Thursday, December 24, 2009

Ada Apa DenganTahun Baru?

Acapkali tahun baru ramai manusia akan bergembira. Khabarnya, dengan tahun baru kali ini bolehlah berubah ke arah yang lebih baik. Tidak kurang juga yang nekad untuk melakukan kerosakan atas nama dendam dan pelbagai alasan.

Tahun baru adalah hari yang kembali setelah 365 atau 366 hari melalui kehidupan atas nama setahun.1 Januari. Setiap kali tahun baru, hanya tahun yang berubah. 2008 menjadi 2009 dan 2009 menjadi 2010. Bukti perubahan jelas dapat dilihat pada buku sekolah yang mana tarikh mesti diletakkan di setiap tugasan yang diberi. Misalannya, pada tahun 2009 Ali belajar dalam tingkatan tiga dan pada buku latihan sekolahnya dia akan menulis 3 April 2009 dan pada tahun 2010 semasa Ali di tingkatan 4, angka 2009 akan diubah menjadi 2010.

Tiada apa lagi yang membezakan tahun lama dengan tahun baru. Hanya angka. Ruang dan masa tetap bergerak walaupun sistem kalendar tidak diwujudkan. Tahun baru dicanang-canangkan sebagai hari untuk bergembira. Persoalannya di sini mengapa tahun baru? Bukan setiap hari? Bukan setiap detik?

Saban tahun para ibu bapa letih memikirkan bagaimana permulaaan sekolah bagi anak-anak mereka. Bagi yang berpoket penuh dengan kertas yang disembah bolehlah memandang beban sekolah bagi anak-anak seringan kekabu. Namun yang bekerja siang malam tapi pendapatannya hanya secukup makan? Di situ mulalah berhutang, bergadai, berlapar, dan sebagainya. Uniform sekolah anak-anak sememangnya beban. Bila difikir-fikir balik, jika kita berbogel sekalipun kita akan belajar benda baru. Kemeja putih yang perlu digosok agar nampak rata, seluar yang seakan-akan pedang tajamnya sememangnya tidak masuk akal. Alasannya, biar nampak kemas,bersih teratur, berketrampilan, nampak pandai dan setaraf dengan pelajar-pelajar yang lain. Kalau ada yang pakai Canggih dengan Cap Kuda apa cerita? Bermulalah perbezaan taraf atas nama jenama. Logiklah jika anak-anak berpakaian biasa, mungkin Nike, Prada dan bersekutu yang dilihat. Alahai manusia, ianya hanya baju. Kain yang melitupi badan mengelak dari kesejukan. Apakah bezanya si bijak yang berbaju compang-camping dengan si bodoh yang menang pada gaya? Belum kasut hitam, putih, krim, hijau dan seangkatan. Semuanya sudah menjadi kewajiban ibu bapa. Selipar jepun sepasang seringgit tidak wajarkah? Jika bebas mengalas kaki dengan pelbagai cara wujudkah masalah? Kasut sekolah hanya mengajar kita bau busuk stokin. 

Penangan tahun baru bermula dengan persekolahan. Yang miskin makin miskin pada tahun baru. Mujurlah jika ada bantuan dari kerajaan. Kalau ada bantuan sekalipun, kertas-kertas yang diperoleh dari keringat ini akhirnya masuk ke poket pihak yang tidak sepatutnya. Keseragaman membataskan kreativiti. Semuanya sama dari zahir. Jika ke sekolah dengan pakaian yang berwarna-warni tidakkah itu kelihatan lebih ceria. Keseragaman juga membezakan. Yang ahli korporat mestilah bertali leher, yang jual daging mesti berapron plastik. Yang setia berdiri di pintu-pintu pusat membeli-belah, mempromosikan barang-barang baru juga bertali leher. Bertali leher dalam cuaca panas lembab? 

Malam ambang tahun baru, anak-anak muda mula berpesta. Selamat tinggal tahun lama menjadi slogan. Pada malam yang sama setelah pertunjukkan bunga api berakhir, terbitlah para pekerja kebersihan memerah keringat. Cawan kertas, botol kaca, tin, dan banyak lagi kekotoran perayaan tahun baru perlu dibersihkan atau anak-anak di rumah malah diri sendiri tidak akan mampu untuk menjamah nasi. Tahun baru inilah, watikah itu dan amanat ini disampaikan. Namun pepatah Inggeris 'action speaks louder than word' amat terbukti kebenarannya. 

Tahun baru, bermulalah satu episod baru dari sudut mitos dan lagenda. Azam baru? Azam akan tinggal azam. Semuanya kerana kertas yang disembah dan manusia menjadi leka, tunduk, tamak, zalim, megah, menindas, mencuri, melacur, kejam, membunuh dan BERPOLITIK. 

3 comments:

Anonymous said...

hidup tetap diteruskan..selamat merayakan hidup..

Cob Nobbler said...

Masih ramai lagi anak muda dan orang ramai yang beriktikaf di 'temple-temple' para penyembah kertas..setiap kali tiba tahun baru,para penyembah akan mengunjungi 'temple-temple' ini sebagai tanda bersyukur terhadap kertas yang maha berkuasa.

Sama ada di KLCC,di Pavilion atau di Mid Valley,mereka terus menyembah - dan para-para imam besar penyembah kertas turut tersenyum melihat warganya beriman kepada kertas yang maha berkuasa.

syahid said...

salam keraian!!