Tuesday, June 22, 2010

Seluar Ketat

Kejadah apa itu seluar ketat? Aku bosan. Aku anti seluar ketat sebab aku tak boleh nak pakai. Pernah attempt tapi tak boleh. Baju ketat pun aku tak layan sangat sebab aku tak ada aset macam Carmen Elektra. Even tu bukan aset original beliau tapi aku tak mengharapkan aset macam dia then aku boleh pakai baju ketat? That's so not me.

Kembali ke tajuk asal, seluar ketat. Kenapa kalau pergi interview, mesti panel tu demand seluar licin, potongan lurus, atau separa lobak atau sewaktu dengannya? Sedangkan seluar hanya untuk menutup bahagian yang tidak perlu ditayang seperti organ pembiakkan dan salur nyahtinjaan? Kalau menyentuh isu aurat atau maruah. Pakai kain pelikat oh kain pelikat pun boleh kan kan kan?

Wah. Gua dah macam kanak-kanak sebab 4 bulan bersemadi dekat arena anak-anak yang konon muda tapi kaki still berpijak atas tanah.

Tipu la brader kalau aku cakap aku pergi interview pakai kain pelikat or camouflage short pant yang aku baru beli dekat Time Square sambil berkasut New Balance GM500 sebab aku nak pose hardcore. Tak hardcore pun kalau setakat dressing as them but didn't act like one. Aku pergi interview according to protocol like others sebab human made it that way. Not once but TWICE.

Kalau aku pergi interview macam ni hari tu, memang aku tak pegang komputer sampai sekarang bro.

Persoalan dekat sini, kenapa manusia wujudkan etika berpakaian? Nak pergi makan ada pakaian makan. Nak pergi sukan ada pakaian sukan. Ok, the latter is fine. Masalah etika pakaian, kadang-kala atau boleh jadi selalu mencabul hak tubuh manusia yang peka akan suhu dan jisim. Nak contoh?

Contoh ni dah bersepah tapi aku nak tekankan sebab langsung tak best. Tali leher.

Why must you choke yourself before getting a job? Jawapan akan jadi sangat mudah. Demand from the employers. Rantaian soalan bergerak.

Why the employers ask their employee to do so? Answer would be, 'we have client, and we must provide them good impression to them so we can make a new money generating deal'. Aiyakk. Apakah ini semua salah diriku? Sedangkan aku, cuma watak dalam kehidupan.

Itu belum kisah pakai baju sebab nak nampak kaya sedangkan orang kaya pakai baju buruk bersepah. Smart dress won't guarantee a smart thinking.

Kes masuk baju dalam seluar lagi best. (Aku pergi kelas baju masuk dalam gak, takkan nak rebel? Rebel biar bertempat bro) Then you won't seem like a punk. Fuck you asslickers! A true punk thinks beyond what a so called professor can. Serius kang, aku bisa gila masukin baju dalam celanaku. Terasa seperti tisu tandas tersepit di celah juburan. Tapi, dah demand employer will be. Nak tak nak kena ikut.

Kah kah kah
(ramai-ramai gelakkan aku)

Etika pakaian, etika pakaian. Kalau kau seorang gadis memang aku usha kau. 'Berdiri satu malam' lepas tu aku buat-buat tak kenal. Kasut kulit berkilat, seluar side tajam macam lidah buaya, baju butang dari bawah ke leher, kolar pun nak edged sampai berdaki-daki. Hampeh.

Nama minah ni 'Etika Pakaian'. Aku main rembat je dekat google. Kih kih kih

Saturday, June 19, 2010

Mana Bapa Aku?


Selamat hari bapa! Hari Ahad kedua dalam bulan Jun adalah hari bapa! Ada sesiapa mahu mengharamkan hari Bapa? Datang dengan bukti, hari bapa ini sama harinya hari menyembah bapa dewa itu dewa ini. Semua akan diharamkan! Najis untuk sekalian. Jika begitu haramkan perkahwinan, haramkan segala perayaan Tuhan.

Aku ada bapa. Aku tiada bapa. Secara jujur, aku tidak tahu aku daripada sperma siapa. Aku cuma tahu dari ovum siapa. Kah Kah Kah. Panggillah aku segalanya. Aku ada telinga. Maka aku akan mendengar.

Siapa bapa aku?! Sila mengaku. Aku akan jadi kaya nanti jangan siapa melutut mengaku aku anak kamu. Di mana kau ketika aku menyeru? Di mana kau ketika ramai rakanku bertanya? Di mana?

Terima kasih dunia, aku berjumpa juga siapa ibu. Selamat kamu wahai bapaku, aku punya abah. Tanpa dia, aku tidak akan ada kudrat untuk menaip teriakan ini. Panggillah aku menyalak. Panggillah aku menguak. Kerana aku yakin satu hari kau yang akan menguak dan menyalak.

Siapa derhaka?

Kau tinggalkan ibu. Kau tinggalkan aku. Aku juga yang dihantar ke sana sini. Aku memang malas mencari kau. Mungkin tidak akan. Kerana aku tahu jika aku tanya siapa kamu pada ibu. Dia akan teringat memori dulu. Dia akan bersedih. Aku digelar derhaka. Namaku bukan Tanggang.

Bagiku, Abdullah itu adalah hamba kepada Tuhan. Bapaku hamba Tuhan. Aku hamba Tuhan. Semua kita hamba Tuhan. Aku anaknya. Anak kepada hamba tetap hamba walaupun bapanya Tuhan.

Aku tidak sekejam kau mungkin. Peluang akan ada dari aku. Datanglah. Kembali. Aku mahu tahu.

Selamat Hari Bapa wahai Abdullah!!

Thursday, June 17, 2010

Selamat Tinggal Rakan Baru

Amat klise jika katakan aku kembali dari semayaman. Aku tidak pernah bersemayam cuma jadi bodoh buat seketika. Mungkin aku masih lagi dungu. Biar apa orang hendak kata, aku akan ambil kira. Sekurang-kurangnya aku dan mereka juga manusia.

Beberapa bulan ini aku berada di dunia lain. Satu dunia yang aku sendiri tidak menjangkakan kewujudannya semasa aku menjangkakan dulu. Perkara yang akan terjadi yang kini telah terjadi. Aku terasa seperti selebriti. Ah. Aku hipokrit kepada diri sendiri. Sehingga kini aku masih mencari apa yang aku mahu. Kehidupan sudah diberi namun untuk apa kehidupan itu?

Di dunia lagi satu, aku mendapat ramai kawan. Kawan baru. Namun bukan semua tahu menghargai. Mereka menggambarkan satu perkataan yang membuat aku sangat malu. Mereka mewakili perkataan yang mungkin aku tidak akan sebut.

Kadang kala aku melawat dunia mereka. Dunia mereka kebanyakkannya sama. Jika ada angin, semua akan menjadi angin. Jika disimbah air, maka semuanya akan basah. Aku serba salah menjemput mereka ke dunia aku.

Kata yang lebih mudah. Mereka tidak langsung memberi ruang kepada perbezaan. Kelainan. Bagi mereka, sama itu bagus. Aku kata bagus juga. Mereka bangga jadi homo. Kamu jangan salah anggap. Homo itu sama. Cuma aku mahu kamu berfikir. Apa yang aku cuba sampaikan?

Aku akan berbahasa lebih santai di kemudian hari.

*macam bangang internet ni..gua nak letak gamba boleh lak nak lag...

Friday, June 11, 2010

Sawan Datang Lagi

Sawan datang lagi!
Semua benci semua keji
Semua caci semua maki
Sawan tetap bersama

Sawan datang lagi!
tidak terkawal

Sawan datang lagi!
tiada penawar

Sawan datang lagi!
bandar gelar epilepsi

Sawan datang lagi!
kawan lari
teman lari
kekasih lari
semua lari

Sawan datang lagi!
besabarlah
satu hari akan pergi