Sunday, November 29, 2009

Kerana Sehelai Kertas

Kerana sehelai kertas manusia bangun, bekerja dan tidur
Kerana sehelai kertas manusia ke sekolah
Kerana sehelai kertas manusia hilang kemanusiaan
Kerana sehelai kertas negara menjadi huru-hara
Kerana sehelai kertas si anak merengek
Kerana sehelai kertas si bapa menjadi hamba
Kerana sehelai kertas si ibu menggadai maruah
Kerana sehelai kertas manusia menjadi bangga
Kerana sehelai kertas manusia berbalah
Kerana sehelai kertas manusia meludah auta
Kerana sehelai kertas manusia berusaha
Kerana sehelai kertas tiada kehidupan
Kerana sehelai kertas bumi panas
Kerana sehelai kertas hutan ditebang
Kerana sehelai kertas haiwan menjadi buruan
Kerana sehelai kertas air menjadi dagangan
Kerana sehelai kertas manusia berlapar
Kerana sehelai kertas  manusia kenyang
Kerana sehelai kertas perjanjian termaterai
Kerana sehelai kertas janji dimungkiri
Kerana sehelai kertas hutang bermula
Kerana sehelai kertas sukan menjadi pertaruhan
Kerana sehelai kertas kawan jadi lawan
Kerana sehelai kertas agama di belakang
Kerana sehelai kertas ilmu diniaga
Kerana sehelai kertas hidup terpaksa
Kerana sehelai kertas fitnah bertaburan
Kerana sehelai kertas pemimpin menipu
Kerana sehelai kertas manusia berkarya
Kerana sehelai kertas seni diolah
Kerana sehelai kertas bencana menimpa
Kerana sehelai kertas manusia gembira
Kerana sehelai kertas manusia derita
Kerana sehelai kertas perang tercetus
Kerana sehelai kertas cinta berputik
Kerana sehelai kertas tercipta cita-cita
Kerana sehelai kertas manusia merancang
Kerana sehelai kertas manusia terkandas

Dan banyak lagi perkara yang telah, sedang dan akan berlaku dek kerana sehelai kertas yang digelar wang, duit, pitih, ongkos, ketul

Fikir-fikirlah perlakuan kita yang dipengaruhi oleh sehelai kertas yang dicipta manusia yang akhirnya menjadi simbol kehidupan bahkan tuhan kepada manusia.

7 comments:

Basuh Baju said...

bagi aku sehelai kertas tu tak salah.

even ada juga kebaikan yang dibawa oleh sehelai kertas tu..

yg jadi masalah ialah manusia itu sendiri.

bagi aku la..

syahid said...

sehelai kertas boleh buat macam-macam yang positif ke negatif,
pokoknya deh(versi upik laura) manusia yang berfikir..

bangunberdiri said...

bagi pulak yang salah sistem.
sistem yang selama nih menjadikan kertas itu seperti tuhan, perlu di sembah dan di ibadahkan supaya nilai kertas itu bertambah...

Ikanbilis said...

sekeping kertas bermaruah

Anonymous said...

sebab kertas itulah Tuhan hilang nilai.

fak manusia.hahaha

suraya said...

kerana sehelai kertas segala bencana bumi berlaku

Unknown said...

kerana sehelai kertas manusia jadi hipokrit!aduyai...kerana sehelai kertas jugalah manusia tahu bercakap tapi tak tahu beramal dgn kata-kata atau buah fikirannya.Apa boleh buat,mmg dari kecil kita diasuh dgn sehelai kertas...