Panas Malaysia ni..ada reason kenapa Man U boleh lepas 2 gol masa first match dengan Malaysia. Panas kot. Di Manchester suhunya tidak mencecah 21' C..
Suhu dunia makin meningkat dan alasan untuk berbaju singkat adalah tidak masuk akal.
Apakah Pemanasan Global?
Pemanasan Gobal= peningkatan suhu purata udara dan permukaan laut dan dijangka terus meningkat. Bukan sekitar Damansara atau sekitar Felda Tenggaroh tetapi seluruh DUNIA.
Apakah sebab-sebabnya PEMANASAN GLOBAL ni?
Mengikut Panel Perubahan Iklim Antarabangsa (IPCC), dilaporkan bahawa Kesan Rumah Hijau yang disebabkan oleh manusia melalui aktiviti pembakaran secara terbuka, pembalakan haram, serta pelepasan asap dari kenderaan menjadi penyumbang terbesar kepada Pemanasan gobal.
Sampah jangan dibakar! Hutan jangan ditogel!
Dah puas kempen sana-sini tapi SAMPAH!
Bumi makin tenat hujan dengan panas dahtakpayah nak ikut angin monsun ke angin sumatera ke. Bukit Fraser pun dahtak sesejuk dulu. Felda aku dulu pun 9 pagi sejuk macam 6 pagi di KL ni. Sekarang, cahaya matahari tidak lagi ditapis dengan baik oleh Tan Sri Ozon. Dah tua bumi ni.
Jadi apakah langkah yang wajar kita lakukan?
- Gunakan kertas yang dikitar semula.Kita boleh kurangkan 2kg karbon dioksida dengan setiap berkas kertas kitar semula
- Sentiasa semak kandungan angin pada tayar kenderaan anda. 113.4kg karbon dioksida telah tersingkir. Jimat petrol sekali!
- Untuk pengguna pemanas air elektrik. Sentiasalah periksa termostat anda agar tidak melebihi 50' C. 250kg karbon dioksida tidak akan terlepas ke atmosfera. Diingatkan juga untuk tidak mandi terlalu lama kerana 2/3 dari bil air adalah melalui mandi. 160kg karbon dioksida tidak dilepaskan.
- Tanam pokok. Rugikah kita menanam pokok? Untuk meneruskan hidup pokok memerlikan karbon dioksida,cahaya matahari dan klorofil untuk proses fotosintesis. Kemudian melepaskan OKSIGEN. RUGI atau TIDAK?
- Kurangkan makan daging? Bukan diskriminasi agama atau sayang akan binatang tetapi di Amerika, pemakan daging menyumbang kepada 1.5 tan karbon dioksida berbanding vegan. Boleh hidupkan? bukan singkir terus daging tetapi kurangkan.
- Belilah makanan organik kerana bahan kimia yang digunakan oleh agrikultur moden mencemarkan sumber air dan memerlukan tenaga untuk memulihkannya.
- BYOB. bring your own bag. pergi beli-belah janganlah harapkan cashier nak bagi plastik.Lagi bagus kalau buat beg dari kain-kain yang dahlama/takpakai. dahtakpayah nak pening kepala mana nak buang plastik banyak-banyak ni.
- Amalkan berkongsi kenderaan. Buanglah persepsi aku-aku,kau-kau. Dah basi. Satu rumah satu kereta amat dialu-alukan. Jika ramai belilah MPV. Jika sederhana, kenderaan konvensional sudah memadai.Dan bila ramai manusia yang berkongsi maka kuranglah kesesakan lalu lintas dan alasan lambat kerana 'jam', stress akibat 'jam' tidak lagi relevan.
- Jangan biarkan enjin anda hidup ketika berhenti sementara (idle). Ianya hanya membazir petrol,wang dan menenatkan lagi pencemaran. Kecuali ketika 'jam' (kerana manusia memang degil) matikan enjin dan tunggu 30 saat baru hidupkan kembali jika anda berhenti sekejap.
- Jauhi rokok. Kadar penafasan perokok lebih laju daripada bukan perokok. Justeru melepaskan lebih karbon dioksida. Tambahan gas-gas merbahaya yang dilepaskan ketika merokok. Tidak merokok mendatangkan kesan HIDUP LEBIH SIHAT dan ALAM SEKITAR LEBIH SELAMAT.
4 comments:
Panas2 nie..adalah sesuatu yg bodoh bila berpakaian kot bertali leher ditengah hari..wakakaka
tali leher simbol kebodohan manusia menjerut diri sendiri.
sikap masyarakat sekarang suka membuang sampah merata rata dan merokok.. bila rasanya sikap itu boleh berubah..
>naqiubex; perjalanan seribu langkah bermula dgn langkah pertama...kalau nak ubah dunia..ubahlah diri dulu=)
Post a Comment