Saturday, June 19, 2010

Mana Bapa Aku?


Selamat hari bapa! Hari Ahad kedua dalam bulan Jun adalah hari bapa! Ada sesiapa mahu mengharamkan hari Bapa? Datang dengan bukti, hari bapa ini sama harinya hari menyembah bapa dewa itu dewa ini. Semua akan diharamkan! Najis untuk sekalian. Jika begitu haramkan perkahwinan, haramkan segala perayaan Tuhan.

Aku ada bapa. Aku tiada bapa. Secara jujur, aku tidak tahu aku daripada sperma siapa. Aku cuma tahu dari ovum siapa. Kah Kah Kah. Panggillah aku segalanya. Aku ada telinga. Maka aku akan mendengar.

Siapa bapa aku?! Sila mengaku. Aku akan jadi kaya nanti jangan siapa melutut mengaku aku anak kamu. Di mana kau ketika aku menyeru? Di mana kau ketika ramai rakanku bertanya? Di mana?

Terima kasih dunia, aku berjumpa juga siapa ibu. Selamat kamu wahai bapaku, aku punya abah. Tanpa dia, aku tidak akan ada kudrat untuk menaip teriakan ini. Panggillah aku menyalak. Panggillah aku menguak. Kerana aku yakin satu hari kau yang akan menguak dan menyalak.

Siapa derhaka?

Kau tinggalkan ibu. Kau tinggalkan aku. Aku juga yang dihantar ke sana sini. Aku memang malas mencari kau. Mungkin tidak akan. Kerana aku tahu jika aku tanya siapa kamu pada ibu. Dia akan teringat memori dulu. Dia akan bersedih. Aku digelar derhaka. Namaku bukan Tanggang.

Bagiku, Abdullah itu adalah hamba kepada Tuhan. Bapaku hamba Tuhan. Aku hamba Tuhan. Semua kita hamba Tuhan. Aku anaknya. Anak kepada hamba tetap hamba walaupun bapanya Tuhan.

Aku tidak sekejam kau mungkin. Peluang akan ada dari aku. Datanglah. Kembali. Aku mahu tahu.

Selamat Hari Bapa wahai Abdullah!!

6 comments:

Unknown said...

ko ade kisah hitam ke pasal bapa?
hurmm
aku takde tp 1 of family aku ade
kadang2 aku risau, nnt tibe2 die tnye, "ayah mane?"
=(

syahid said...

nanti klo meeting lagi aku story...weee...tak hitam sangat pun...haha..aku tak kenal je..nanti aku cari kot..

Hunny Maldini said...

:((((

Cob Nobbler said...

I'm sorry to hear that bro..Gua pun tak celebrate father's day dan takkan disambut.Gua tak nak seksa anak gua macam bapak gua buat kat gua.

Baik gua hidup solo macam ni jer..

p/s:bak nombor phone nko,ada masa gua roger rumah lu.

Anonymous said...

hm..aku tak tahu nk ckp apa..im sorry..cheer up la,k..

p.s 27 ni on kan?

squesha said...

sorry to hear that.

ada yang berbapa,tapi macam tiada bapa.

ada yang tiada bapa,tapi macam ada bapa.

=(