Dulu, Tora,Ding Dang dan Jojo menjadi perhatian.
Tora datang lagi!!
Si anak sudah menarik seluar sang bapa untuk mendapatkan Tora.
Bebola coklat dan permainan yang berinovasi menarik perhatian. Seringgit atau dua seakan besar nilainya kepada kanak-kanak zaman Ding Dang. Lebih-lebih lagi anak-anak yang berpengkalan di luar bandar.
Genap masanya untuk melancarkan produk baru, ikla-iklan dengan pelakon keras wataknya mula disiar. Dan ketika itu permainan yang lama mula ditempatkan di dalam bakul mahupun rak. Si ibu mula membebel ketika mengemas permainan yang berselerak dan maki berselerak dengan promosi yang ke udara. Si anak tidak lagi dibawa bersama untuk membeli-belah.
Hari ini, Playstation Portable, Nintendo XP, mahupun GameBoy SP seperti botol air untuk anak-anak kecil. Dibawa ke mana sahaja dituju. Tiada lagi tumpuan kepada kata ibu bapa. Memanglah, kanak-kanak tidak boleh mendengar perbualan orang tua. Itu yang diajar. Si ibu yang beria-ia memujuk bapa untuk berbelanja ke atas gajet anak-anak. Biarlah. Hasil titik peluh mereka. Dua,tiga ribu sebulan bukanlah masalah kepada mereka.
Dulu, anak-anak diajar tarian tradisi yang kontroversi. Zapin, Tari Piring, Kuda Kepang atau Barongan. Sungguhpun terpaksa, si anak tetap mengikut apa yang dimahu ibu dan ayah. Muzik penuh tradisi yang diserap ke gegendang telinga yang amat sensitif ini.
Hari ini, tidak perlu dipaksa. Tecktonik, shuffle dan bermacam lagi sudah menjadi budaya di seluruh pelusuk. Lagu-lagu ber'bass' galak menjadi halwa telinga. Kata orang muzik 'clubbing'. Mungkinkah anak-anak ini menjadi pewaris kelab-kelab malam penuh noda ini kelak? Siapa tahu?
Dulu, rotan, tali pinggang, paling tidak tangan menjadi pembelai setia.Emak dan ayah amat menyokong guru-guru menjadikan rotan sebagai alat sampingan dalam proses pembelajaran.
Hari ini, 'Jangan sesiapa sentuh anak saya! Biarlah anak saya biadap atau lembab. Dia anak saya. Saya beri dia makan.' Niat suci handak mengajar telah dicemar dengan kes mahkamah. Biarlah, memanjakan anak juga salah satu dalam proses pendidikan.
Esok, mungkinkah anak-anak ini yang membanjiri IPT? Produk-produk manja.
Esok, mungkinkah anak-anak ini yang mempamerkan tari-tarian tradisi yang penuh kontroversi itu?
Esok, adakah si manja-manja ini yang mengawal kewangan negara?
Esok, adakah anak-anak ini yang menjadi orang pertama negara?
Esok, bolehkah anak-anak ini mendidik cucu cicit kita ke arah yang lebih baik?
Esok, adakah syarikat Ding Dang ini masih beroperasi?
5 comments:
kita dah kerja baru merasa pki HP..bebudak sekarang darjah tiga dah pki...
tora, ding dang..jojo selamnya boleh meniaga..kalau "hadiah" dia bkembang mengikut zaman..
hadiah yg setimpal dengan harga la kan??
bukan semua budak anak datuk k, anak vk lingam, anak vincent tan
dulu2..saye jugak pembeli tora..hehe..
"tora datang lg"
salam perkenalan..:)
syarikat kino tu pn..masih bertahan
InsyaAllah
salam perkenalan too
Hmm..sejujur-jujurnya lah kan, I ada terasa gak dgn entry ni. Mak bapak saya x pnh beli tora tu untuk anak-anak mereka.
Post a Comment