas awam tetap menderita. Gajinya kecil kerjanya teruk. Berhadapan dengan gas berbahaya saban hari namun tiada siapa membela.

Dengan jamban juga manusia punya kerja. Dari mereka bentuk, membina, menyelenggara, membersih sehingga mengutip wang di pintu masuk.

Belum dicerita tentang jamban bertakhta emas di istanaatau pun yang direka khas untuk dijadikan tarikan. Tarikan? Perlukah tarikan? Tidak perlu ditarik manusia yang sudah sampai masanya akan mencari jamban.

Tiada orang melihat mahupun jauh dari kesibukan, ada lubang, ada saliran dan ada air atau tisu. Pesona asas jamban. Kriteria yang cukup untuk menggelar sebuah jamban itu jamban.

Fikirlah! Bukan suka hati aku tulis pasal jamban.

Sunday, November 29, 2009

Kerana Sehelai Kertas

Kerana sehelai kertas manusia bangun, bekerja dan tidur
Kerana sehelai kertas manusia ke sekolah
Kerana sehelai kertas manusia hilang kemanusiaan
Kerana sehelai kertas negara menjadi huru-hara
Kerana sehelai kertas si anak merengek
Kerana sehelai kertas si bapa menjadi hamba
Kerana sehelai kertas si ibu menggadai maruah
Kerana sehelai kertas manusia menjadi bangga
Kerana sehelai kertas manusia berbalah
Kerana sehelai kertas manusia meludah auta
Kerana sehelai kertas manusia berusaha
Kerana sehelai kertas tiada kehidupan
Kerana sehelai kertas bumi panas
Kerana sehelai kertas hutan ditebang
Kerana sehelai kertas haiwan menjadi buruan
Kerana sehelai kertas air menjadi dagangan
Kerana sehelai kertas manusia berlapar
Kerana sehelai kertas  manusia kenyang
Kerana sehelai kertas perjanjian termaterai
Kerana sehelai kertas janji dimungkiri
Kerana sehelai kertas hutang bermula
Kerana sehelai kertas sukan menjadi pertaruhan
Kerana sehelai kertas kawan jadi lawan
Kerana sehelai kertas agama di belakang
Kerana sehelai kertas ilmu diniaga
Kerana sehelai kertas hidup terpaksa
Kerana sehelai kertas fitnah bertaburan
Kerana sehelai kertas pemimpin menipu
Kerana sehelai kertas manusia berkarya
Kerana sehelai kertas seni diolah
Kerana sehelai kertas bencana menimpa
Kerana sehelai kertas manusia gembira
Kerana sehelai kertas manusia derita
Kerana sehelai kertas perang tercetus
Kerana sehelai kertas cinta berputik
Kerana sehelai kertas tercipta cita-cita
Kerana sehelai kertas manusia merancang
Kerana sehelai kertas manusia terkandas

Dan banyak lagi perkara yang telah, sedang dan akan berlaku dek kerana sehelai kertas yang digelar wang, duit, pitih, ongkos, ketul

Fikir-fikirlah perlakuan kita yang dipengaruhi oleh sehelai kertas yang dicipta manusia yang akhirnya menjadi simbol kehidupan bahkan tuhan kepada manusia.

Monday, November 23, 2009

Sistem Kejatuhan

Sekitar 2004-2005, suara Serj Tankian, petikan gitar Daron Malakian, dentuman bass Shavo Odadjian serta hentaman dram John Dolmayan menjadi kegilaan anak-anak muda di seluruh dunia. Band atau kugiran yang ditubuhkan oleh Serj dan Daron bermula pada tahun 1992.

Pada musim panas 1998, SOAD melancarkan album debut mereka iaitu System Of A Down, dengan single 'Sugars' dan diikuti 'Spiders' dan bermulalah kisah penjelajahan mereka.
Tahun 2001,album 'Toxicity' menjadi pertaruhan mereka dan mereka berjaya menjual 12 juta unit, sehingga kini aku boleh nyanyikan lagu Toxicity dan Chop Suey!

2004-2006 menyaksikan, album berkembar Mezmerize dan Hypnotize menjengah pasaran dan menusuk telinga dengan mesej-mesej yang lebih berkemanusiaan. Bring Your Own Bomb (B.Y.O.B) tampil sebagai single pertama yang lebih kepada anti perang.

"Why do they always send the poor?" beserta bait "Why don't the presidents fight the war?" cukup membawa sentimen anti perang.

Namun seluruh dunia membenci Yahudi kerana pecerobohan mereka terhadap Palestin. Siapa sahaja Yahudi di dunia ini akan diboikot termasuklah SOAD. Tiada siapa yang mengerti mesej yang disampaikan.

Tiada siapa sedar akan kekejaman porno yang dijelaskan dalam 'Violent Pornography'. Tiada siapa tersentak dengan kehidupan high-class yang semakin dikejar oleh manusia sekarang dalam 'Lost In Hollywood'.

Itu baru Mezmerize. Belum lagi sang Hypnotize mempersoalkan kisah-kisah diktator yang menafikan hak-hak manusia.

"we didn't live in the fascist nation'"

Cuba kita fikir jika tiada perbezaan bangsa, jurang kelas lenyap walau seinci apakah wujud perang? Manusia mungkin berbalah kerana Liverpool dan Manchester United. Wujudnya bangsa menyemarakkan diskriminasi.

Jika ianya konflik agama atau perbalahan Islam dan Yahudi, mana jutawan-jutawan Arab Islam yang sepatutnya membantu saudara di Palestin? Ketua Negara Islam pun tutup sempadan halang saudara seagama.
Aku kutuk sangat-sangat mana-mana pihak yang makan hak orang lain.
Masih lagi obses akan bangsa?

Thursday, November 12, 2009

Panas Lagi!

Lebih elok jika cuaca yang panas ini dimanfaatkan sebagai tenaga elektrik. Tidak lagi perlu risau hutan simpan ditebang rakus dan berbillion wang rakyat lesap entah ke mana. Menjana elektrik dengan generator yang disuap bahan bakar seperti petrol atau diesel tidak lagi efisien dan menyenangkan hati.
Tidakkah lebih indah jika atap-atap diseluruh negara dilengkapkan dengan sel-sel solar supaya cahaya yang terik itu tidak hanya memakan kulit manusia atau melahirkan carutan liar dari lidah-lidah kepanasan.
Mungkin pekerja-pekerja TNB akan kehilangan kerja dan mungkin tidak. TNB boleh membangunkan penjana elektrik dari sistem solar.



"Brader, cakap hidup dalam serba canggih, buka internet pun boleh buat duit"

TNB tidak lagi perlu menaikkan bil elektrik. Rakyat miskin tidak payah mengeluh membayar untuk hak asasi mereka sendiri.

"Negara kita sedang membangun dan kita tidak punya dana yang cukup untuk membangunkan teknologi seperti itu"

Abah kau!!

Beli kapal selam juta-juta tanpa tujuan yang jelas boleh. Buat benda-benda pelik guna duit rakyat boleh.
Cukai arak mahal-mahal tak cukup?

Berapa ribu 'graduan pintar' lepasan universiti ada potensi ada bakat untuk teknologi solar?
Setakat hantar budak sekolah masuk pertandingan kereta solar tak payahlah!

Wednesday, November 11, 2009

Biarlah

Sudah setahun berkecimpung di dunia blog akhirnya. Biarlah orang kata blogger seorang yang pelik, blogger pengganas, blogger aktivis. Gasaklah!
Berblog untuk berkongsi bukan untuk menonjol diri. Kita bukan hidup sendiri kerana kita juga berinteraksi dalam eko-sistem yang sudah lama wujud seperti politik.

Yang buruk yang salah , semuanya dikritik keji
Yang cantik yang betul , semuanya dipuji murni

Biarlah,
Bukan semua manusia bercita rasa serupa. Jika semua sebulu, tiadalah wujud jenama Nike atau Ralph Lauren.
Tiadalah wujud Chelsea atau Arsenal, tiadalah Barisan atau Pakatan

Biarlah,
Manusia hidup dengan kealpaan. Mengejar not yang berharga kiranya. Not yang menjadi rebutan menjadi dambaan.

Biarlah,
Manusia menipu manusia. Yang rugi manusia , yang untung manusia.

Biarlah,
Sendiri menjadi ikutan, kerana dunia ini hanya Dia yang punya.

Wednesday, November 4, 2009

From Our Hearts To Our Lungs




From our hearts to our lungs

For once in a lifetime did we forget about the time we cheat our death
We give it a name to sunset when we thought we could live forever
We separate the blood from the time that we grew older
Born against from the lower class inferior of Asian VOICES

FROM OUR HEARTS TO OUR LUNGS
ANGRY TO SEE THIS MOMENTS TURNS TO SOUR
FROM OUR HEARTS TO OUR LUNGS

OUR VOICE ARE RESISTENCE TO YOUR Dominations
WE CAPTURE THE TIME - we won’t waste a dime
WE GAVE IT RHYMES - so we never stop criticize
WE SING IT THIS TIME - For our past and present times
FROM OUR HEARTS TO OUR LUNGS we amplified!!

This future of our kind/ are starving fortune lies
Of Western civilization/ cast away our smiles
Keep inside this cages/ feed with grass and sand
Is this our destiny/ or we just stood here in grieve.

Not something we asked for/ nothing to wakeup for
When you destroy our life/ and something you ignore
We suffer the most when/ your machinery roll
The land the we harvest/ are meant to be sold.

Taken another respect from a family that born from
Different colors to contact you through these eyes for
Communications/ apparently been abused by your
Superiority, an absolute embarrassment to live.

Your volatilization in the economy capture all aggravation
Of country you cheat during the downfall of their poverty
Expect Amnesty from every country when you dominated
The poor and hopeless through manipulations by stealing.

Freedom Trade ....America.... we know you stealing this family
Dreams to occupy with your promises prices for misery
_______________________________________________________________________

Lagu dari Second Combat, band xstraightxedgex yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat-peminat muzik hardcore punk. Dalam radio pun sudah dikeudarakan. Memang normal sesatu stesen radio itu akan memainkan lagu yang akan didengar oleh pendengar radio.Terutamanya lagu yang sedang hangat di pasaran. Ada pendengar ada iklan, ada iklan ada wang, ada wang ada kuasa.
Biarlah genre itu dahulunya diharamkan kerana khuatir akan menyuntik masuk elemen keganasan dan rebel. Namun sekarang itu semua bukan penghalang radio kita menjerit.

Semasa band-band indie sedang naik, semua radio memainkan lagu-lagu indie walaupun lagu seperti orang baharu bangun tidur.
Sekarang peminat-peminat muzik tempatan beralih ke genre yang lebih keras dan laju untuk mencari sesuatu yang baru maka pengendali stesen radio juga tidak ketinggalan menempuh arus.

Sedikit mengenai straight edge. Straight Edge merupakan  subculture yang wujud dengan muzik hardcore. Muzik yang lebih deras dengan lirik yang lebih kepada kemanusiaan dan kehidupan. Lupakan kisah cinta atau kisah putus cinta. Hardcore atau terjemahannya teras keras membawa mesej yang lebih positif.
Positif yang menolak 'self destruction' yang amat sinonim dengan mentaliti punk.

Mereka menolak dadah, alkohol, rokok,seks bebas dan apa sahaja yang memburukkan imej punk dan menjejaskan kesihatan.
Bermula dengan bait lagu Straight Edge oleh Minor Threat pada sekitar 1980-an, fenomena straight edge berkembang sehinggalah ke pekan-pekan ceruk di seluruh Malaysia.

Edgers boleh dikesan dengan simbol X di belakang tapak tangan. Simbol yang menolak penggunaan alkohol,dadah dan rokok.

Mereka hidup dalam 'udara' hardcore dan lagu-lagu mereka adalah nyanyian band Minor Threat, Have Heart, Fugazi, Motivation, Gorilla Biscuits dan beratus-ratus lagi band. Terpulang di mana mereka tinggal dan berkenalan dengan straight edge kerana semua band straight edge membawa mesej positif yang sama.
Muzik hardcore tidak memerlukan jeritan ganas atau growl yang melampau-lampau. Adalah berbeza, muzik hardcore dan metalcore dan lebih-lebih lagi black metal. Cuma lebih deras dan lirik yang mendalam ertinya.
Sila perbetulkan persepsi anda tuan-tuan dan puan-puan.

Ya, anak-anak muda sekarang  mempunyai banyak pilihan untuk bangkit dan bersuara tanpa mengharapkan pengaruh mana-mana pihak yang semata-mata inginkan keuntungan.

Friday, October 30, 2009

Dulu, Hari Ini, Esok?

Dulu, Tora,Ding Dang dan Jojo menjadi perhatian.
Tora datang lagi!!
Si anak sudah menarik seluar sang bapa untuk mendapatkan Tora.
Bebola coklat dan permainan yang berinovasi menarik perhatian. Seringgit atau dua seakan besar nilainya kepada kanak-kanak zaman Ding Dang. Lebih-lebih lagi anak-anak yang berpengkalan di luar bandar.
Genap masanya untuk melancarkan produk baru, ikla-iklan dengan pelakon keras wataknya mula disiar. Dan ketika itu permainan yang lama mula ditempatkan di dalam bakul mahupun rak. Si ibu mula membebel ketika mengemas permainan yang berselerak dan maki berselerak dengan promosi yang ke udara. Si anak tidak lagi dibawa bersama untuk membeli-belah.
Hari ini, Playstation Portable, Nintendo XP, mahupun GameBoy SP seperti botol air untuk anak-anak kecil. Dibawa ke mana sahaja dituju. Tiada lagi tumpuan kepada kata ibu bapa. Memanglah, kanak-kanak tidak boleh mendengar perbualan orang tua. Itu yang diajar. Si ibu yang beria-ia memujuk bapa untuk berbelanja ke atas gajet anak-anak. Biarlah. Hasil titik peluh mereka. Dua,tiga ribu sebulan bukanlah masalah kepada mereka.

Dulu, anak-anak diajar tarian tradisi yang kontroversi. Zapin, Tari Piring, Kuda Kepang atau Barongan. Sungguhpun terpaksa, si anak tetap mengikut apa yang dimahu ibu dan ayah. Muzik penuh tradisi yang diserap ke gegendang telinga yang amat sensitif ini.

Hari ini, tidak perlu dipaksa. Tecktonik, shuffle dan bermacam lagi sudah menjadi budaya di seluruh pelusuk. Lagu-lagu ber'bass' galak menjadi halwa telinga. Kata orang muzik 'clubbing'. Mungkinkah anak-anak ini menjadi pewaris kelab-kelab malam penuh noda ini kelak? Siapa tahu?

Dulu, rotan, tali pinggang, paling tidak tangan menjadi pembelai setia.Emak dan ayah amat menyokong guru-guru menjadikan rotan sebagai alat sampingan dalam proses pembelajaran.

Hari ini, 'Jangan sesiapa sentuh anak saya! Biarlah anak saya biadap atau lembab. Dia anak saya. Saya beri dia makan.' Niat suci handak mengajar telah dicemar dengan kes mahkamah. Biarlah, memanjakan anak juga salah satu dalam proses pendidikan.

Esok, mungkinkah anak-anak ini yang membanjiri IPT? Produk-produk manja.
Esok, mungkinkah anak-anak ini yang mempamerkan tari-tarian tradisi yang penuh kontroversi itu?
Esok, adakah si manja-manja ini yang mengawal kewangan negara?

Esok, adakah anak-anak ini yang menjadi orang pertama negara?
Esok, bolehkah anak-anak ini mendidik cucu cicit kita ke arah yang lebih baik?
Esok, adakah syarikat Ding Dang ini masih beroperasi?

Sunday, October 25, 2009

Berita Baik Untuk Pengguna Komuter

Mengikut Bajet 2010, [yang sepatutnya Belanjawan  2010, sebab PPSMI begitulah alamatnya] sistem perkhidmatan pengangkutan awam akan dibaik pulih.

-8 Electric Multiple Unit (EMU) akan ditambah manakala 9 lagi yang sedia ada akan dibaik pulih dalam syarikat KTMB Komuter.

Yang ni memang seakan-seakan membawa kegembiraan kepada rakyat-rakyat yang malas nak beli minyak yang kurang berkualiti kerana telah 'diklepet' pihak-pihak tertentu.

- Laluan pejalan kaki berbumbung juga akan dibina yang mana menghubungkan stesen-stesen LRT dan pusat-pusat aktiviti.

Seperti berita baik namun tidak semua rakyat gemar akan harapan. Memang pengangkutan awam lebih selamat yang mana bas akan menyusuri lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan pada pertengahan tahun ini.

Diharap kami tidak perlu lagi menunggu sehingga 3 unit komuter sebelum dapat menaiki salah satu.
Diharap tidak lagi kami menunggu seperti anak-anak Afrika yang kebuluran. Sebenarnya mereka lebih mulia daripada si gila anoreksia nervosa seluruh dunia.
Diharap kami membayar pada kadar maksimum untuk perkhidmatan positif maksimum.
Diharap syarikat-syarikat bas prihatin akan pembeli-pembeli tiket yang sememangnya mengharapkan keselesaan dan keselamatan 100%.
Diharap jaminan yang diuar-uarkan di dalam kaca tv yang si adik asyik dengan perkataan 'TENGOK!' bukan sekadar mengisi slot iklan yang bersepah-sepah di TV3.

Laluan pejalan kaki berbumbung diharap bukan untuk menutup mata rakyat di mana tender-tender pendiri tiang dan pemasang atap tergolong dalam kalangan kerabat abang-abang yang kaki rembat. Diharap tender itu dibuka secara adil dan bukan secara monarki.

Tiada langsung bas secara terus dari Subang terus ke Sungai Buloh. Jangan kerana di dalam peta jaraknya tidak sampai seinci bas secara terus tidak diperlukan. Jangan larang kami untuk berhubung kedua-dua tempat ini secara haram. Adalah tidak adil jika kami mesti ke Kuala Lumpur sebelum se Sungai Buloh. Dan amat diyakini ada beribu-ribu lagi jalan yang menerima nasib seperti Subang-Sungai Buloh. Mungkin kerana Sungai Buloh bukan seperti Bukit Damansara, Bukit Antarabangsa, tetapi kalau tiada buruh-buruh dari Sungai Buloh ini tiadalah Bukit-Bukau itu.


Jangan Beri Harapan! !

Tuesday, October 20, 2009

Politik Di Mana-Mana

Salahkah kita berjinak-jinak dengan politik?
Adakah politik untuk hiburan dewasa seperti pornografi? Semua kita berpolitik tanpa kita sedar. Di sekolah rendah kita berpolitik di mana ada anak-anak kecil yang teringin menjadi pengawas kerana nampak seperti wira di mata guru-guru.

Politik
adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Siapa ada kuasa maka dia yang berhak membuat keputusan dan prioriti terletak dalam tangan pemilik kuasa. Dalam institusi kekeluargaan, si bapa merupakan ketua keluarga dan apa untuk dihidang semasa makan tengah hari nanti adalah keputusannya. Secara langsung atau tidak memang ketua keluarga yang menentukan menu. Secara langsung pabila si bapa berkata,

"Yang, hari ni awak masak kari ikan ya? Saya belikan ikan."

Secara tidak langsung pabila si bapa hanya menghulurkan wang bulanan kelurga kepada isteri dan si isteri yang mempunyai kuasa untuk menentukan apa untuk dimakan.

Sehingga ke institusi sekecil itu politik sudah wujud maka tidak hairanlah politik dijadikan permainan di peringkat tertinggi.

Setiap perkara hadir dengan masalah dan setiap masalah hadir dengan penyelesaian. Bayangkan apabila si bapa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai kepala keluarga dengan tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Namun dia masih lagi menggunakan kedudukan hierarki untuk bertindak menentukan menu santapan keluarga. Lebih parah apabila si ibu perlu memberi belanja kepada si bapa. Sehari atau seminggu mungkin biasa. Sekeras-keras batu pun boleh pecah jika air dialirkan tanpa henti. Maka si ibu membuat keputusan menuntut cerai dan institusi keluarga itu sudah terbubar. Tiada lagi si bapa dalam hierarki itu dan si ibu mengambil alih kuasa menerajui keluarga.

Bayangkan lagi apabila di mana politik wujud di peringkat tertinggi dalam institusi kenegaraan. Pemegang status hierarki tertinggi ditentukan oleh rakyat mahupun warisan abah dan mak mereka. Setiap keputusan yang dibuat sepatutnya adalah untuk rakyat namun ramai di antara mereka yang alpa. Setiap keputusan dibuat hanya untuk melampiaskan nafsu mereka. Nafsu yang melebihi keperluan seluruh rakyat. Acap kali pilihan raya, macam-macam 'pelan strategik' diuar-uarkan namun apabila kedudukan hierarki sudah didiami maka suara pengundi umpama langau bagi mereka.

Sesi pilihanraya seterusnya dilihat rakyat bangkit bersuara melalui undian. Yang koru yang leka tidak lagi menjadi pilihan. Pemberi harapan yang meraih majoriti. Penabur janji yang naik takhta. Yang pakai tanjak yang pandu BMW takpayah berkempen. Kuasa dan wang mak abah dahkebas dari rakyat untuk mereka.

Ketua yang baru juga amat mengecewakan. Malah lebih parah apabila satu kampung runtuh dan ketua yang lama dipersalahkan.

Politik tidak wujud di kalangan manusia. Di alam fauna juga wujud. Yang lebih kuat yang lebih agresif menjadi ketua kawanan dan dialah yang menentukan hala tuju kawanan. Singa dan babun sudah turun-temurun mengamalkan politik seperti itu kerana mereka tidak perlu mengundi tidak perlu berkempen. Kredibiliti ketua ketara kelihatan melalui kekuatan. Kita manusia punya akal. Tidak perlu bertelagah demi kedudukan hierarki yang menjanjikan harta dan kuasa.

Bilalah si korup si penipu ini akan menjadi seperti bapa yang tidak bertanggungjawab. Bilalah suara rakyat didengari seperti ngauman harimau yang membuat hidupan lain gentar. Bukan lagi seperti langau atau nyamuk yang boleh ditepis sesuka hati?

Monday, October 5, 2009

Membosankan Seketika

Sekarang ni, aku sedang buntu walaupun pencarian keramat telah pun tamat dengan jayanya.

Ini bukan blog peribadi atau diari. Oh,samalah tu.

Baca akhbar seperti menipu diri sendiri. Menonton televisyen pun menipu diri sendiri. Semua terjadi apabila dunia disajikan oleh pandangan satu perspektif.

Hidup sendiri bukanlah sumbang. Namun gagah kerana kuantiti itu yang perlu dibimbang.

Nasi dihidang seperti menjamu kucing. Ya. Kucing makhluk Tuhan. Manusia makhluk Tuhan. Apakah kamu lebih rela melihat manusia sespesies kamu ini disentap hak-haknya?

Apabila ditanya tentang hak mereka, apakah yang kamu jawab?

"Entah, saya sudah serahkan segala kepada orang bawah saya"

Konkrit bagi kamu. Sekeras-keras konkrit adalah campuran yang paling rapuh.

Tiada siapa yang ingin mendengar keluhan anak ladang ini. Tiada siapa yang berdiri menegakkan kebenaran hakiki. Kesemua mata mereka telah dikaburkan dengan seberkas not yang bernilai-nilai. Biarlah anak-anak ladang itu dicuri haknya. Supaya anak-anakku yang membesar sihat dengan hak mereka.
Bukankah mereka telah dijanjikan kejayaan?

Memang benar sabar itu sebahagian daripada Iman. Adakah menduga kesabaran itu pecahan dari bahagian Iman? Belum lagi merampas hak orang lain yang wajib dipotong tangan hukumnya.

Dunia memang kian berpusing. Bukan berputar menentang putaran jam. Berkecamuk seperti enjin Mitsubishi Lancer X yang sedang memecut di NKVE tiba-tiba diubah transmisinya ke gear undur.

Bila si miskin bersalah. Memang dia bersalah. Tidak perlu bual bicara. Tidak perlu dibela.

Bila si kaya membelasah. Memang dia yang maha benar. Dia yang maha lurus. Semua kerana kertas yang didewa-dewakan. Kerana logam yang dibangga-banggakan. Kerana batu yang diagung-agungkan.

Yang menguat kuasa itulah boneka. Yang talinya berupa duit dan tukang karutnya yang memakai kot dan tali leher.

Bukan semua yang memakai kot itu jahat. Bukan semua yang memakai tali leher itu perampas. Ramai dari mereka yang terpaksa berpanas lelah kerana hidung telah dicucuk dan dipasang tali.

Biarlah.
Suaraku telah disekat dengan propaganda kebebasan bersuara yang plastik.
Mataku sedang dikaburkan dengan propaganda palsu dari puncak sana.

Monday, September 28, 2009

Mabuk Engkau!




takkisahlah apa parti apa agama. Arak tetap perosak!!

Mabuk mabuk engkau minum lagi!!

Baru-baru ini ada ura-ura mengatakan bahawa Selangor akan mengharamkan penjualan arak secara terbuka di dlam negeri tersebut. Bagus.

Menteri Besar pula cakap. Kita tiada perancangan mengenai perkara tersebut dan tidak akan menguatkuasakan larangan itu dan menyarankan kepada peniaga supaya mempunyai kesedaran sendiri.

Kes selesai. Namun rakyat mula berkempen memboikot rangkaian francais yang menjual arak secara terbuka di serata negara. Kasihan kepada towkey kedai. Haha.

Dalam Islam meminum arak adalah dosa besar kerana arak menghilangkan pertimbangan dan mampu menyebabkan peminumnya melakukan perkara-perkara di luar kawalan. Mereka tidak akan menyedari perbuatan mereka dan akan memberikan alasan mabuk kerana telah melakukan kesalahan.

Apakah arak?
Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan.
Arak adalah segala jenis minuman yang memabukkan dan terdapat beberapa peratus alkohol dalam kandungan. Peratusan alkohol juga mempengaruhi tahap kemabukkan peminumnya.

Mengapa manusia minum arak?
Walaupun arak telah wujud sejak berkurun lama dan nyata telah membawa banyak kerosakan, manusia tetap minum arak. Minum arak buat kita nampak hebat. Minum arak buat kita nampak matang. Minum arak boleh meredakan malah menghilangkan tekanan dalam hidup. JANGAN TERPEDAYA dengan propaganda-propaganda yang diuar-uarkan oleh pengusaha arak kerana apa yang mereka mahu adalah DUIT.

Hebatkah berjalan terhuyung-hayang, bertutur seperti sewel berbau busuk selepas minum arak?
Matangkah jika tidak mampu berfikir sendiri apabila alkohol mengawal fikiran?
Hilangkah tekanan dan masalah selepas sedar dari mabuk?

Mengapa Malaysia tidak mengharamkan penjualan arak secara total?
Pendapatan Malaysia adalah dari cukai arak,cukai rokok dan eksport babi. Duit dari hasil tersebut diharap bukan yang membiayai graduan-graduan di menara gading dan bukan yang menjadi subsidi atau apa-apa yang haram.Aku serahkan kepada Tuhan. Memang banyak lagi sumber pendapatan kerajaan. Yang halal Insya Allah sampai kepada rakyat. Yang haram biarlah yang bertanggungjawab menanggungnya.


Kitab suci Al-Quran melarang pengambilan alkohol di dalam ayat berikut:

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)

Tidak kisahlah anda Islam atau tidak. Arak bukanlah pilihan terbaik untuk meredakan tekanan atau gaya hidup.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Pejam celik Ramadhan mula meninggalkan kita. Pelbagai dugaan telah dihadapi. Lapar,dahaga,perempuan seksi,mencarut,clubbing dan apa-apa lagi yang menduga mencabar. Namun janganlah hanya Ramadhan yang menjadi penghalang untuk melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudarat.

Syawal kembali membuka tirai dan umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba meraikan kemenangan. Menang kerana Ramadhan melabuhkan tirai? Menang kerana selepas ini boleh kembali mencarut,menipu,memfitnah,membazir?

Oh Manusia
Pemikiran yang telah diracuni oleh gelombang pemodenan ini sukar untuk diubati. Sukar mencari vaksinnya. Sukar diubati dengan suntikan anti batuk kering.
Pembaziran menjadi ikutan dan kian parah. Syawal menjadi satu musim untuk seluruh manusia melontar kegembiraan. Tiada masalah bagiku kerna itu hak manusia.
Belum lagi disentuh isu kemalangan yang mengorbankan jiwa. Isu pecah rumah. Isu hutang mungkin akan menjadi satu ombak besar dalam media perdana.

arghhhhh!!!!!!


Salam Aidilfitri dari aku.

Saturday, September 5, 2009

Permainan Catur Kapitalis

Apabila manusia dicaturkan


Permainan papan ini muncul pada pertengahan kedua abad ke-15 ini sebenarnya adalah tranformasi kepada permainan yang sama malah lebih tua yang datangnya dari India.
Ia dimainkan oleh dua orang di atas papan catur yang mempunyai 64 petak yang disusun dalam grid 8x8. Buah-buah catur yang berbeza bentuknya mempunyai nama dan bilangan yang khusus. Satu King, satu Queen, dua Bishop, dua Rook, dua Knight serta lapan Pawn. Setiap pemain akan mewakili warna masing-masing,kebiasaannya putih dan hitam dan menyusun buah-buah catur secara menghadap.
Permainan yang berobjektifkan mematikan langkah si Raja ini menarik minat ramai manusia kerana proses mencapai objektif catur tidaklah semudah menendang bola ke arah gol tanpa penjaga gol.

Kepada yang tidak pernah mengenal catur harap maklum bahawa tulisan kali ini bukanlah mengenai apa itu catur namun apa yang dikaitkan oleh catur dengan apa yang berlaku.
Dalam X-Men III- The Last Stand, semasa puak Magneto ingin menyerang pusat kerajaan, Magneto ada berkata kepada Pyro yang ghairah untuk menyerang berbunyi

"In chess, the pawns die first"

Secara tipikal pemain catur akan menggerakkan pawn atau askar botak sebagai pemula peperangan. Ada yang menggerakkan Knights atau kesatria, buah yang berbentukkan kuda. Namun penutupnya memang Raja yang diburu.

Ada pemain yang sengaja membunuh askar botak dengan alasan satu askar aku mati tapi Raja kau memang dahmati kutu.

Fenomena catur sebenarnya memang berlaku di sekitar kita.
Yang punya wang punya kuasa sememangnya sentiasa berada di belakang berperisaikan kelompok terdesak.
Punya wang maka punya orang. Punya kuasa maka boleh seksa.

Capitalist defined by Karl Marx in Das Kapital as one who owned working capital including machinery and made money by letting others work on those machines.

Tidak molek jika berbicara tanpa apidavit. Lihat saja Amerika, George W Bush. Dia bersemangat untuk memerangi keganasan. Maka pemuda-pemuda dari pekan-pekan kecil di Alaska atau Texas dikerahkan untuk mencari pengganas yang mengganas. Sedangkan pengganas adalah pihak yang mendatangkan ketakutan. Dan berbeza dengan pihak yang mempertahankan diri.
Bukan Bush yang mengangkat M16 bukan Condoleeza Rice yang memacu Hornet tetapi Jack anak mak cik Janet dari Pennsylvania yang terkorban mahupun mengalami gangguan mental.
Itu baru Amerika. Jika kita tutup aplikasi zum pada mata kita lihatlah yang berlaku di atas tanah yang kita pijak dalam radius 329,847 kilometer per segi.
Anak-anak muda dihantar berdemonstrasi. Tidak salah berdemonstrasi kerana dengan itu dasar pelik dari kerajaan mendapat reaksi yang berbeza dari rakyat-rakyat yang mengundi.
Menjadi masalah hanya di mana Datuk-Datuk ketika anak-anak ini diberkas seperti PATI?

"In chess, the pawn die first"

Tapi yang ini? Entah mana King, Queen, Knight, Bishop dan Rook?
Atas alasan politik yang miskin hilang kerja. Benarlah kata mereka. Perjuangan mereka suci. Mereka ditangkap oleh askar-askar kufur. Namun Rasulullah tidak mengajar mengkafirkan Muslim yang lain. Malah mengkafirkan orang yang telah nyata kafirnya adalah satu dosa besar.
Menyingkap kisah 'Kepala Lembu' merupakan satu kisah yang amat memalukan. Bukankah Islam mengajar untuk menghormati pegangan yang lain?

Tidakkah itu sudah melukakan hati dan perasaan penganut Hindu? Tidakkah ianya berbaur perkauman dan bertujuan untuk menghasut? Jika benar ingin membantah, guna keamanan bukan dengan menyentuh sensitiviti agama lain. Cuba jika ada masjid dibom atau karikatur Rasulullah diedar kembali. Tidakkah mungkin tragedi 13 Mei 1969 berulang?

did we learn from 13th May,

our father died in a rage
xsecondxcombatxinfidelityx

Memang benar hidup ini bagai catur. Catur berdarah . Yang lemah memang menjadi kambing hitam. Yang tidak punya kuasa mesti tunduk patuh kepada yang punya harta. Atau Permainan Catur Kapitalis ini tidak mendatangkan kemenangan kepada mereka yang menindas.

Monday, August 31, 2009

10 Yang Kedua

Hari ini dah 11 Ramadhan. Seperti biasa surau kian lengang kerna ketiadaan aku.
kahkahkah..
sesungguhnya aku dari kampung ya saudara!!

Tidak sampai 20 hari lagi kita akan menyambut kedatangan Aidilfitri dan tradisi tipikal akan terus berlaku. Manusia akan lebih tertumpu ke Sogo, Sungei Wang, Masjid Jamek, Masjid India, Jalan TAR dan bermacam lagi venue membeli-belah di serata negara.

Kerana ingin bergaya di hari raya maut tiba meragut. Dari Dusun Tua ke Subang USJ lalu tewas di Lebuhraya KL-Klang.
Norma yang berlaku tetap berlaku dan festival ini bukan beg pasir untuk geram diajukan atau papab bidik untuk dipanahkan dengan anak panah kesalahan. Kerakusan manusia adalah faktor.Al-Fatihah.

Kita sudah melangkah ke 10 yang kedua di bulan Ramadhan dan sebenarnya masa berlalu dan terus meninggalkan kita yang lalai.
Semalam kuberbuka di Masjid Jamek dan aku dapat melihat wajah-wajah Islam dari seluruh dunia di bawah satu bumbung. Bangladesh,Pakistan,Jordan, Iran ,Indonesia dan tidak terkecuali Malaysia sendiri.
Di hadapan bubur lambuk,nasi bungkus,tamar, pisang dan minuman, suasana menjadi gamat seketika. Ada yang sedang berbicara dengan rakan senegara, bersembang dengan rakan senegeri, beriktikaf , berdoa dan tidak kurang yang lena dek kerana seharian berpuasa.

Azan berkumandang dan masing-masing bersegera mengejar kegembiraan orang-orang yang berpuasa. Kegembiraan yang hanya dikurniakan kepada orang-orang yang berpuasa dan hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang berpuasa.

Sesudah Solat Maghrib ditunaikan, pandanganku dicuri ke Burger King dan McDonald. Restoran makanan segera.
Aku ternampak raut-raut wajah Melayu yang asyik menikmati juadah berbuka puasa.
Jam 8 malam. Inilah waktunya aku terlihat wajah-wajah yang penuh ghairah menikmati rezeki berbuka puasa.

"kamu takmau Maghrib ke?"

Tanyaku tanpa suara kepada mereka. Hanya itu yang mampuku suarakan dari sudut hati. Kerana manusia menilai dari pakaian. Fitrah manusia memang gemar menilai dan aku tidak ingin dinilai oleh mereka-mereka yang bebal.

ARGHH!!!

Friday, August 21, 2009

Semua Orang Berbicara Tentang Ramadhan

Ramadhan bermaksud panas terik. Bila sebut sahaja Ramadhan semua akan teringat akan puasa, solat sunat tarawikh , berbuka dan bersahur.
Tidak kurang yang terus teringat akan Hari Raya Aidilfitri. Persediaan untuk hari raya, perbelanjaan untuk hari raya dan semuanya tentang raya.

Puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga serta menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit hingga terbenamnya fajar.
Sebagai seorang Islam menahan lapar dan dahaga membolehkan kita memperoleh pahala wajib serta sunat apabila melakukan ibadah sunat di bulan Ramadhan.
Dari aspek sains juga menyatakan yang berpuasa baik untuk kesihatan yang mana organ-organ penghadaman dan pencernaan dapat berehat.
Dari segi kemanusiaan berpuasa dapat melahirkan rasa susah yang ditanggung mangsa-mangsa kebuluran dan kekejaman manusia ke atas manusia.
14 jam menahan lapar adalah jauh berbeza dengan 14 hari menanggung kebuluran. Mereka memerlukan makanan dan hak-hak asasi mereka yang lain.

Secara tradisi tipikal orang Melayu akan berbelanja sehabis-habis untuk berhari raya. Ada yang siap menempah baju raya untuk ke masjid, ke kubur, ke rumah saudara-mara dan tidak kurang yang berfikiran satu hari raya satu pasang baju raya di negara 1Malaysia.

Ada yang menabung semata-mata untuk dibelanjakan hanya untuk berhari raya. Aku bukan nakmenghalang namun kepingin bertanya adakah Rasulullah mengajar untuk berhabis-habisan di hari raya? Yang aku tahu memang kita disunatkan untuk berhias dengan pakaian yang terbaik serta berwangi-wangian di hari raya. Namun bukan berpesta sakan di Hari Raya Aidilfitri.

"Ada dua kegembiraan untuk orang-orang yang berpuasa, yang pertama kegembiraan ketika berbuka puasa ketika fajar terbenam dan yang kedua kegembiraan bertemu dengan Tuhannya"

Memanglah kita tidak boleh bersedih di hari raya. Dan sekali lagi bukan berpesta di hari raya. Kadang-kadang ada yang menangis kerana tidak dapat bersama keluarga di hari raya. Aku pun pernah rasa. Sentiasa alami perasaan itu. Namun yang pergi tetap pergi dan yang tinggal teruskan perjuangan.

Aku hanya ingin menyentuh budaya pembaziran yang berlaku di bulan Ramadhan yang amat ketara namun masih ketara. Semua tahu yang syaitan telah dikurung di neraka sepanjang bulan Ramadhan. Ini adalah anugerah Allah yang amat besar untuk hamba-hambaNya. Tetapi mengapa pembaziran masih berlaku?

Nafsu.Nafsu.Nafsu

Nafsu makan dapat dilihat apabila ke bazar Ramadhan ramai yang membeli-belah seprti ingin berkenduri. Namun perut yang perlu diisi hanya satu dan mempunyai batasan kapasiti. Makanan yang tidak dapat dihabiskan berkemungkinan besar akan dibuang dan pembaziran nyata kelihatan.

Nafsu berhias. Pakaian diborong seperti ingin membuat bukit pakaian. Jika sekali Syawal 8 pasang baju baru wajib dibeli, bagaimana dengan 5 kali Syawal? 10 kali?
Baju yang sudah lama disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Memang mulia. Namun mereka punya perasaan. Memakai pakaian terpakai seperti seorang yang tidak mampu. Mujur mereka tahu bersyukur. Mengapa tidak membeli untuk keperluan? Jika betul harta kita banyak kenapa tidak membelikan pakaian baru untuk mereka yang perlu? Berilah mereka peluang untuk merasa 'first-worn outfit'. Kongsilah kegembiraan kita bersama mereka.

Jika yang memiliki sebukit emas mungkin wang bukan masalah. Bagi mereka yang berstatus sederhana? Dek kerana ingin merasa kegembiraan sementara habis wang gaji serta tabungan dan kehidupan selepas hari raya menjadi kucar-kacir. Diharap tidak sehingga menjadi pencuri atau pelarian yang lari daripada membayar hutang.

Jika ingin berbicara tentang Ramadhan, 30 hari belum tentu cukup untuk berhujah mengenainya.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dan Diharap Ramadhan Kita Bukan Sekadar Menahan Lapar Dan Dahaga

'The devils aren't here but we are'

Sunday, August 16, 2009

Penangan EPL

Liga Perdana Inggeris kembali menerjah!! Musim baru dengan penuh kejutan. Manchester United kehilangan Ronaldo. Manchester City berborong sakan. Arsenal masih buntu mencari kejuaraan serta mencari bintang untuk diserap ke dalam pasukan.

Ramai wanita risau apabila mereka tidak dipedulikan oleh teman-teman lelaki mereka. Panggilan tengah malam kini sudah lupa di jawab. Pesanan ringkas dibalas dengan pesanan yang lebih ringkas. Tiada pertemuan di malam Sabtu. Nah, ini semua penangan Liga Perdana Inggeris. Mata-mata liar dan cemburu mula mengelak daripada melihat jersi-jersi replika menyarung tubuh kenalan mahupun pak cik penjual karpet. Manakan tidak, marah apabila pasukan yang disokong seumpama diperlekehkan dengan melihat jersi pasukan yang menang.

Kadang-kadang terbuku di hati untuk melampiaskan rasa marah kerana pasukan disokong tidak menang dengan musuh ketat. Lebih menyayat hati apabila kita menyokong pasukan yang kuat tetapi tumpas kepada pasukan bawahan.

Ada yang tidak keluar seminggu menahan malu. Ada yang bangga mendabik dada pasukannya menang.

Pengusaha restoran 24 jam tersenyum lebar apabila meja dan kerusi melimpahi jalan. Meja dan gelas memang takcukup tiga besen. Yang penat pekerja yang dibayar RM2 sejam. Yang bising adalah mereka yang gembira atau marah atau hampa. Yang tepuk tangan orang-orang yang menipu. Yang mati orang yang takmain bola.

Ada yang sanggup melanggan siaran televisyen berbayar untuk bersorak di hadapan 'kotak bodoh' yang dicipta J.L Baird. Hingga terpaksa membayar kompaun lambat bayar bil kerana gaji yang kecil.

Ada yang sanggup membeli sijil cuti sakit dek kerana ingin berjaga malam sebelumnya. Paling tidak pun mencuri tulang ketika kerja kerana telah jam biologikal diganggu oleh keinginan menonton. Majikan dapat tahu lalu diberhentikan kerja.

Oh Liga Perdana Inggeris,
Walaupun hak penyiaran perlawanan didagangkan, masih ramai yang sanggup berbelanja untuk mengecap logo mereka di dinding-dinding stadium mahupun di jersi pemain dan jersi replika yang disarung peminat.

Walaupun Primera Liga lebih memberangsangkan, oleh sebab waktunya yang lebih mengganggu Liga Inggeris lebih menjadi tumpuan.

Walaupun Liga Itali lebih agresif, permainan manja dari England juga yang lebih menarik perhatian.

Nah, penangan EPL!

Semua boleh jadi. Semua boleh buat. Legenda boleh diternak malah duit boleh dijana.
Mana yang main bola mana yang main duit.
Mana yang gila bola mana yang gila nama.

Sunday, August 9, 2009

Oh RapidKL, Oh MonoRail

Aku takkisah kalau engkau nak sahut saranan kerajaan untuk naikkan tambang.

Oh RapidKL
Aku takkisah kalau tiket harian bernilai RM5, jika perkhidmatannya sangat memuaskan hati. Bas bukan tin sardin. Kalau bas pedalaman aku faham mengapa penumpangnya bersesak-sesak. Basnya terhad.
Aku takkisah kalau 'konsep sekali bayar sekali naik' engkau nak amalkan sebab aku tahu engkau nak bagi RapidPass engkau laku.

Aku takkisah tambang pengangkutan awam seluruh Malaysia ni naik sebab aku tahu yang naik bas ni, kebanyakkannya golongan yang tertindas. Bekerja bermati-matian namun gaji seciput habuk. Mereka yang berpendapatan kecil. Anak kepada mereka yang terpaksa. Mereka yang tidak perlu bergaya dengan kereta. Ataupun mereka hanya membeli kereta untuk membuat "showroom" sendiri di rumah. Dan mungkin mereka yang mogok kerana harga minyak naik.
Yang miskin teraniaya,yang kaya makin kaya.

Aku geram bila pintu monorel tidak terbuka ketika ingin menurunkan penumpang. Malu sangat sebab,yang nak keluar tu orang luar. Agaknya pendapat orang luar tu mesti sebegini.
"Oh I see. It's 1Malaysia. It's Monorail. 1Rail. And only 1 coach with doors open."

Terjemahannya
"oh,ianya 1malaysia.Monorail. 1 landasan. dan hanya satu gerabak yang pintunya dibuka"

Saturday, August 1, 2009

Siapa Sebenarnya Binatang?

Apakah beza Binatang dengan Manusia?
Tepat sekali jika jawapannya manusia berakal dan binatang tidak.
Apakah gunanya akal?
Adakah untuk ini?
Manusia berakal namun tidak menggunakan ke arah yang lebih membina. Gambar ini diambil dari internet dan kesahihannya tidak meragukan.Apakah dosa anak kucing ini kepada manusia? Adakah kerana najisnya terlalu busuk atau kencing di atas sofa? Bolehkah sidang pembaca mengusulkan mana-mana manusia yang mengeluarkan najis seharum minyak wangi Girgio Armani? Atau manusia yang tidak pernah mengeluarkan sebarang tinja serta tidak berkumuh. Semua organisma mengeluarkan bahan buangan. Namun mengapa haiwan yang menjadi mangsa AKAL manusia?
Harimau dibunuh kerana belangnya. Gajah ditembak untuk gadingnya. Badak sumbu dibidik untuk sumbunya. Kenapa? Mempunyai set pakaian dari kulit haiwan melambangkan taraf hidup seseorang di samping memaparkan tahap pemikirannya senagai manusia. Kualiti dompet dari kulit ular adalah di tahap tertinggi namun pemiliknya mempunyai IQ yang sangat rendah berbanding dengan remaja yang mempunyai dompet polyester bercetak Nike yang dibeli di pasar malam. Memakai Kot bulu menyimbolkan kekayaan yang menyelubungi kekejaman. Usahlah berbangga jika Kasut anda berkilat kerana kulit haiwan yang menjadi alas kaki anda.
Haiwan membiak dan begitu juga manusia. Haiwan sayang anak begitu juga manusia. Anak-anak haiwan yang kehilangan ibunya akibat diburu untuk kekayaan manusia juga merasa kehilangan seprti mana anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa. Memang tidak sama haiwan dan manusia namun tidakkah kita sebagai manusia menggunakan akal?
Manusia memburu untuk wang bukan kerana hobi. Samalah seperti manusia yang mencuri. Mencuri hak haiwan untuk hidup. Tabik kepada vegan-vegan di seluruh dunia. Menjaga alam sekitar dan kesihatan sendiri.
Kita sendiri tahu bahawa setiap haiwan adalah pelengkap eko-sistem. Jika tiada ular maka bersepahlah tikus di setiap pelusuk dunia. Jika tiada lalat maka manusia tidak akan mengenal yang mana bersih dan yang mana kotor. Setiap organisma alam punya kegunaan. Tiada yang Tuhan cipta tanpa gunanya.
Jika kalian tidak setuju dengan pernyataan di atas. Silakan berkongsi pendapat.
Pengalaman 1/8/2009 amat menyentuh perasaan. Kisahnya bermula dengan menyelinap keluar akhirnya bertemu manusia yang berjiwa manusia.
Dari hentian teksi berseberangan Terminal 3,Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, aku dan seorang sahabat telah menahan teksi dan sudah tentu menaikinya kerana kami ingin cepat. Tiba-tiba, aku terkejut kerana meter teksi tidak dihidupkan. Dan pemandu berkata,
"Tolong tunggu kejap kerana pakcik ingin menyelesaikan masalah peribadi, dan pakcik takkan mulakan meter selagi masalah ini tidak selesai."
Kami pun mengiakan permintaan pakcik itu. Teksi yang dipandu memasuki jalan masuk ke pejabat kastam yang 11 tahun lalu menjadi tumpuan kargo-kargo untuk mendaftar masuk ke negara kita.
Rupa-rupanya,pakcik itu ingin memberi makan kepada kucing yang terbiar di kompleks kastam yang kini tidak lagi sibuk. Aku terharu. Masih ada lagi manusia yang mulia seperti ini. Pakcik itu sebenarnya baharu sahaja pencen setahun dan masih lagi merasa punyai tanggungjawab terhadap dua ekor kucing itu.
Berbeza dengan korporat-korporat yang lebih mengutamakan kelas dengan membunuh haiwan untuk membaluti tubuh.
Berbeza dengan manusia yang menipu diri sendiri sehingga sanggup menggunakan sesama manusia untuk berada di atas.
Bayangkanlah bumi tanpa binatang. Adakah bumi semeriah sekarang?
Kempen WWF atau JAS. Ikonnya semestinya VIP namun adakah dengan kempen yang dirasmikan oleh VIP boleh menghentikan kekejaman ini? Pakai baju atau yang bercetak "SAYANGI BINATANG" hanya boleh menimbulkan rasa sayang yang sangat sebentar.
Akal sebenarnya senjata manusia. Akal membezakan binatang dengan manusia. Akal yang mengawal perilaku seseorang manusia.
Jika Hamas bertindak kerana Zionis melakukan kekejaman kemanusiaan. Bolehkah kita bayangkan jika semua binatang merusuh dan melancarkan perang terhadap manusia. Sukhoi mungkin jet pejuang yang hebat. Falcon mungkin helang robot kebanggaan Amerika. Terdapat lebih 1 billion binatang di atas muka bumi, dan tiada perkara yang mustahil. Sungguhpun binatang tidak mempunyai akal. Namun mereka punya perasaan.

Wednesday, July 22, 2009

Mengenali Anoreksia Dan Kebuluran

Antara alasan untuk tidak menghabiskan makanan adalah TAKSEDAP, NAKKURUS, DUIT BANYAK, NAMPAK KAYA dan DIET YANG SIHAT.
Mak masak taksedap boleh jadi alasan namun sangat derhaka. Adab terhadap ibu bukanlah fokus untuk artikel kali ini, namun isu manusia yang enggan bersyukur menjadi tumpuan.
Sila lihat manusia-manusia bodoh di bawah;




Cantikkan? Kurus memang cantik. Bak kata mereka. Mereka semua telah menghidap penyakit yang dicipta oleh mereka sendiri di yang dipanggil ANOREKSIA. Penyakit psikiatri (mental) yang menggambarkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan menyebabkan berat badan berkurang dengan ektrem dan bentuk badan yang menakutkan kerana takut berat badan akan naik dan menjadi 'gemuk'. Mereka akan berlapar secara melampau, melakukan senaman berlebihan dan ada yang mengambil ubat-ubatan tambahan. Seperti yang kita lihat kebanyakkan dari mereka adalah wanita walaupun 10% penghidap penyakit 'gila' ini ada yang berjantinakan LELAKI. Oh Artis! Si gila ini amat menyanjungi artis sehingga ingin menjadi cantik dan KURUS seperti artis pujaan mereka. Lihat saja pada gambar kita boleh kenal artis-artis yang berkaitan dan lebih menarik Si Gila Anoreksia juga terdiri daripada model-model yang terpaksa memperagakan baju tidak cukup kain rekaan pereka@penipu terkenal. Memang padanlah baju kecil si pemakainya juga kena kecil baharu muat dan baju tidak koyak. SAMPAH!
Apa kata kita kembara ke Afrika?



Adakah kelibat dalam gambar di atas juga menghidap Anoreksia? Bentuk badan hampir sama meskipun berlainan jantina dan warna kulit. Mereka semua adalah mangsa kekejaman spesies mereka sendiri. Sibuk membeli senjata kerana percaya ALIEN AKAN MENYERANG, saudara sendiri di benua sana dibiar berlapar dan mati kebuluran. Merujuk laman web starvation.net, setiap 2.43 saat seorang manusia akan mati kerana kebuluran. Mereka bukan sengaja tidak makan kerana ingin kurus atau mahu menjadi model pakaian dalam, tetapi mangsa kekejaman saudara-saudara syaitan yang suka berbelanja ke arah yang tiada faedahnya.
Lebih banyak kematian akibat kebuluran daripada keganasan. Jika pupus keganasan, kebuluran masih berlaku. Anoreksia tetap menjadi gaya hidup. Bodohlah manusia.
Jika anda berlapar untuk kurus, lupakan. Kerana ada yang mati kerana kebulur!

Monday, July 20, 2009

Mari Menentang Pemanasan Global


Panas Malaysia ni..ada reason kenapa Man U boleh lepas 2 gol masa first match dengan Malaysia. Panas kot. Di Manchester suhunya tidak mencecah 21' C..
Suhu dunia makin meningkat dan alasan untuk berbaju singkat adalah tidak masuk akal.
Apakah Pemanasan Global?
Pemanasan Gobal= peningkatan suhu purata udara dan permukaan laut dan dijangka terus meningkat. Bukan sekitar Damansara atau sekitar Felda Tenggaroh tetapi seluruh DUNIA.
Apakah sebab-sebabnya PEMANASAN GLOBAL ni?
Mengikut Panel Perubahan Iklim Antarabangsa (IPCC), dilaporkan bahawa Kesan Rumah Hijau yang disebabkan oleh manusia melalui aktiviti pembakaran secara terbuka, pembalakan haram, serta pelepasan asap dari kenderaan menjadi penyumbang terbesar kepada Pemanasan gobal.
Sampah jangan dibakar! Hutan jangan ditogel!
Dah puas kempen sana-sini tapi SAMPAH!
Bumi makin tenat hujan dengan panas dahtakpayah nak ikut angin monsun ke angin sumatera ke. Bukit Fraser pun dahtak sesejuk dulu. Felda aku dulu pun 9 pagi sejuk macam 6 pagi di KL ni. Sekarang, cahaya matahari tidak lagi ditapis dengan baik oleh Tan Sri Ozon. Dah tua bumi ni.
Jadi apakah langkah yang wajar kita lakukan?

  1. Gunakan kertas yang dikitar semula.Kita boleh kurangkan 2kg karbon dioksida dengan setiap berkas kertas kitar semula
  2. Sentiasa semak kandungan angin pada tayar kenderaan anda. 113.4kg karbon dioksida telah tersingkir. Jimat petrol sekali!
  3. Untuk pengguna pemanas air elektrik. Sentiasalah periksa termostat anda agar tidak melebihi 50' C. 250kg karbon dioksida tidak akan terlepas ke atmosfera. Diingatkan juga untuk tidak mandi terlalu lama kerana 2/3 dari bil air adalah melalui mandi. 160kg karbon dioksida tidak dilepaskan.
  4. Tanam pokok. Rugikah kita menanam pokok? Untuk meneruskan hidup pokok memerlikan karbon dioksida,cahaya matahari dan klorofil untuk proses fotosintesis. Kemudian melepaskan OKSIGEN. RUGI atau TIDAK?
  5. Kurangkan makan daging? Bukan diskriminasi agama atau sayang akan binatang tetapi di Amerika, pemakan daging menyumbang kepada 1.5 tan karbon dioksida berbanding vegan. Boleh hidupkan? bukan singkir terus daging tetapi kurangkan.
  6. Belilah makanan organik kerana bahan kimia yang digunakan oleh agrikultur moden mencemarkan sumber air dan memerlukan tenaga untuk memulihkannya.
  7. BYOB. bring your own bag. pergi beli-belah janganlah harapkan cashier nak bagi plastik.Lagi bagus kalau buat beg dari kain-kain yang dahlama/takpakai. dahtakpayah nak pening kepala mana nak buang plastik banyak-banyak ni.
  8. Amalkan berkongsi kenderaan. Buanglah persepsi aku-aku,kau-kau. Dah basi. Satu rumah satu kereta amat dialu-alukan. Jika ramai belilah MPV. Jika sederhana, kenderaan konvensional sudah memadai.Dan bila ramai manusia yang berkongsi maka kuranglah kesesakan lalu lintas dan alasan lambat kerana 'jam', stress akibat 'jam' tidak lagi relevan.
  9. Jangan biarkan enjin anda hidup ketika berhenti sementara (idle). Ianya hanya membazir petrol,wang dan menenatkan lagi pencemaran. Kecuali ketika 'jam' (kerana manusia memang degil) matikan enjin dan tunggu 30 saat baru hidupkan kembali jika anda berhenti sekejap.
  10. Jauhi rokok. Kadar penafasan perokok lebih laju daripada bukan perokok. Justeru melepaskan lebih karbon dioksida. Tambahan gas-gas merbahaya yang dilepaskan ketika merokok. Tidak merokok mendatangkan kesan HIDUP LEBIH SIHAT dan ALAM SEKITAR LEBIH SELAMAT.

Tuesday, July 14, 2009

Mulia Sangatkah Anda?

Mulia boleh didefinisikan sebagai sangat baik dan dihormati kerana budi pekertinya mahupun perlakuannya termasuk gaya pertuturan.
Adakah perkataan MULIA boleh menjadi lesen untuk memperkecilkan orang lain?
HaHa
Kalau warna kulit jadi isu, kenapa Tuhan ciptakan manusia berbeza-beza warna? Adakah untuk membenarkan diskriminasi? Adakah untuk menjadi pengukur tahap kemuliaan seseorang?
Jika dahulu warga kulit hitam menjadi golongan hamba sehingga zaman Abraham Lincoln kini berdiri menjadi Orang Nombor Satu Amerika Syarikat.
Mungkinkah perkara seumpama itu berlaku di Malaysia? Datuk M Kayveas menjadi Perdana Menteri atau Lim Kit Siang mengangkat sumpah menjadi Presiden Malaysia. Segalanya mungkin.
Dan adakah Ketuanan Melayu boleh dijadikan geran untuk memuliakan diri masing-masing.
Ingatlah hanya di Malaysia sahaja Bangsa Melayu boleh mendabik dada.
Melayulah TUAN Melayulah RAJA.
Bagaimana dengan nasib Melayu di Liverpool,Cape Town,Selatan Thai, Mindanao mahupun Singapura?
Adakah mereka dimanja-manjakan dengan Kontrak Sosial,Dasar Ekonomi Baru, status BUMIPUTERA atau KUOTA?
Tahniah kepada JPA kerana telah memaksa anak-anak Melayu untuk mengerti hidup tanpa Bumiputera. Biasisiwa kini tidak lagi diberi mengikut kaedah matrikulasi tetapi meritokrasi yang berkonsepkan
"Kau layak kau boleh dapat"
bukan seperti
"Kau bukan Melayu,jadi sila cari penaja lain"
Makin hilang keistimewaan kaum Melayu yang dahulunya bangga ketuanan yang dicipta sendiri.
Merujuk kisah di Israel di mana Yahudi menidakkan hak bangsa-bangsa lain kerana di dalam kitab Talmud telah termaktub bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling MULIA.
Itu kata mereka. Di Malaysia,semua bangsa Melayu adalah Islam. Walaupun ada yang seperti Lina Joy dan seangkatan. Adakah di dalam Al-Quran menyebut bahawa Melayu itu boleh menjadi TUAN di negara mereka?
Adakah Al-Quran membenarkan bangsa Melayu memijak bangsa-bangsa lain?
Jika perkara sedemikian berlaku...
MELAYU=YAHUDI
Aku taksamakan secara total tapi apa yang berlaku boleh dijadikan perumpamaan.
Apakah nasib kita SI MELAYU jika tiada Kontrak Sosial, DEB, dan sebagainya?
Jika kuat kerana ramai menentang yang sedikit usah bersorak.
Jika sepuluh menentang satu lebih baik lupakan.
Dalam satu babak filem Ayat-Ayat Cinta di dalam bas. Si hero ada memetik sepotong hadis yang berbunyi
'barang siapa yang menyakiti orang asing(orang bukan Islam) maka samalah dia seperti menyakiti aku(Rasulullah s.a.w)'
Tidakkah kita dapat mengambil pengajaran dari hadis tersebut?
Dalam buku teks sekolah menengah Pendidikan Agama Islam telah disuntik satu subtopik 'Adab Terhadap orang Bukan Islam'.
Contohnya adab orang Melayu terhadap kaum lain seperti India,Cina,Asli dan selebihnya.

Lupakan isu sistem kontrak atau kangani. Jika kita ingin menuduh India dan Cina itu pendatang,
ingatlah bukan Melayu penduduk asal Tanah ini. Datuk moyang kita juga datang dari China. Memang Melayu lebih awal sampai. Siapa jumpa dulu tidak bermakna dia yang punya. Kalau begitu secara hukum siapa jumpa dia punya semestinya tidak berpihak kepada Zionis yang menceroboh tanah Palestin.Mengapa yang mendiami Istana Negara bukan orang ASLI yang memang nyata tiada rekod penghijrahan mereka dari benua lain.
Ingatlah pabila si miskin berebutkan pekerjaan, si boroi-boroi di atas tergelak-gelak melihat gelagat yang berebut.
Gaji dibayar tidak setimpal, bukan kerana dia India jika tokeynya Melayu,bukan kerana Melayu jika tokeynya Cina dan BUKAN kerana Cina jika majikannya India. TETAPI kerana "kau di bawah dan aku di atas".
Buanglah diskriminasi,benci atau geli kerana semuanya adalah sia-sia.
Sesiapa yang ingin dihormati maka dia mesti menghormati.

Monday, June 29, 2009

plastik


plastik boleh didefinisikan dengan sesuatu unsur yang boleh berubah bentuk apabila daya dikenakan terhadapnya,namun tidak boleh kembali ke bentuk asalnya. Cuba rujuk kepada beg plastik yng kita peroleh dari kedai runcit berdekatan. Tarik beg tersebut sepanjang yang boleh dan lepaskan tangan. Beg itu memanjang seperti tali dan tidak boleh kembali ke bentuk beg. tidak mustahil untuk kembali ke bentuk beg namun proses yang rumit dan mungkin mahal perlu dilalui.
Lawan plastik adalah elastik iaitu kekenyalan. kebolehan sesuatu bahan berubah bentuk apabila daya dikenakan dan kembali kepada bentuk asal selepas tiada daya dikenakan.Contoh kekenyalan boleh dilihat pada gelang getah yang mengikat seberkas buluh yang kita kenali sebagai lidi sate. berkaskan lidi itu seratus atau seribu seikat getah mungkin mampu menahannya. namun yang demikian kekenyalan ini ada batasnya. Jika lebih dari kemampuan getah itu, nescaya getah itu akan putus dengan melalui fasa plastik yang amat sekejap.
Setiap elastik adalah plastik dan tidak semua plastik elastik.
Di negara kita, banyak yang boleh dikaitkan dengan plastik dan elastik. Contoh yang terdekat isu pendidikan. PPSMI, BI wajib lulus atau jumlah subjek yang terhad?
Isu-isu demikian mungkin baru sahaja basi selepas diselimut isu 1Malaysia atau isu Kerajaan Perpaduan. Oleh kerana kuasa pentadbiran yang mempunyai hak pelbagai mereka berhak mengubah segala-galanya. Walaupun mereka telah dipangkah oleh rakyat mereka sendiri, mereka tidak berkhidmat secara total sejajar dengan manifesto murahan yang disebar.
Kembali kepada isu pendidikan. Pelbagai jalan telah didekatkan untuk meyakinkan penduduk terus memangkah. Percuma semuanya atau masa depan yang terjamin dengan Bahasa Inggeris.Semuanya adalah plastik. Mengapa?
perkara yang demikian boleh diubah tetapi setelah diubah haluannya amat sukar untuk kembali kepada akarnya.
PPSMI..guru-guru telah dilatih khas untuk mengajar anak-anak murid dan semuanya dibiayai pihak berwajib. Jika seorang guru kosnya mencecah RM10,000,bagaimana dengan 100,000 orang guru yang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu Tuhan dalam bidang sains,matematik,fizik,kejuruteraan,kimia dan bahasa inggeris itu sendiri.
Bagaimana dengan komputer peribadi, alat bantu mengajar, projektor LCD yang diedar bukan bernilai RM1 setiap satu.
Tidak wajar untuk mengubah haluan pendidikan secara tiba-tiba dan begitulah plastik. Senang dibentuk namun bukan mudah untuk pulang ke sarangnya.
Itu baru pendidikan,belum lagi kisah perundangan yang zahirnya menghukum namun batinnya menguntungkan.
Plastiklah dia Perkara yang tidak perlu diubah menjadi propaganda murahan pihak tertentu yang kini menjadi bualan bibir-bibir yang zahirnya bertindak sebagai ketua masyarakat. Pabila si ayam berkokok meminta kembali hak mereka, ingatlah, plastik bukan elastik.
DENDA?.Sudah tentu wang yang menjadi perbualan. Boleh dikira hukuman melalui kanun-kanun atau seksyen-sekyen jenayah yang hukumannya berbentuk fizikal seperti penjara,sebat atau hukuman mati.
Rasuah?..Bayar denda atau penjara.Khalwat?..denda, kaunseling atau penjara beberapa bulan.
Teringat kisah Indulgence pada zaman gelap di Eropah di mana setiap pelaku dosa yang mengaku kepada Father mereka, perlu membayar seberapa jumlah dan bakal memperoleh Sijil Hapus Dosa.
Adakah kita nampak rasionaliti denda di negara kita?
Jika si kaya yang melakukan dosa. Denda mungkin menjadi pilihan kerana mereka masih lagi mempunyai baki harta untuk melakukan dosa yang sama pada kemudian hari.
Si penghukum tidak perlu berkira kos makanan, bil air atau gaji banduan kerana yang kaya sudah terlepas dengan sijil Indulgence yang kabur di Tanah Air.
Di sini bolehlah dikonklusikan bahawa plastik dan elastik sentiasa berlegar di sekitar kita. Sedar atau tidak, plastik tidak hanya wujud pada beg plastik, dashboard kereta atau permainan percuma McD.
Apabila kita berkuasa, kita berhak memanipulasi segalanya. Walaupun yang bawah termangu bingung.

Wednesday, June 17, 2009

Bayar Atau Mati


kejam!
umpama Samseng di dalam filem fiksyen gengster Amerika yang sengaja diuar-uarkan agar seluruh umat manusia gentar dengan apa yang diperoleh Amerika. Soldadunya hebat tanpa perlu meminta pertolongan soljar wilayah lain yang jauh lebih kuat dan gagah.
bukan isu SAMSENG menjadi pilihan tetapi gelagat manusia yang lebih bertuhankan WANG daripada yang Esa lagi Kekal Pemerintah Sejati. Tuhan kepada semua raja-raja yang korup. Tuhan untuk disembah oleh presiden-presiden yang seleweng.
Pabila wang berkuasa maka ramai yang tidak selesa. Kawan meninggalkan janji. Ibu meninggalkan anak . Musuh menjadi sahabat. Dan semua kerna wang.
apakah wang?..wang hanyalah kertas yang dicetak oleh pihak 'berkuasa' sebagai ganti nilai untuk medapatkan barangan lain melalui kaedah pertukaran.
Dahulunya ikan ditukar dengan damar. ayam ditukar dengan timun dan mutiara ditukar dengan emas. Sistem Barter menjadi asas kepada sistem MATAWANG yang sudah dikenali berabad lamanya. Dollar,Pound Sterling, Euro, Taka mahupun Ringgit menjadi contoh matawang yang wujud di sekitar kita.Nilainya berbeza mengikut negara dan mungkin beragam mengikut warna kulit, iklim tempatan mahupun populasi penduduk.

Kuasa wang amat ketara. Semuanya kerna wang sehingga wang menjadi penentu bahawa seseorang itu layak untuk makan atau tidak. Mujur oksigen tidak dicipta untuk didagangkan.
Cuba kita imbau tatkala zaman di mana Rupiah belum wujud, Baht belum lagi dicetak dan Ringgit belum lagi disimpan di dalam dompet 'Perak Man'. Mengapa ada lagi kita?
Masyarakat ketika itu masih lagi belum mempunyai kad ATM mahupun buku akaun simpanan dan jelas bahawa mereka masih mampu untuk makan dan minum. (Seks tidak dibincangkan kali ini)
Zaman sekarang, wang menjadi kuasa. Manusia berkuasa kerana wang. Bukan kerana mereka layak untuk memerintah. Ramai yang tampil untuk membuktikan mereka benar-benar cocok untuk menjadi pemerintah. Namun, sudah terang lagi bersuluh. Kuasa menjanjikan wang dan wang menjamin kuasa.
Wang juga menjadi Malaikat Maut yang sengaja dicipta oleh manusia yang dangkal akalnya. Manusia perlu sihat dan cergas sebelum boleh memulakan kerja dan menjana produksi kendiri. Namun kesihatan yang diperlukan terpaksa ditukarkan dengan seikat not RM50. Atau mungkin SATU bagasi?
BAYAR ATAU MATI?
Sudah menjadi lambakan isu di 'media kipas' di mana 'Si Polan Memerlukan Beberapa Ratus Ribu Untuk Kekal Hidup' menjadi tajuk di muka depan. Siapa yang baca merasa simpati dan berusaha untuk membantu si 'Polan' dalam bentuk fizikal mahupun secara rohaniah.
Tahniah!
Sekalung penghargaan kepada wartawan yang berjaya mengKAYAkan orang KAYA. Si miskin terus diselimut kemiskinan.
Pilihan waris si 'Polan' hanya tinggal mencari wang 'pendaftaran','pemerhatian','sewa katil','tiub pakai,cuci dan ganti' untuk menjamin kehidupan si 'Polan'.
Pembedahan pintasan jantung memakan RM15,000 atau jantung kita terus tersumbat. Rm100,000 untuk buah pinggang atau matilah kita dengan buah pinggang yang rosak.
Beberapa ketika menjelang muncul lagi satu tajuk tapi tidak terpampang di muka depan berbunyi "Si Polan Sempat Jamah Ketupat Sebelum Pergi". Alasannya masa mencemburui namun hakikat disembunyi. Malaikat Maut yang dicipta insan menambah derita.
Wajarkah memaniskan mulut dengan berkata ,
"Encik perlu bayar sejumlah puluhan ribu baru anak encik boleh didaftarkan di hospital ini dan baki puluhan ribu perlu dilunaskan sebelum memulakan pembedahan."
Dan bagaimana jika pembedahan itu gagal? Gagal kerana kelalaian pihak yang teruja melihat puluhan ribu Ringgit, Dollar atau Riyal. Tambahan Jutaan lagi yang bakal menerjah dengan promosi kesihatan yang diauta seluruhnya?
Mungkinkah katil yang disewa diimport dari Italy, atau baju pesakit yang dipinjam berjenama 'Gucci'?..
Alasan bayaran Pakar Bedah perlu dibayar setimpal dengan tugasnya mungkin boleh diterima akal. Akan tetapi mengapa wajah Almarhum Tuanku Abdul Rahman perlu ditatap sebelum peluang melihat dunia boleh diteruskan?
Mengapa tidak "Do Then Pay"?
Jika si pesakit terus hidup barulah prosedur 'bayar dan dibayar' dijalankan. Walaupun si kaya semakin kaya. Setimpallah dengan apa usaha yang dilakukan oleh mereka yang memerlukan bayaran dan harga yang peru dibayar oleh waris. Namun ingatlah, bukan semua manusia mempunyai lubuk petroleum yang tidak putus luaknya. Dacingkan jumlah yang perlu dibayar dengan kemampuan waris. Bukankah kita sebagai manusia perlu membantu bukan membatu?
Namun jika ajal pesakit memang sudah menyeru. Usahlah menambah pilu si waris. Usah diminta wang pendaftaran atau apa-apa yang meninggikan Bukit Emas anjing-anjing yang tamak sedemikian.
Renung-renungkanlah.

Sunday, June 14, 2009

seks atau scream?

tajuk post kali ini adalah sex atau scream?
dengarlah di radio tempatan atau tonton di astro hitz tv.sungguh banyak elemen seks atau unsur yang mengghairahkan sehingga si adik seusia 3 tahun ingin berfesyen sperti penari separuh bogel dalam klip video mrs officer bawaan lil wayne. belum lagi klip video rihanna dalam nyanyian sumbingnya umbrella.kemudian diparody oleh vanilla sky. jelas menunjukkan yang golongan di atas sana hanya berminat mengaut kertas not tanpa nilai dengan membenarkan asas-asas lucah meracuni organ yang sensitif pada kepala anak-anak muda.
belum lagi isu pussycats doll yang dahulunya kabaret berjaya menyusup masuk ke sempadan untuk membolehkan generasi yang kononnya pelapis pentadbiran negara menonton tarian separuh bogel secara langsung.bukan sekali! DUA kali bolos. syarikat komunikasi berpengaruh gigit jari pabila ikon seks yang ditumbuk pakwe sendiri tidak jadi berkunjung. anak-anak ayam yang naif lagi daif terpaksa menatap tubuh indah ciptaan tuhan di dalam tiub yang dicipta JL Baird.
jujur kukatakan lagu inggeris pertama yang kuhafal adalah lagu All Rise nyanyian Blue. kumpulan pop berkumpulan seiring westlife meskipun backstreet boys. memamng naif kerna baharu berusia 11 tahun. 3 tahun kemudian aku mengenal system of a down. lagunya membangkitkan semangat kemanusiaan dalam album Mezmerize. pernah terjadi dungu seketika untuk menanti SOAD ke udara di era fm atau pun hitz.fm. aku dapat tahu yang SOAD ni ganas. ganas ke? lagu mereka kan baik? betullah,nasihat boleh diberi dalam pelbagai jalan dan lebuh raya.
setelah 6 bulan aku di metc mengenal gig dan indie aku dikejutkan dengan budaya hardcore. muziknya keras, sekeras namanya 'teras keras' tune gitar di'drop'kan rendah dan distortionnya dilaras agar berbunyi seakan-akan memecah kepala mahupun gegendang telinga.
sungguh biasa hidup di negara yang beriklimkan khatulistiwa dengan pemikiran tipikal janaan pihak yang enggan bertanggungjawab. mariah carey pernah lolos. rihanna hampir.
bila metallica mahu singgah?..kalau SOAD dihalang aku sangat faham. kita tidak menerima yahudi yang datang dalam bentuk manusia. mengapa tidak dihalang sentimen yahudi yang secara terus menyusup minda.
lagu keras dengan isi kemanusiaan terus dicap sesat. black metal. lagu lembut yang menjurus ke arah parti sosial liar mengapa tidak digam?
sebuah band bawah tanah tempatan terus memangkah radio yang suka memangkah tatkala ingin menukar angin muzik kita ke arah 'zero melancholic'. sifar jiwang. logik atau tidak jika lagu-lagu sebegini boleh melahirkan lebih ramai anak haram daripada menenangkan minda?
memang seakan kasar bunyinya.namun itulah hakikat bukan nikmat.tidak disalahkan lagu-lagu sedemikian sesfera bumi atas apa yang berlaku.
kita punya akal.kita fikir-fikirkan.

Wednesday, June 10, 2009

kenangan terindah

masih teringat di kala nasi lemak sepiring hanya 30 sen. 10 sen diperlukan untuk secangkir minuman di kantin sekolah rendah. 12 tahun sudah berlalu dan semuanya hanya menjadi kenangan dan kenangan yang terindah.mungkinkah aku menciplak idea tajuk lagu yang ngetop oleh kugiran yang hebat digelar SAMSONS?..
kenangan mereka mungkin indah dengan kisah cinta.namun aku mempunyai kenangan yang sangat indah pabila duduk di atas kerusi setinggi 30sm dan beralaskan tangan di atas meja kayu berketinggian kurang 1m.memang benar saiznya untuk kanak-kanak seusia tujuh tahun dan ianya realiti.memang kenangan 12 tahun ke belakang sungguh indah.memang indah dengan timbunan pasir menimbus kaki memang indah dengan peluh membasahi seragam putih.namun keindahan itu tidak dapat menandingi keindahan membawa hanya tiga keping syiling 20 sen dan membawa pulang lebihan 20 sen untuk menyahut seruan kerajaan supaya menabung.walaupun tabungku tidak berat.
mendaftar ke sekolah menengah membuka lembaran baru bagiku.sepring nasi mengisi perut di kantin tidak lagi 30 sen segelas minuman tidak lagi 10 sen.semuanya dek angkara masa yang kian menuju.kalaulah masa mengundur itu tidak sedekat dosa, inginku kembali ke era silam berbekalkan rm10 nescaya sebulan aku hidup tanpa kesulitan.
apakah harga?apakah nilai?
mungkin kadar tukaran..dan aku tidak berniat untuk mendefinisikan erti harga meskipun nilai.
hanya lonjakan harga tanpa henti saban tahun inginku coretkan dalam kemasukanku setelah sekian lama membisu.
harga bahan bakar makin naik.umpama mengharap sabut tertiarap ke dasar.asalnya di atas pokok.jatuh ke dalam air dan cuba dihantar ke dasar?memang dasar dicecah tetapi bukan selama batu yang tenggelam.lambat laun akan timbul juga.harga bahan bakar boleh diumpamakan dengan sabut namun tidak 100% serupa.
sabut mungkin tetap di atas muka air dan tidak akan terbang sendirinya.harga petrol boleh melayang seperti boeing 747-400 atau fokker f50 yang terbang tinggi.
tahun 2008,rm2.70 pada setiap liter petrol dikhabarkan lebih murah daripada saudara di norway di mana setiap liter perlu ditukarkan dengan not bernilai rm7 dan mungkin lebih.
munasabahkah di negara yang dahulu diberi nama PERSKUTUAN TANAH MELAYU?
adakah semuanya berprofesyen pakar bius?berkhidmat sebagai juruterbang komersial atau seorang 'pioneer' microsoft?
jika kerajaan amat berkira dengan subsidi petrol saban tahun, mengapa tidak dinaikkan cukai arak?mengapa bukan jutawan kasino yang disuruh memandu bas?
tahun yang sama, harga petrol serta bahan bakar yang lain merudum jatuh untuk kali kedua dan ini melegakan rakyat.
bahu-bahu lemah ini akan jatuh lagi satu hari nanti tatkala petrol naik harganya.mana tidaknya, petrol naik, semua lagi bahan keperluan turut memanjat dan memeranjatkan.lihat sahaja semasa rm2.70 terpampang di mesin runcit petrol. pemilik perusahaan bas merengek diminta tambang bas dinaikkan untuk menyerap kos bahan bakar yang meloncat tinggi. tiba-tiba, wujudlah kadar surcaj 30% untuk semua bas antara negeri dan domestik. tahniah RapidKL atas usaha mengekalkan tambang bas.pengguna bas bukanlah tauke minyak atau pemilik lombong emas. rata-rata pemakan gaji yang menaiki bas dan hanya mampu mengeluh apabila tauke syarikat bas tersenyum lebar.jika mereka pemilik mercedes,perlukah mereka membayar tambang bas?
sudahlah,usah mengharap sabut terus tenggelam.
sirap 10 sen hanyalah kenangan terindah.

Saturday, May 16, 2009

Memahami Enjin Gas Turbin

. . .
kembali setelah sekian lama..baru sudah waktu peperiksaan Enjin Gas Turbin
sebagai pemula bicara,ingin diberitahu bahawa kapal terbang mengaplikasikan 2 jenis enjin..enjin piston dan enjin gas turbin..enjin piston biasa digunakan pada kapal terbang yang kecil..manakala enjin gas turbin digunakan meluas dalam penerbangan komersil.
enjin gas turbin dibahagi kepada EMPAT bahagian utama..

-compressor (pemampat)
-combustion chamber (ruang pembakar)
-turbine (turbin)
-exhaust (ekzos)



pada fasa pertama udara yang bertentangan akan disedut dan dimampatkan di dalam compressor kemudian dipanaskan lantas dikurangkan tekanan di bahagian turbin dan dilepaskan ke udara kembali melalui ekzos..

tahukah anda bahawa angin yang dilepaskan melalui ekzos mampu mencapai suhu 1000 darjah celcius??
konsep enjin gas turbin sangat mudah tetapi halangan dari minda kita sendiri yang membuatkan perkara menjadi lebih susah..

udara yang dilepaskan adalah sangat laju dan memiliki daya tujahan yang sangat besar sehingga boleh melepaskan sebuah kapal terbang yang beratnya menjangkau 10 tan..

enjin gas turbin juga digunapakai untuk menjana kuasa elektrik.
namun yang demikian enjin gas turbin amat sensitif kerana ia akan menjadi rosak teruk jika sebarang bahan asing masuk ke dalam komponen enjin.walaupun bahan yang digunakan dapat
menahan suhu yang sangat tinggi serta dapat mengekalkan bentuk pada kelajuan yang amat tinggi..

*isi kandungan mungkin tidak seberapa lengkap tetapi sedikit sebanyak diharap dapat berkongsi ilmu

Sunday, May 3, 2009

meat and poison

one man's meat is another man's poison
i like that idiom..its meaning motivates me to be whatever i want to be..what i have to do..what i can take care of..

indie?hardcore?rastafari?punk?skinhead?shufflers?

never care on others say because they are not yourself..they can say your taste is suck or whatever..but only you who use your own heart..
if you want to be an indie lover..go ahead
if you want to be a hardcore kid..go ahead
if you want to have your hair dreadlocked..the choice is yours..
wanna be a rebellion?..who else can stop you?
when once again only you who have yourself..

people may think that you're such a loser when you keep an interest on what others don't..they will say everything until you follow their interest..

"i hate your style"
"your taste sounds like a rubbish"
"why don't you leave that scene and follow us?"

people will say those or else unless you're no longer yourself..remember this 'talk is cheap'..people will say anything irritating because they pay nothing to say..but human have limit..they will shut their mouths..

you can be among the people..say whatever you want and hate what ever you dislike..but one thing to be concerned of..
don't ever be mad or treat your anger when people hate your way..you have to accept whatever others say because you and them are exactly the same..

here in front of my sight i face a lot of people who are just in the same flock of people i've mentioned..say whatever words they could without putting others' feeling on their concern..

but i've no problem wih these sick people..what i aware is the suckers those who always getting incorrect context on what they are talking about..

need example?
they think hip hop and techno are the same bunch
shit!!
i wont say any further on what are they wrong at..
this is the other case
they think the hardcore is the scene where everybody will think about the demon..

what i have to say is don't ruin others' scene
you are fooling yourself..

learn others' so you wont get it wrong..