Thursday, June 17, 2010

Selamat Tinggal Rakan Baru

Amat klise jika katakan aku kembali dari semayaman. Aku tidak pernah bersemayam cuma jadi bodoh buat seketika. Mungkin aku masih lagi dungu. Biar apa orang hendak kata, aku akan ambil kira. Sekurang-kurangnya aku dan mereka juga manusia.

Beberapa bulan ini aku berada di dunia lain. Satu dunia yang aku sendiri tidak menjangkakan kewujudannya semasa aku menjangkakan dulu. Perkara yang akan terjadi yang kini telah terjadi. Aku terasa seperti selebriti. Ah. Aku hipokrit kepada diri sendiri. Sehingga kini aku masih mencari apa yang aku mahu. Kehidupan sudah diberi namun untuk apa kehidupan itu?

Di dunia lagi satu, aku mendapat ramai kawan. Kawan baru. Namun bukan semua tahu menghargai. Mereka menggambarkan satu perkataan yang membuat aku sangat malu. Mereka mewakili perkataan yang mungkin aku tidak akan sebut.

Kadang kala aku melawat dunia mereka. Dunia mereka kebanyakkannya sama. Jika ada angin, semua akan menjadi angin. Jika disimbah air, maka semuanya akan basah. Aku serba salah menjemput mereka ke dunia aku.

Kata yang lebih mudah. Mereka tidak langsung memberi ruang kepada perbezaan. Kelainan. Bagi mereka, sama itu bagus. Aku kata bagus juga. Mereka bangga jadi homo. Kamu jangan salah anggap. Homo itu sama. Cuma aku mahu kamu berfikir. Apa yang aku cuba sampaikan?

Aku akan berbahasa lebih santai di kemudian hari.

*macam bangang internet ni..gua nak letak gamba boleh lak nak lag...

No comments: