Sunday, February 27, 2011

Pandangan Kasar Di Bukit Bintang

Semalam dengan selamba aku ke Bukit Bintang walaupun aku tahu aku ni mangkuk hayun dari Felda yang tak layak berkawan dengan kawan-kawan High Class dari bandar metropolitan mahupun dari Bandar Sri Begawan.

Aku bersiar bersama dua lagi sahabat dan perjalanan amat tenang kerana kami menaiki motorsikal.

Sedari sampai Jalan Imbi untuk destinasi pertama yakni Plaza LowYat. Aku menyedari kami bertiga mengenakan tiga fesyen berlainan. Aku dengan pemakaian hardcore wannabe, t-shirt tak berapa nak labuh, seluar pendek kargo celoreng askar, new balance dan topi besbol dari jalan petaling. Seorang lagi berbusana ala abang-abang yang mana beliau memakai sniker nike, berkemeja t polo berbelang-belang. Maka yang akhir menyarung seluar pendek jeans yang separa ketat, macam hipster gitu. ehehe.

Itu bagaimana kontras fesyen tidak menafikan kami untuk berkawan.

yang agak kasar di mata aku apabila ramai adik-adik yang berfesyen serupa berjalan seiringan, duduk sekumpulan dan membualkan perkara yang sama. Ah. itu dunia tanpa warna.

belum lagi kisah anak perempuan tengah lepak dengan kawan-kawan emo getik jumpa mak cik jiran. agak malu di situ. namun aku tak tahu apa perasaan beliau.

ada juga terdengar sayup, 'weh, jomlah balik! mak aku dah panggil'

sudahlah dengan pandangan kasar di bukit bintang. aku cuma mahu menguatkan semangat berkawan bukan hanya atas nama persamaan atau ekualiti. berkawan kerana perbezaan adalah jauh lagi menyeronokkan.

dan tidak dinafikan, akan ada yang menuduh menjadi talam bermuka-muka kerana berkawan dengan semua segi

 bukan ko je boleh letak gambar sendiri. aku pun nak!

3 comments:

Anonymous said...

aku macam penah cakap he 'mak aku da panggil' tu.
tapi dulu lah. dah lama dah. hihi.

syahid said...

aku pun bukan sayup sangat dengar. dengar suara je. kawan aku yang terjemah. ehehe

Rain said...

hai..

i like ur style.. seni dlm tulisan

hakikatnya la kan, bila geng gurls yg sekepala kumpul, mmg akan automatik jd gedik n galak bcerita.. kalu gelak siyess mmg xingat apa dh wpn mak pgl balik