Sekitar 2004-2005, suara Serj Tankian, petikan gitar Daron Malakian, dentuman bass Shavo Odadjian serta hentaman dram John Dolmayan menjadi kegilaan anak-anak muda di seluruh dunia. Band atau kugiran yang ditubuhkan oleh Serj dan Daron bermula pada tahun 1992.
Pada musim panas 1998, SOAD melancarkan album debut mereka iaitu System Of A Down, dengan single 'Sugars' dan diikuti 'Spiders' dan bermulalah kisah penjelajahan mereka.
Tahun 2001,album 'Toxicity' menjadi pertaruhan mereka dan mereka berjaya menjual 12 juta unit, sehingga kini aku boleh nyanyikan lagu Toxicity dan Chop Suey!
2004-2006 menyaksikan, album berkembar Mezmerize dan Hypnotize menjengah pasaran dan menusuk telinga dengan mesej-mesej yang lebih berkemanusiaan. Bring Your Own Bomb (B.Y.O.B) tampil sebagai single pertama yang lebih kepada anti perang.
"Why do they always send the poor?" beserta bait "Why don't the presidents fight the war?" cukup membawa sentimen anti perang.
Namun seluruh dunia membenci Yahudi kerana pecerobohan mereka terhadap Palestin. Siapa sahaja Yahudi di dunia ini akan diboikot termasuklah SOAD. Tiada siapa yang mengerti mesej yang disampaikan.
Tiada siapa sedar akan kekejaman porno yang dijelaskan dalam 'Violent Pornography'. Tiada siapa tersentak dengan kehidupan high-class yang semakin dikejar oleh manusia sekarang dalam 'Lost In Hollywood'.
Itu baru Mezmerize. Belum lagi sang Hypnotize mempersoalkan kisah-kisah diktator yang menafikan hak-hak manusia.
"we didn't live in the fascist nation'"
Cuba kita fikir jika tiada perbezaan bangsa, jurang kelas lenyap walau seinci apakah wujud perang? Manusia mungkin berbalah kerana Liverpool dan Manchester United. Wujudnya bangsa menyemarakkan diskriminasi.
Jika ianya konflik agama atau perbalahan Islam dan Yahudi, mana jutawan-jutawan Arab Islam yang sepatutnya membantu saudara di Palestin? Ketua Negara Islam pun tutup sempadan halang saudara seagama.
Aku kutuk sangat-sangat mana-mana pihak yang makan hak orang lain.
Masih lagi obses akan bangsa?
2 comments:
iyalah...di mana-mana pun banyak sekali orang yg makan hak orang lain.kadang2 tanpa sedar pula.lagi teruk kalau sudah termakan daging saudaranya sendiri.bukan sekali,berkali-kali..aduhai..
semua org kena taubat ni..astagfirullah...huhu
imbuhan 'ter' x sesuai iqbal..
bukan takat termakan.
tergamak makan tu pun dah bersepah
Post a Comment