Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Pejam celik Ramadhan mula meninggalkan kita. Pelbagai dugaan telah dihadapi. Lapar,dahaga,perempuan seksi,mencarut,clubbing dan apa-apa lagi yang menduga mencabar. Namun janganlah hanya Ramadhan yang menjadi penghalang untuk melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudarat.

Syawal kembali membuka tirai dan umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba meraikan kemenangan. Menang kerana Ramadhan melabuhkan tirai? Menang kerana selepas ini boleh kembali mencarut,menipu,memfitnah,membazir?

Oh Manusia
Pemikiran yang telah diracuni oleh gelombang pemodenan ini sukar untuk diubati. Sukar mencari vaksinnya. Sukar diubati dengan suntikan anti batuk kering.
Pembaziran menjadi ikutan dan kian parah. Syawal menjadi satu musim untuk seluruh manusia melontar kegembiraan. Tiada masalah bagiku kerna itu hak manusia.
Belum lagi disentuh isu kemalangan yang mengorbankan jiwa. Isu pecah rumah. Isu hutang mungkin akan menjadi satu ombak besar dalam media perdana.

arghhhhh!!!!!!


Salam Aidilfitri dari aku.

1 comment:

Ikanbilis said...

Bro..org raya sehari jer..lepas Semayang raya..ziarah2 sket2..dah...

29 hari seterusnya lawat open house org...kahkahkah