Sunday, February 27, 2011

Pandangan Kasar Di Bukit Bintang

Semalam dengan selamba aku ke Bukit Bintang walaupun aku tahu aku ni mangkuk hayun dari Felda yang tak layak berkawan dengan kawan-kawan High Class dari bandar metropolitan mahupun dari Bandar Sri Begawan.

Aku bersiar bersama dua lagi sahabat dan perjalanan amat tenang kerana kami menaiki motorsikal.

Sedari sampai Jalan Imbi untuk destinasi pertama yakni Plaza LowYat. Aku menyedari kami bertiga mengenakan tiga fesyen berlainan. Aku dengan pemakaian hardcore wannabe, t-shirt tak berapa nak labuh, seluar pendek kargo celoreng askar, new balance dan topi besbol dari jalan petaling. Seorang lagi berbusana ala abang-abang yang mana beliau memakai sniker nike, berkemeja t polo berbelang-belang. Maka yang akhir menyarung seluar pendek jeans yang separa ketat, macam hipster gitu. ehehe.

Itu bagaimana kontras fesyen tidak menafikan kami untuk berkawan.

yang agak kasar di mata aku apabila ramai adik-adik yang berfesyen serupa berjalan seiringan, duduk sekumpulan dan membualkan perkara yang sama. Ah. itu dunia tanpa warna.

belum lagi kisah anak perempuan tengah lepak dengan kawan-kawan emo getik jumpa mak cik jiran. agak malu di situ. namun aku tak tahu apa perasaan beliau.

ada juga terdengar sayup, 'weh, jomlah balik! mak aku dah panggil'

sudahlah dengan pandangan kasar di bukit bintang. aku cuma mahu menguatkan semangat berkawan bukan hanya atas nama persamaan atau ekualiti. berkawan kerana perbezaan adalah jauh lagi menyeronokkan.

dan tidak dinafikan, akan ada yang menuduh menjadi talam bermuka-muka kerana berkawan dengan semua segi

 bukan ko je boleh letak gambar sendiri. aku pun nak!

Saturday, February 26, 2011

Pengumuman!

penjualan kemeja t akan bermula dalam beberapa ketika.
sudah ada muka surat digital untuk dijadikan katalog


jika anda klik pautan, maka kalian akan berjumpa dengan satu muka yang katanya masih dalam selanggara

tidak apa. ada masa ada nyawa ada ruang. akan siap

ini logo tidak berdaftar. jika ada keparat mahu menganiaya, silakan.

Thursday, February 24, 2011

Delusi

hari ini aku berdelusi.
mata terbuka kusedar diri ini berada dalam kamar yang mewah
cadarnya sutera
bertiangkan emas dan perak
disanggul berlian

langit tidak berwarna biru muda
tidak hangat tidak beku
kelam, inginku terus lena

siapa mahu matahari bangkit memancar?
di mana segala gerak kerja akan bermula

mengapa tidak terus bermimpi?
agar semuanya pasti gembira

aku tidak memijak bumi ini sendirian
pasti ada yang dengki
hanya aku yang tidak perlu ke mana-mana

tetap.

Tuesday, February 22, 2011

bersatu dengan muzik

dari perancis, ke israel, ke afrika



aku yakin bukan aku seorang yang jatuh cinta dengan gadis israel itu

Monday, February 21, 2011

Tinggi

Bila rasa tinggi, mesti ada perasaan nak terjatuh
Mudah
Ramai mahu rasa tinggi, ramai juga tidak mahu jatuh
maka
akan ada yang sedaya upaya usaha untuk tidak jatuh
kerana
Lagi tinggi lagi sakit jatuhnya
lantas
yang di bawah akan terus dipijak
agar
yang sedang enak merasa tinggi terus merasa tinggi

Thursday, February 17, 2011

Buang

Di djaman ini buang bukan lagi bermakna menghentikan penggunaan
Di djaman ini apa saja boleh dibuang
Di djaman ini ada guna juga dibuang

Rasa terbuang
Rasa membuang

Bukan najis
Bukan sampah

Apa saja boleh dikitar semula
Apa saja boleh diguna semula

Saturday, February 12, 2011

Menjual Kemeja T

yang mana satu rasanya molek untuk dicetak lantas menyarung tubuh kita?
harga mungkin dicanang kemudian
untuk bahagian belakang juga akan ada kemas kini
dirancang hanya akan diletak dua perkataan di bahagian atas
juga dipersilakan untuk menambah rekaan.

kemas kini! Sehelai mungkin dijual dalam RM25. 

Saturday, February 5, 2011

Berdiri Untuk Mesir

Mesir,
Namamu berkait dengan Firaun, Piramid dan Arab

Namun itu bukan satu alasan untuk terus hidup di bawah telunjuk diktator
Diktator yang kelihatan seperti satu boneka
Boleh jadi juga sebuah boneka yang tuannya berada jauh di barat

Hari ini rakyat-rakyat sudah berdiri.
Tidak lagi duduk dan tunduk
kepada penguasa yang hanya tahu menunjuk

revolusi, revolusi
satu ketakutan untuk rakyat kita
namun bukan untuk mesir.

bukan kerana agama, bukan kerana warna kulit
hak asasi menjadi perjuangan

saat ini aku berdiri untuk mesir
mengharapkan penghormatan aku untuk kalian di sana
terbang di bawa angin dan terus menumbangkan;
entiti firaun millennium