Thursday, February 18, 2010

Pengumuman!

Ini bukan rapat umum! Adakah berbeza 'pengumuman' dengan 'pengawaman'?

Untuk menjadikan sesuatu itu atau ini sebagai umum, tiada rahsia dan jauh sekali dengan biarlah rahsia.

Berbalik kepada cerita asal. Anak Abdullah mungkin atau pasti jarang mengemaskini blog atas beberapa sebab.

Yang pertama,
Anak Abdullah, masih lagi berlatih menjadi seorang pekerja yakni buruh di masa hadapan dan fokus terhadap latihan amat didambakan.

Yang kedua,
Anak Abdullah, sudah kering isu untuk dikongsi dan tidak berminat untuk mengambil tahu kisah-kisah peribadi seperti seluar dalam Levi's, liwat, kahwin artis dan macam-macam lagi. Jika sebelum ini blog dikemaskini seberapa kerap dalam sebulan, maka selepas ini semakin jaranglah mengemaskini blog yang sangat mentah ini.

Yang ketiga,
Anak Abdullah, juga seakan-akan sibuk untuk menghambakan diri kepada kertas digital yang boleh dijadikan dewa. Mungkin. Doa anda amat ditagih. Doakan kejayaan Anak Abdullah yang tiada pendirian ini.

Ini namanya pengrehatan. Bukan perpisahan atau kematian. Usah bersedih. Hik Hik Hik

3 comments:

Anonymous said...

yg penting,ko terus menulis la wei..klu ko tutup blog,gua dtg cr n terajang lu!

Unknown said...

aku faham...hehe

syahid said...

bro johan> tp jarang gile la frequency die..hehe...