Sunday, January 10, 2010

10 Januari 2010. Media, Dasar dan Kita

10012010 atau lebih singkat 100110. Nombor yang dicipta dan kadangkala mengelirukan sebangsa manusia.
Sepanjang sepuluh hari berkhalwat, tiada apa yang menggegarkan rusuk selain isu pemisahan skuad bola sepak Malaysia, isu kalimah Allah, isu harga gula naik, isu itu isu ini.

Kita dipenuhi dengan isu hanya dengan kewujudan media iaitu medium atau pengantara. Tanpa media kita tidak tahu apa yang terjadi di seberang laut, di kampung sebelah mahupun apa-apa berita dari Caracas. Dengan media kita kagum, dengan media kita hairan, dengan media kita tahu, dengan media kita tertipu, dengan media kita memberitahu.

Namun, media hanya menyampaikan kepada kita dan kurang 1% yang menyampaikan dari kita. Dasar itu puncak ini semuanya kita akan ikut dan khabarnya untuk kebaikan rakyat jua. Baiklah dengan harga gula naik, harga itu naik, cukai itu cukai ini. Baiklah sangat. Mereka yang menggubal dasar juga menggelar diri sebagai rakyat dan dasar yang mereka dasarkan hanyalah untuk mendangkalkan minda dan meninggikan bukit kertas suci mereka.

Bagaimana dengan rakyat yang tidak berkuasa untuk mengubah dasar? Hanya mampu tunduk dan memberi hasil penat lelah mereka kepada mereka yang membuat dasar. Jika tidak bayar, akan mati tidak makan, akan dipenjara, dirampas itu dimbil ini dan merana anak bini.

Tatkala musim mengundi menjelang, perayaan poster diraikan. Hamba-hamba sistem mula dipancing dengan beras sekampit, gula 2 kilo, minyak 1 kilo dan apa-apa yang dikatakan kebahagiaan jangka pendek. Penggali dasar yang mulanya mencekik rakyat mula menjadi lemah memancing undi. Kempen menjadi bazaar kain yang mana harga kain di kedai bersebelahan semakin diturunkan. Barulah ada orang akan beli.

Sekali lagi media menjadi peranan. Dalam tidak sedar, calon-calon yang kita undi adalah media rakyat untuk bersuara. Namun media ini akan hilang bersembunyi apabila menang bertanding. Mungkin mereka ke sawah kerana stok beras sudah habis diberi kepada rakyat. Dalam diam-diam, kampung ini akan diroboh, dan kampung itu akan dibinasakan atas lesen pembangunan. Bergunakah media dasar ini?

2 comments:

bangunberdiri said...

media sebagai perwakilan kepada rakyat sebenarnya hanyalah satu ilusi, hakikatnya media sama ada perwakilan atau pengantara diwujudkan untuk mengolah persetujuan rakyat supaya terus patuh dan tunduk terhadap kuasa pemerintah.

Unknown said...

nice post...bak kata STONE,kalau taknak jd 'bodoh',banyak2 la baca Quran sbb nanti secara automatik akan dtg hikmah yg membolehkan kita tahu berita itu benar atau palsu