Woi Brenn! (sebut macam Brain, panggil aku dengan nama ni je la) Kau gila kapiaq murtad nak soal pasal Tuhan? Dah kalau takboleh soal, kejadah apa aku nak percaya? Tapi soalan aku bukan pasal kewujudan atau apa-apa bersangkut-paut.
Kadang-kadang aku musykil, kenapa ada Yahudi, Melayu, India, Latin, Cina, Uighur, Arab dan segala macam rumpun bangsa atas dunia ni. Aku percaya manusia dari Adam seperti kebanyakkan kamu. Tapi kenapa sampai berpecah limpah sampai ke situ?
Aku tahu anak Adam dan Hawa itu ramai. Boleh jadi dari situ dah mula macam-macam warna dan fizikal yang wujud. Kalau dah betul satu famili, apa pasal mau gaduh-gaduh rebut ini bumi?
Kalau teori Darwin, kalau betul manusia dari primitif takkan dari satu primitif je manusia dievolusi? Takkan Kaukasia dari lotong, Afrika dari Gorilla, Melayu dari beruk, Yahudi dari siamang dan pelbagai spesis untuk berbilang bangsa atas bumi yang satu ni?
Aku tak yakin syarikat Tuhan macam syarikat buat radio. Lain radio lain harga. Objektif utamanya sama tapi dek kerana penampilan dan fungsi lain harga yang diletakkan. Ikut logik radio memang padan la sebab radio bukan manusia. Kena ikut harga bahan dan kepakaran pakar baru boleh letak harga. Make sense?
Takkan la ramuan nak buat Melayu ni taksama macam nak buat Cina. Kalau dari logam, Melayu dibuat daripada emas, Cina dibuat daripada perak dan sebagainya. Gila tak adil Tuhan macam tu. Lepas tu yang kaum emas ni boleh la suka hati nak pijak-pijak kaum yang rendah lagi nilainya. Brader, betul ke platinum dengan titanium lagi mahal? PWNED!
Adakah satu kesilapan oleh Tuhan? Atau Teori Darwin masih lagi takkukuh?
Secara peribadi, aku anggap memang tak silap. Dia Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang dia buat.
Contoh kapal terbang aku rasa macam bagus je kalau nak kaitkan dengan hal ni. Sebelum kapal terbang tu nak dibenarkan terbang, krew darat; jurutera dengan juruteknik akan pastikan kapal tu sihat untuk terbang "fit-to-fly". Kalau dah yakin dengan segala ilmu yang ada, rujukan yang perlu, barulah jurutera boleh lepaskan ke udara. Bermakna tak boleh buat silap sebab ilmu yang ada tu dah dipraktikkan.
Kalau jurutera tu buat silap, memang jatuh dan macam-macam akibat akan berlaku. Kalau crash gak even dah siasat bukan salah manusia, ini dipanggil 'component failure'. Kapal terbang tu salah. Takpun sebab cuaca. Totally non-human error.
Lebih kurang macam ni la Tuhan. Aku taksamakan Tuhan dengan jurutera ok! Dia Maha Bijaksana. Dia tahu apa yang Dia buat. Kucar-kacir rasis yang wujud ni bukan sebab Tuhan ciptakan bangsa. "Component failure". Bukan salah Tuhan, tapi salah MANUSIA.
4 comments:
bagaimana pula dengan jurucakap2 tuhan di luar sane ye?
gyahahahaahah~
oh ye.. I think the timeline for starting perbezaan warna kulit is since zaman Nabi Hud kut. Yg anak dia Sam [kulit cerah] dgn Ham [kulit gelap..
hellz, jurucakap tu tah kenal ke tak yang dorang panggil "tuhan" tu..
manusia diciptakan berbagai bangsa untuk mereka berkenalan antara satu sama lain, termaktub dalam al-Qur'an. persoalannya, betul ke mereka ni berkenalan, ataupun bermusuhan?
bak kata cikgu sejarah kte kat skolah dulu [ternampak kat BG on 28th Aug tp xsmpt tegur]
"Urut dada, tanyalah minda."
ok,ikan bakar pari air asam melaka dengan ikan singgang tempat nko cerita tu,mana yang nko rasa foul?
kah kah kah - out of topic.
anyway - apapun kepercayaan - creationist or evolutionist,gua percaya satu bangsa manusia adalah yang terbaik untuk manusia.
suke crite ni !!!! lovely................. XD
Post a Comment