Tuesday, August 10, 2010

Kawal Diri

Acap kali Ramadhan, yang Islam berpuasa. Asalkan Islam puasa itu rukun. Setahun hanya ada satu Ramadhan dan satu Ramadhan berjulatkan 29-30 hari. Ikut kuasa Raja-raja nak letak bila dengan nasihat pakar berbayar.

Makan takboleh, minum takboleh. Kalau nampak matahari, makan dan minum dilarang. Namun semua tahu, puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga. Puasa itu puasa.

Kalau dulu habis Ramadhan hipokrisi berakhir kini aku pasti, benam sahaja matahari yang disembah penganut Shinto; tranformasi terjadi. Hanya siang yang ditahan. Malam menjadi setan terlepas kurungan. Benar? Tidak benar? Sendiri punya akal, sendiri fikir.

Ramadhan dan Aidilfitri kembar tak serasi. Lahir mereka selang sebulan namun ramai yang beribadah untuk Aidilfitri.

Sesiapa boleh jadi munafik. Sesiapa boleh jadi fasik. Sesiapa boleh jadi wali. Dengan Ramadhan.

Selamat  Mengawal Diri!

3 comments:

Hellioz said...

kawal nafsu lah!

gyahahahaahah~

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

he he he
selamat berpuasa

Botak said...

kawal segala-galanya...