Perjalanan 3 jam dari Pekan Bahau memang menyesakkan nafas. Ya. Memang sekejap jika dibandingkan dari Pekan Arau atau Pekan Baling. Udara segar dihalang oleh penapis udara yang dikatakan mendinginkan. Jika boleh dipilih pakej tingkap, aku lebih rela memilih tingkap yang boleh dibuka tutup.
Udara yang disejukkan sememangnya menyakitkan hidung. Ini adalah pengakuan peribadi dan bukan kesimpulan Dr. Stephen Hawkings. Udara didagangkan kerana diubah sifatnya. Dalam usaha mengubah sifat udara, Bumi yang sengsara. Terima kasih kepada pencipta pendingin hawa.
Setibanya di Pasar Seni, aku bergegas turun mengharapkan udara segar. Oh tidak! Udaranya lebih tercemar. Kepalaku menjadi berat dan mata menjadi pedih. Mungkin asap dari dari ekzos kereta atau dari bibir-bibir buruh import atau mungkin dari bibirku sendiri.
"My head grew heavy and me sight grew dim,
I had to stop for the night"
Bait lagu Hotel California bermain di fikiran. Berlegar-legar di kepala kord Bm, F#, A, E, G, D, E dan berpatah balik ke F# dan kord yang disebut kembali dimainkan.
Tiba-tiba sebuah Proton Iswara berwarna hijau meluncur deras di hadapanku. Lagu Hotel California pantas lenyap entah ke mana. Mujur lagu Hotel California tidak menjadi laguku sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sempat aku menarik kaki sebelum masanya aku meneruskan langkah untuk menyeberangi jalan. Aku malu dengan pasangan dari Tanah Arab yang tunggu isyarat lampu yang menghijaukan figura manusia yang sedang berjalan. Lantas kulihat pasangan itu dan agak hairan.
'Yang perempuan indah berpurdah dan berjubah. Memang nyata dia dari Tanah Arab yang negaranya panas, kering dan berdebu. Tetapi yang jantannya, selesa bercelana kontot, berbaju kemeja T mudah dan bertopi santai. Wow! Sungguh kontras.'
Bermacam persoalan bermain di fikiran ketika aku merenung pasangan dari negara 'lubuk minyak' itu. Yang penting aku sudah malas ingin mengagumi bangsa dari sana kerana mereka bukanlah kelompok yang wajib aku kagumi.
Dalam khusyuk merenung dan berfikir mereka terus berjalan dan aku terbangkit dari lamunan. Aku pun seraya melintas jalan kerana itulah objektif utama aku sebelum berfikir mengenai pasangan yang mewakili bangsa yang tidak perlu aku kagumi.
Sesampainya aku di seberang, aku terus menuju ke bangunan Maybank. Tetapi aku bukan hendak berurusan tetapi aku harus menempuhi laluan yang sememangnya bersebelahan dengan bangunan Maybank itu. Dalam 30 meter di hadapan, Petaling Street mencuri tumpuan. Pasangan kontras tidak lagi kelihatan.
Tumpuanku teralih kepada jersi-jersi pasukan BPL yang dijual murah sebaik langkahan pertamaku menerjah Jalan Petaling. Masuk langkah kedua dan seterusnya, segala macam bahan-bahan parodi ditawarkan kepadaku. Dan aku hanya mampu menggelengkan kepala dan mengangkat tangan 120 darjah dari titik pivot yang diwakili sikuku.
Louis Vitton, Armani, Gucci, Nike, Adidas dan banyak lagi jenama yang menyimbolkan kekayaan telah menjadi parodi di Jalan Petaling. Tidak lagi perlu ke Pavillion atau The Gardens, cukuplah Petaling Street dan semua manusia tiada lagi berbeza darjat atas nama jenama.
Perjalanan 10 minit sepanjang Petaling Street memberi inspirasi yang jitu dalam kebanyakkan coretan picisanku. Ya! jejantas itu sudahku lihat. Jejantas yang aku tidak pernah ambil tahu namanya. Dan tidak pernah kupedulikan apa yang dihubungkan. Dan hanya sekali aku menggunakan perkhidmatannya.
Puduraya. Itulah destinasiku. Dalam ingatanku. Untuk hari itu. Dan bukan situasi.
Thursday, January 28, 2010
Dari Pasar Seni Ke Puduraya
Berkait:
aku suka naik bas dan tren,
baju itu baju,
cerita pendek
Saturday, January 23, 2010
Dewa Baru Untuk Disembah!
You can call me Ayah Pin, Ayah Kahar or whatsoever!
Dewa, yang disembah yang disandar harapan
Dewa, yang ditakuti yang digeruni
Dewa, yang dipuja yang dipuji
Dewa, yang ghaib yang difizikalkan
Dewa, yang dicetak yang dilukis
Ini Dewa manusia sendiri yang cipta. Bukan niat nak menidakkan Dewa sesiapa tapi mari kita lihat Dewa mana yang terkena.
Tanpa ini Dewa ramai manusia hilang tempat bergantung. Dewa ini bagi makan, Dewa ini bagi bumbung, dan Dewa ini boleh bagi anak.
Secara teknikal, Dewa ini bukan Dewa. Cuma dipersepsikan sebagai Dewa. Sudu dan garpu juga boleh dijadikan Dewa jika dipersepsikan sebagai Dewa.
Dewa ini juga bukan Dewa yang menyanyi, memetik gitar atau mengetuk dram. Dewa ini secara langsung akan punya wajah manusia. Wajah lelaki, perempuan, presiden, penyagak dan pemenang rancangan realiti.
Ini Dewa punya nilai. Ini Dewa punya harga. Ini Dewa punya angka. Ini Dewa punya tanda.
Dewa ini boleh bikin manusia hidup bikin manusia mati. Dewa ini punya hak buat manusia tersenyum dan punya hak untuk bersedih.
Dewa ini takperlu Agama. Maka tiada isu perebutan nama. Tiada isu bakar-bakar. Namun, Dewa ini boleh buat manusia jadi gila jadi bangang.
Dewa ini tidak perlu utusan. Dewa ini berurusan secara terus dengan manusia. Mudah bukan?
Dewa ini boleh suruh manusia berperang, boleh suruh manusia bersalaman. Dia boleh beri cinta. Dia boleh beri derita.
Lebih mudah, Dewa ini wujud secara berterusan. Tetapi manusia susah meneruskan hidup tanpa ini Dewa. Makan, minum, tidur, isteri, itu dan ini , Dewa tidak akan kata tidak untuk memberi.
Dewa ini tidak berkata-kata, tidak punya tangan, tidak punya kaki. Walau punya wajah namun tidak bersuara tetapi cukup berkuasa.
Dewa ini datang dalam pelbagai saiz dan pelbagai warna. Namun, ada yang lemah ada yang kuat. Mesti pandai pilih atau tidak perlu jadi memilih.
Dewa ini hadir bila manusia menyeru. Mudah bukan? Tetapi cara menyeru berlainan antara satu sama lain. Ada yang menanam janji, ada yang menyerah diri dan ada juga yang mengurut kaki. Selepas hadir diseru, ini Dewa meminjamkan kuasa. Kuasa yang bergantung atas cara Dia diseru.
Siapa yang pandai seru maka Dewa yang berkuasa hebat akan tiba. Siapa yang kurang bijak mengatur mentera akan terus menjadi hamba.

Sunday, January 10, 2010
10 Januari 2010. Media, Dasar dan Kita
10012010 atau lebih singkat 100110. Nombor yang dicipta dan kadangkala mengelirukan sebangsa manusia.
Sepanjang sepuluh hari berkhalwat, tiada apa yang menggegarkan rusuk selain isu pemisahan skuad bola sepak Malaysia, isu kalimah Allah, isu harga gula naik, isu itu isu ini.
Kita dipenuhi dengan isu hanya dengan kewujudan media iaitu medium atau pengantara. Tanpa media kita tidak tahu apa yang terjadi di seberang laut, di kampung sebelah mahupun apa-apa berita dari Caracas. Dengan media kita kagum, dengan media kita hairan, dengan media kita tahu, dengan media kita tertipu, dengan media kita memberitahu.
Namun, media hanya menyampaikan kepada kita dan kurang 1% yang menyampaikan dari kita. Dasar itu puncak ini semuanya kita akan ikut dan khabarnya untuk kebaikan rakyat jua. Baiklah dengan harga gula naik, harga itu naik, cukai itu cukai ini. Baiklah sangat. Mereka yang menggubal dasar juga menggelar diri sebagai rakyat dan dasar yang mereka dasarkan hanyalah untuk mendangkalkan minda dan meninggikan bukit kertas suci mereka.
Bagaimana dengan rakyat yang tidak berkuasa untuk mengubah dasar? Hanya mampu tunduk dan memberi hasil penat lelah mereka kepada mereka yang membuat dasar. Jika tidak bayar, akan mati tidak makan, akan dipenjara, dirampas itu dimbil ini dan merana anak bini.
Tatkala musim mengundi menjelang, perayaan poster diraikan. Hamba-hamba sistem mula dipancing dengan beras sekampit, gula 2 kilo, minyak 1 kilo dan apa-apa yang dikatakan kebahagiaan jangka pendek. Penggali dasar yang mulanya mencekik rakyat mula menjadi lemah memancing undi. Kempen menjadi bazaar kain yang mana harga kain di kedai bersebelahan semakin diturunkan. Barulah ada orang akan beli.
Sekali lagi media menjadi peranan. Dalam tidak sedar, calon-calon yang kita undi adalah media rakyat untuk bersuara. Namun media ini akan hilang bersembunyi apabila menang bertanding. Mungkin mereka ke sawah kerana stok beras sudah habis diberi kepada rakyat. Dalam diam-diam, kampung ini akan diroboh, dan kampung itu akan dibinasakan atas lesen pembangunan. Bergunakah media dasar ini?

Subscribe to:
Posts (Atom)