Sunday, August 9, 2009

Oh RapidKL, Oh MonoRail

Aku takkisah kalau engkau nak sahut saranan kerajaan untuk naikkan tambang.

Oh RapidKL
Aku takkisah kalau tiket harian bernilai RM5, jika perkhidmatannya sangat memuaskan hati. Bas bukan tin sardin. Kalau bas pedalaman aku faham mengapa penumpangnya bersesak-sesak. Basnya terhad.
Aku takkisah kalau 'konsep sekali bayar sekali naik' engkau nak amalkan sebab aku tahu engkau nak bagi RapidPass engkau laku.

Aku takkisah tambang pengangkutan awam seluruh Malaysia ni naik sebab aku tahu yang naik bas ni, kebanyakkannya golongan yang tertindas. Bekerja bermati-matian namun gaji seciput habuk. Mereka yang berpendapatan kecil. Anak kepada mereka yang terpaksa. Mereka yang tidak perlu bergaya dengan kereta. Ataupun mereka hanya membeli kereta untuk membuat "showroom" sendiri di rumah. Dan mungkin mereka yang mogok kerana harga minyak naik.
Yang miskin teraniaya,yang kaya makin kaya.

Aku geram bila pintu monorel tidak terbuka ketika ingin menurunkan penumpang. Malu sangat sebab,yang nak keluar tu orang luar. Agaknya pendapat orang luar tu mesti sebegini.
"Oh I see. It's 1Malaysia. It's Monorail. 1Rail. And only 1 coach with doors open."

Terjemahannya
"oh,ianya 1malaysia.Monorail. 1 landasan. dan hanya satu gerabak yang pintunya dibuka"

1 comment:

shned shahabuddin said...

haha. dari cara u cerita, i rasa u ni macam penunggu tetap bus rapidkl setiap hari. tapi i tak kisah la kalau bus tu penuh macam dlm tin sardin, asalkan pak cik bawak bus tu tak bawak macam orang gila.