Sunday, August 29, 2010

Agak-agak Tuhan Buat Silap Tak?

Woi Brenn! (sebut macam Brain, panggil aku dengan nama ni je la) Kau gila kapiaq murtad nak soal pasal Tuhan? Dah kalau takboleh soal, kejadah apa aku nak percaya? Tapi soalan aku bukan pasal kewujudan atau apa-apa bersangkut-paut.

Kadang-kadang aku musykil, kenapa ada Yahudi, Melayu, India, Latin, Cina, Uighur, Arab dan segala macam rumpun bangsa atas dunia ni. Aku percaya manusia dari Adam seperti kebanyakkan kamu. Tapi kenapa sampai berpecah limpah sampai ke situ?

Aku tahu anak Adam dan Hawa itu ramai. Boleh jadi dari situ dah mula macam-macam warna dan fizikal yang wujud. Kalau dah betul satu famili, apa pasal mau gaduh-gaduh rebut ini bumi?

Kalau teori Darwin, kalau betul manusia dari primitif takkan dari satu primitif je manusia dievolusi? Takkan Kaukasia dari lotong, Afrika dari Gorilla, Melayu dari beruk, Yahudi dari siamang dan pelbagai spesis untuk berbilang bangsa atas bumi yang satu ni?

Party Shirt #9: I'M NOT RACIST, I JUST DON'T LIKE YOUR KIND.

Aku tak yakin syarikat Tuhan macam syarikat buat radio. Lain radio lain harga. Objektif utamanya sama tapi dek kerana penampilan dan fungsi lain harga yang diletakkan. Ikut logik radio memang padan la sebab radio bukan manusia. Kena ikut harga bahan dan kepakaran pakar baru boleh letak harga. Make sense?

Takkan la ramuan nak buat Melayu ni taksama macam nak buat Cina. Kalau dari logam, Melayu dibuat daripada emas, Cina dibuat daripada perak dan sebagainya. Gila tak adil Tuhan macam tu. Lepas tu yang kaum emas ni boleh la suka hati nak pijak-pijak kaum yang rendah lagi nilainya. Brader, betul ke platinum dengan titanium lagi mahal? PWNED!

Adakah satu kesilapan oleh Tuhan? Atau Teori Darwin masih lagi takkukuh?

Secara peribadi, aku anggap memang tak silap. Dia Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang dia buat.

Contoh kapal terbang aku rasa macam bagus je kalau nak kaitkan dengan hal ni. Sebelum kapal terbang tu nak dibenarkan terbang, krew darat; jurutera dengan juruteknik akan pastikan kapal tu sihat untuk terbang "fit-to-fly". Kalau dah yakin dengan segala ilmu yang ada, rujukan yang perlu, barulah jurutera boleh lepaskan ke udara. Bermakna tak boleh buat silap sebab ilmu yang ada tu dah dipraktikkan.

Kalau jurutera tu buat silap, memang jatuh dan macam-macam akibat akan berlaku. Kalau crash gak even dah siasat bukan salah manusia, ini dipanggil 'component failure'. Kapal terbang tu salah. Takpun sebab cuaca. Totally non-human error.

Lebih kurang macam ni la Tuhan. Aku taksamakan Tuhan dengan jurutera ok! Dia Maha Bijaksana. Dia tahu apa yang Dia buat. Kucar-kacir rasis yang wujud ni bukan sebab Tuhan ciptakan bangsa. "Component failure". Bukan salah Tuhan, tapi salah MANUSIA.

Wednesday, August 25, 2010

Semalam, Ini Hari Dan Esok

Semalam
Ini Hari
Dan Esok,

Semalam terlepas
Ini hari melepas
Dan esok dilepas

Semalam jatuh
Ini hari ampuh
Dan esok bersetubuh

Semalam rapuh
Ini hari kukuh
Dan esok lumpuh

Semalam gaduh
Ini hari musuh
Dan esok bersimpuh

Semalam sayang
Ini hari goyang
Dan esok terang

Semalam bosan
Ini hari tak keruan
Dan esok tertekan

Semalam bermula
Ini hari berjalan
Dan esok terpinga

Semalam makan
Ini hari kenyang
Dan esok buang

Monday, August 23, 2010

Makan

Kalau semua orang nak muat naik gambar makanan mengapa aku tidak? Aku tidak mahu ketinggalan. Aku juga seperti kamu. Manusia punya keinginan.

1. Ayam kampung masak lemak cili padi
2. Sambal Daun Kayu
3. Jantung pisang rebus
4. Ikan cencaru bakar
5. Sambal tempoyak

tambahan: sedikit nasi, kicap manis dan pinggan.

Itu adalah ramuan. Satu juadah lengkap sepanjang zaman. Selamat menjamu selera. Anyway, tang lomak cili padi ngan samba daun kayu tu paham2 la mano datang eh.

Sunday, August 15, 2010

Gua Tau Gua Siapa Beb!

Beb,
gua tau gua siapa!

Gua tak layak bercinta! Gua cakap lu, gua tau cinta sekarang bukan free. Sembanglah cinta tak mengenal harta, pangkat dan rupa. Gua assume lu salah. Freakin' damn wrong honey.

So, takpayah nak ajar gua erti cinta dicintai.

Nak keep in touch all the time? Lu bosan nanti, lu blame gua. Dah tau gua kayu, ayat tak power lepas tu blame gua bosan. Siapa suruh layan?

Memang gua salah sebab cari lu dulu. Macam sial la gua rasa. Tipu kalau gua cakap gua tak bersalah kalau gua tak kesian tengok lu sunyi. Tapi time gua sunyi, ada lu datang tolong?

Susah senang serius gua hadap sendiri.

Gua memang bukan secara genetik golongan yang minat mengadu. Bukan gua taknak susahkan orang. Gua memang tak boleh nak mengadu. Gua memang loser beb. Total loser! Bukan Total 90 Rooney pakai buat training.

Kalau lu nak tau kenapa gua sangat kayu, meh sini gua bagitau.

Gua miskin beb. Miskin harta. Miskin rupa. Miskin dunia. Akhirat? Biar Dia yang decide.

Miskin gua, gua tak apply jadi penerima zakat. Gua nak kerja, this fucking instituition tak bagi. Kalau gua break the rule, nyawa abah gua yang melayang sebab heart attack. Sakit-sakit orang tua tu, dia yang bagi gua elaun bulan-bulan. Kredit gua baik gua guna tanya khabar dia. Memang lu bukan orang pertama dapat mesej dari kredit first gua lepas top up.

Gua tau lu, budak U. Gua bukan budak U/kolej. Gua takkan dapat degree takpun diploma macam lu. Gua total loser. Bak kata haiwan yang menuhankan degree dengan diploma. Pergi mampus la!

Lagi satu, gua bukan Tuhan. Gua tak boleh ada dekat banyak tempat dalam satu masa. Mata gua limited on certain angle. Telinga gua pun limited acces macam internet yang tengah lembab ni.

Lu nak blame gua pasal tak tanya khabar bagai, suka hati lu. Gua dah cakap gua takkan tanya selalu sebab gua tau lu busy, lu pun kena tau gua ada dunia sendiri.

Gua yakin takada orang yang faham situasi gua. Gua sendiri panggil gua sendiri 'pelik'.

Gua bukan tak hargai peluang-peluang yang lu bagi. Ruang dan masa jadi halangan lu tau tak? Kalau ada kerja dekat dunia ni sebagai pencinta, tiap-tiap bulan dapat gaji jangan ingat gua tak layan. Dan gua tak harapkan sesen pun dari lu. Lu ingat gua tak kira berapa banyak pelaburan lu? Gua belajar math beb! Add math gua lulus time SPM dulu. Gua bukan bodoh.

Kalau lu nak tau apa yang gua nak, gua mintak lu sabar sikit. Tak lama. Lu jangan la nak tuduh gua main-main, kalau gua main-main lu takkan gua layan since the first break. Never.

Tapi sekarang, lu boleh carry on. Nak buat apa lu cash and carry on. Biar gua kat sini. Gua tunggu. Gua memang tunggu.

Tuesday, August 10, 2010

Kawal Diri

Acap kali Ramadhan, yang Islam berpuasa. Asalkan Islam puasa itu rukun. Setahun hanya ada satu Ramadhan dan satu Ramadhan berjulatkan 29-30 hari. Ikut kuasa Raja-raja nak letak bila dengan nasihat pakar berbayar.

Makan takboleh, minum takboleh. Kalau nampak matahari, makan dan minum dilarang. Namun semua tahu, puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga. Puasa itu puasa.

Kalau dulu habis Ramadhan hipokrisi berakhir kini aku pasti, benam sahaja matahari yang disembah penganut Shinto; tranformasi terjadi. Hanya siang yang ditahan. Malam menjadi setan terlepas kurungan. Benar? Tidak benar? Sendiri punya akal, sendiri fikir.

Ramadhan dan Aidilfitri kembar tak serasi. Lahir mereka selang sebulan namun ramai yang beribadah untuk Aidilfitri.

Sesiapa boleh jadi munafik. Sesiapa boleh jadi fasik. Sesiapa boleh jadi wali. Dengan Ramadhan.

Selamat  Mengawal Diri!