Perjalanan 3 jam dari Pekan Bahau memang menyesakkan nafas. Ya. Memang sekejap jika dibandingkan dari Pekan Arau atau Pekan Baling. Udara segar dihalang oleh penapis udara yang dikatakan mendinginkan. Jika boleh dipilih pakej tingkap, aku lebih rela memilih tingkap yang boleh dibuka tutup.
Udara yang disejukkan sememangnya menyakitkan hidung. Ini adalah pengakuan peribadi dan bukan kesimpulan Dr. Stephen Hawkings. Udara didagangkan kerana diubah sifatnya. Dalam usaha mengubah sifat udara, Bumi yang sengsara. Terima kasih kepada pencipta pendingin hawa.
Setibanya di Pasar Seni, aku bergegas turun mengharapkan udara segar. Oh tidak! Udaranya lebih tercemar. Kepalaku menjadi berat dan mata menjadi pedih. Mungkin asap dari dari ekzos kereta atau dari bibir-bibir buruh import atau mungkin dari bibirku sendiri.
"My head grew heavy and me sight grew dim,
I had to stop for the night"
Bait lagu Hotel California bermain di fikiran. Berlegar-legar di kepala kord Bm, F#, A, E, G, D, E dan berpatah balik ke F# dan kord yang disebut kembali dimainkan.
Tiba-tiba sebuah Proton Iswara berwarna hijau meluncur deras di hadapanku. Lagu Hotel California pantas lenyap entah ke mana. Mujur lagu Hotel California tidak menjadi laguku sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sempat aku menarik kaki sebelum masanya aku meneruskan langkah untuk menyeberangi jalan. Aku malu dengan pasangan dari Tanah Arab yang tunggu isyarat lampu yang menghijaukan figura manusia yang sedang berjalan. Lantas kulihat pasangan itu dan agak hairan.
'Yang perempuan indah berpurdah dan berjubah. Memang nyata dia dari Tanah Arab yang negaranya panas, kering dan berdebu. Tetapi yang jantannya, selesa bercelana kontot, berbaju kemeja T mudah dan bertopi santai. Wow! Sungguh kontras.'
Bermacam persoalan bermain di fikiran ketika aku merenung pasangan dari negara 'lubuk minyak' itu. Yang penting aku sudah malas ingin mengagumi bangsa dari sana kerana mereka bukanlah kelompok yang wajib aku kagumi.
Dalam khusyuk merenung dan berfikir mereka terus berjalan dan aku terbangkit dari lamunan. Aku pun seraya melintas jalan kerana itulah objektif utama aku sebelum berfikir mengenai pasangan yang mewakili bangsa yang tidak perlu aku kagumi.
Sesampainya aku di seberang, aku terus menuju ke bangunan Maybank. Tetapi aku bukan hendak berurusan tetapi aku harus menempuhi laluan yang sememangnya bersebelahan dengan bangunan Maybank itu. Dalam 30 meter di hadapan, Petaling Street mencuri tumpuan. Pasangan kontras tidak lagi kelihatan.
Tumpuanku teralih kepada jersi-jersi pasukan BPL yang dijual murah sebaik langkahan pertamaku menerjah Jalan Petaling. Masuk langkah kedua dan seterusnya, segala macam bahan-bahan parodi ditawarkan kepadaku. Dan aku hanya mampu menggelengkan kepala dan mengangkat tangan 120 darjah dari titik pivot yang diwakili sikuku.
Louis Vitton, Armani, Gucci, Nike, Adidas dan banyak lagi jenama yang menyimbolkan kekayaan telah menjadi parodi di Jalan Petaling. Tidak lagi perlu ke Pavillion atau The Gardens, cukuplah Petaling Street dan semua manusia tiada lagi berbeza darjat atas nama jenama.
Perjalanan 10 minit sepanjang Petaling Street memberi inspirasi yang jitu dalam kebanyakkan coretan picisanku. Ya! jejantas itu sudahku lihat. Jejantas yang aku tidak pernah ambil tahu namanya. Dan tidak pernah kupedulikan apa yang dihubungkan. Dan hanya sekali aku menggunakan perkhidmatannya.
Puduraya. Itulah destinasiku. Dalam ingatanku. Untuk hari itu. Dan bukan situasi.
6 comments:
ada sindiran sinis terhadap lagu bangfes di ayat2 terakhir...
erk888
sinis sikit je..tapi lagi sinis kat tempat lain je agak nye..kih3..
pergh, mantap.. hantar essay ni kt arbok konpem die terharu ade student cam ko brain..haha..
banyak la ko poit..die accept keje atas test pad je bro..kih3
kenangan beb puduraya ni,tmpt brteduh,brmlm lps abis gig zmn sekolah dulu..aku dgr Puduraya nk dipindahkn ke tasik selatan..puduraya lps ni cuma stesen bas bandar je..
pindah? haduh..habih la..laie susah nak balik palong..
tapi ado projek baru kek plaza rakyat nu...
taknak join?
Post a Comment