Saturday, January 29, 2011

Syaitan Dalam

Dalam tubuh ini ada syaitan.
Entiti jahat yang disangka serupa dengan lambang persatuan bola sepak
bagi aku lambang itu bukan syaitan
sangat bodoh mempercayai itu syaitan tetapi kau percaya apa itu ghaib
apa yang tidak boleh dicapai oleh panca indera itu ghaib

syaitan juga dikatakan akan menyelinap pada setiap sel-sel darah merah
lalu mengalir di seluruh tubuh dan bertindak jahat

aku rasakan seperti darah-darah yang mengalir satu hari nanti akan memancut
jauh lebih meriah daripada pancutan menyambung zuriat

darah yang membawa syaitan ini akan terpalit di bumi.
darah yang membawa syaitan ini akan mengosongkan jiwa ini


aku sendiri tidak tahan dengan darah yang mengalir ini

Sunday, January 23, 2011

Mengagumi Kebesaran


Di atas adalah hasil Kedai Foto oleh nama yang tertera di dalam gambar. Sila add beliau di laman sosial yang diura-ura akan ditutup pada 15 Mac 2011. Sila takut.

Perjalanan sangat jauh. Lokasi menembak juga sangat susah untuk didekati. Hasilnya, Kedai Foto yang menjadi pilihan.

Aku dalam beberapa ketika, aku akan memuat naik hasil manipulasi aku di kala waktu senggang.

Wednesday, January 19, 2011

Jalang

Jalang ini bukan untuk sesiapa.
Bukan kau, bukan dia.

Bukan siapa-siapa

Saturday, January 8, 2011

Hai

Hai siapa nama?

Ada nama?

Lain orang lain nama. Nama yang tertulis memang rata-rata banyak yang sama

Namun ada lagi yang berbeda.

 Rakyat ada nama.

Ada nama yang perlu dijaga

Ada nama yang perlu digah

Ada nama yang hanya sekadar nama.

Tiada nama juga sebuah nama.

Wednesday, January 5, 2011

Gila Kedai Foto

Sekarang ni aku tengah obses dengan Kedai Foto.
Yang mana aku boleh manipulasi foto dengan cemerlang.
Cuba lihat kepala aku
Ganas bukan?
Hasil Kedai Foto.

Menggiankan jika hasilnya seperti betul-betul
Aku sendiri yang teruja bagai gila