Tuesday, September 21, 2010

Bila Ribut Akan Berakhir

Aku duduk termenung,
Leka dengan sekitar
Angin atau wap yang lalu
Tidak dihirau segala deria.

Kulit ini tidak merasa apa
Selain leka.

Minda ini tidak berfikir apa
Selain leka.

Jantung ini tidak berdegup apa
Selain leka.

Lalu ribut kuat datang menghembus
Aku masih leka.

Ketika awalnya sangat bergegar
Aku masih leka.

Tapi kini leka itu berakhir
Duduk jadi baring
Leka jadi peka
Ribut masih di sini.

Ribut itu sedang meniup zalim ke dunia ini
Dunia aku.

Ribut itu aku yang mulakan
Leka jadi ramuan utama
Kini biar aku yang rasa dan menanti
Ribut ini berakhir sendiri.

2 comments:

Eyriqazz said...

puisi buat sendiri ke?kreatif..

P/s;tahniah menang pengomen terbaik..nanti send me the details ya

hamzah ian said...

sajak eyh?? nice